Covid-19 Ord. darurat bolehkan kerajaan ‘ambil alih’ aset hospital swasta utk perangi Covid-19

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Difahamkan juga, hospital swasta akan membenarkan 10% daripada kemudahan yang dimiliki untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.
#Mnow #Covid19 #pandemik #hospital #hospitalswasta

Putrajaya dijangka umum penglibatan hospital swasta bagi memerangi Covid-19

Hospital swasta akan membenarkan 10% daripada kemudahan yang dimiliki untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.


Jan 15, 2021 2:45 PM




disinfection-HKL-bernama-040121-1-1068x712.jpg

Hospital swasta akan merawat pesakit Covid-19 ke tahap rawatan rapi. Gambar: Bernama







MalaysiaNow difahamkan wakil hospital swasta akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah esok mengenai rancangan bagi membolehkan mereka merawat pesakit Covid-19.

Difahamkan juga, hospital swasta akan membenarkan 10% daripada kemudahan yang dimiliki untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19, berikutan lonjakan kes yang memaksa hospital kerajaan beroperasi melebihi kemampuan mereka.

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), yang mewakili lebih daripada 100 buah hospital seluruh negara ketika dihubungi tidak dapat mengesahkan perkara tersebut, tetapi mengatakan mereka sedang melakukan persediaan walaupun terdapat kekangan untuk menguruskan rawatan kes Covid-19.

“Tahap penjagaan dan rawatan bergantung kepada saiz sesebuah hospital, kakitangan dan kemudahan,” kata Presiden APHM Dr Kuljit Singh.

Difahamkan, di bawah persefaham baru ini, hospital swasta akan merawat pesakit Covid-19 ke tahap rawatan rapi (ICU), dan hospital kerajaan tidak lagi menerima mereka yang mencapai tahap itu.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
1610720869544.png


'Hospital swasta setuju rawat pesakit Covid-19'
Diterbitkan 15 Jan 2021, 8:53 pm

Dikemaskini 9:41 pm


Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah bersetuju secara dasar untuk merawat pesakit Covid-19 di kemudahan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Noor Azmi Ghazali.

Menyedari kemudahan kesihatan awam di tahap genting susulan gelombang ketiga Covid-19, Noor Azmi berkata dia telah mempengerusikan mesyuarat bersama APHM untuk membincangkan perkara itu pada 13 Jan lalu.

“Secara dasarnya, pihak APHM sebagai mewakili hospital-hospital swasta telah menyatakan hasrat untuk berganding bahu dan akan bersedia merawat pesakit Covid-19 di kemudahan masing-masing.

“Saya amat berpuas hati dengan hasil perbincangan dan semangat kolaborasi serta solidariti yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir dalam mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan APHM serta pemegang taruh sektor swasta lain dalam masa terdekat.

Dia menegaskan yang meskipun KKM setuju rawatan bagi Covid-19 sewajarnya dilakukan di kemudahan kerajaan, pihaknya tidak menghalang mana-mana pusat kesihatan swasta yang ingin menawarkan perkhidmatan.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan kerajaan telah mula melibatkanhospital swasta dalam mekanisme mengekang wabak ini.

Difahamkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di bawah KKM telah mewujudkan satu "model konsepsi" untuk integrasi klinik swasta, pembekal khidmat e-hailing, pembekal ambulans swasta dan hospital swasta.

Difahamkan juga yang tiga pembekal khidmat kesihatan swasta terbesar negara - IHH Healthcare Bhd, Ramsay Sime Darby Healthcare dan KPJ Healthcare Bhd - telah diberi taklimat oleh CPRC berkenaan perkara ini semalam.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa sistem kesihatan awam Malaysia telah berada di tahap genting.

Susulan itu kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan - iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Kelantan.

PKP juga akan dikuatkuasakan di Kelantan dan Sibu bermula esok.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
#BHNasional Ujian COVID-19 oleh pihak swasta hanya boleh dibuat klinik swasta, pusat penjagaan dengan kemudahan ambulans serta hospital swasta.
#Covid19
https://bit.ly/3ilfiNv

"Siasat makmal persendirian tawar saringan COVID-19 secara pandu lalu" - MMA



Januari 17, 2021 @ 2:42pm


Dr_Subra_1610865709.jpg

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menyiasat makmal persendirian yang menawarkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19, secara pandu lalu.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata siasatan perlu dijalankan kerana makmal persendirian bukan kemudahan kesihatan dan berbeza dengan hospital kerajaan dan swasta.

"Sebelum ini, menurut KKM, ujian COVID-19 oleh pihak swasta hanya boleh dilakukan oleh klinik swasta, pusat penjagaan yang mempunyai kemudahan ambulans serta hospital swasta.

"Namun, apa yang lebih membimbangkan, bagaimana sebuah makmal dibenarkan menjalankan ujian calitan? Makmal bukanlah kemudahan kesihatan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.



Dr Subramaniam merujuk kepada laporan media mengenai seorang pesakit COVID-19 berusia 49 tahun, yang disahkan positif pada 5 Januari lalu, selepas menjalani ujian saringan secara pandu lalu, kendalian pihak swasta.
Laporan itu menyebut, selain wanita berkenaan, lima lagi ahli keluarganya termasuk ibu dan bapa mentuanya yang berusia 78 tahun turut disahkan positif.

Bagaimanapun, selama tiga hari selepas disahkan positif, tiada petugas kesihatan menghubungi keluarga itu, selain mereka tidak menerima sebarang panduan atau dihubungi semula pihak swasta yang menjalankan ujian pandu lalu itu, mahupun ambulans dihantar mengambil mereka yang bergejala ke hospital.

Dr Subramaniam berkata, berdasarkan kepada laporan membabitkan pesakit berkenaan, jelas protokol sewajarnya dalam pengendalian kes disahkan positif COVID-19, tidak dipatuhi.

Beliau berkata, ia juga berkemungkinan berpunca Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tidak dimaklumkan mengenai kes terbabit, seterusnya menyumbang kepada kesukaran mendapatkan ambulans serta bantuan perubatan selanjutnya.

Katanya, garis panduan KKM menetapkan tanggungjawab pusat perubatan swasta ialah untuk terus melapor sebarang kes positif yang disahkan kepada PKD, selain ia juga perlu memastikan urusan selanjutnya dibuat, membabitkan arahan seterusnya daripada KKM serta ambulans dihantar untuk mengambil pesakit.

"Tanggungjawab mereka tidak selesai sehingga pesakit dihantar ke hospital untuk rawatan. Namun, dalam kes ini, makmal itu bukanlah sebuah pusat kesihatan swasta, justeru ia tidak sepatutnya dibenarkan menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19.

"KKM perlu memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Garis panduan itu penting dalam memastikan pengawalan dan pencegahan jangkitan berterusan dalam menguruskan kes positif baharu.

"Langkah-langkah ini turut disertakan dalam latihan yang diwajibkan terhadap semua kemudahan perubatan swasta sebelum mereka dibenarkan oleh KKM mengadakan ujian saringan untuk COVID-19," katanya.
Dr Subramaniam berkata, tahun lalu, ada beberapa doktor perubatan yang terpaksa menunggu berjam-jam sehingga perkhidmatan ambulans datang mengambil pesakit yang didapati positif COVID-19.
Beliau berkata, pihak terbabit terpaksa mengasingkan pesakit terbabit, menutup klinik dan menunggu antara dua hingga tiga jam sehingga ambulans sampai.

Katanya, biarpun ia agak menghampakan, namun doktor terbabit tetap melaksanakan tanggungjawab itu selaras dengan garis panduan ditetapkan KKM.

Justeru, Dr Subramanian berkata, KKM perlu menyiasat makmal swasta yang menjalankan ujian pandu lalu itu atau akan ada orang lain yang turut berdepan situasi sama dengan pesakit berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, koordinasi yang lebih baik juga perlu antara hospital swasta dan PKD, justeru perhatian segera diperlukan berikutan kes COVID-19 yang tinggi dan mungkin semakin meningkat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu - PM Muhyiddin
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Hospital swasta kenal pasti 1,138 katil rawat Covid-19

January 18, 2021 7:37 PM

PRIVATE-HOSPITAL_ap-1312021.jpg

(Gambar AP)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini pihak Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengenal pasti sebanyak 1,138 katil termasuk 70 katil kritikal di 97 hospital swasta di seluruh negara.

“Kerajaan komited untuk mengukuhkan kerjasama di antara sektor kesihatan awam dan swasta dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Hisham berkata, baru-baru ini, KKM mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pemegang taruh hospital swasta termasuk APHM dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menentukan hala tuju pengurusan pandemik Covid-19.

“Antara kerjasama yang telah dijalankan sepanjang pandemik ini adalah melalui inisiatif menggunakan perkhidmatan kesihatan di hospital swasta dan kerjasama ini akan terus dipergiatkan lagi.


“Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan tersebut, kerajaan telah memperoleh komitmen daripada beberapa hospital swasta untuk menerima rujukan dan merawat pesakit Covid-19, bergantung kepada kapasiti dan kepakaran eedia ada.“

Berdasarkan komitmen kedua-dua pihak itu, beliau berkata KKM melalui CPRC Perkhidmatan Hospital dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sedang memperhalusi mekanisme cadangan kerjasama ini dengan lebih lanjut bersama pihak APHM, Kementerian Kewangan Malaysia serta Bank Negara Malaysia.
“Segala perkembangan akan diumumkan dalam masa yang terdekat dan berharap kerjasama dan usaha yang dijalankan oleh semua pihak ini akan dapat memutuskan rantaian jangkitan dan penularan Covid-19 di negara kita,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata hospital swasta boleh diarahkan menerima pesakit Covid-19 Kategori 1 dan 2 di bawah kuasa darurat kerajaan.

Hospital swasta yang enggan berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta atau dijatuhi hukuman penjara.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,264
Reaction score
1,542
Points
201
negara lain yg umum darurat pon mcm ni ke ? paksa swasta bantu?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Public-private healthcare pandemic partnership
Kerjasama KKM & hospital swasta
[Infographics/Infografik]



1610984463466.png

1610984380481.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
negara lain yg umum darurat pon mcm ni ke ? paksa swasta bantu?
tn GamezStar, klu kat UK, kerajaan terpaksa bayar £10 billion utk mendapatkan kerjasama hospital swasta meringankan kes kes covid yg dihandle oleh NHS. NHS adalah hospital kerajaan

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
negara lain yg umum darurat pon mcm ni ke ? paksa swasta bantu?
tn GamezStar
di Sepanyol, kerajaan dia dah letakkan private hospital bawh public control. dan kerajaan dah umumkan darurat

Spain has nationalized all of its private hospitals as the country goes into coronavirus lockdown


di England, France, Germany, the Lombardy region in Italy and South Africa pun sama


All hands on deck: mobilising the private sector for the COVID-19 response



oh UK di London diisytiharkan darurat
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Hospital kerajaan sebaliknya mempunyai lebih ramai pakar selain sumber manusia. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia

Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan, infrastruktur untuk terima pesakit COVID-19 - Persatuan
Astro Awani
Januari 20, 2021 18:45 MYT
Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan, infrastruktur untuk terima pesakit COVID-19 - Persatuan

Dr Kuljit menjelaskan, hospital kerajaan mempunyai lebih ramai pakar selain sumber manusia terutama untuk merawat pesakit COVID-19 tahap tiga, empat dan lima. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Hospital swasta berdepan cabaran berkaitan kemampuan dan kapasiti infrastruktur untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh menjelaskan, hospital kerajaan sebaliknya mempunyai lebih ramai pakar selain sumber manusia terutama untuk merawat pesakit COVID-19 tahap tiga, empat dan lima.


"Ini cabaran kita kena pastikan boleh ditandingi supaya tahap pentadbiran dan juga penjagaan kesihatan yang kita beri kepada pesakit adalah bagus," katanya semasa sidang video pada Rabu.
BACA: Beberapa hospital swasta nyata komitmen rawat pesakit COVID-19

TONTON: COVID-19 | Bersediakah hospital swasta menerima pesakit?

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kerajaan telah memperoleh komitmen daripada beberapa buah hospital swasta untuk menerima rujukan dan merawat pesakit COVID-19 bergantung kepada kapasiti dan kepakaran yang sedia ada.

Jelas beliau, sehingga kini, APHM telah mengenal pasti sebanyak 1,138 buah katil termasuk 70 buah katil kritikal di 97 buah hospital swasta di seluruh negara untuk tujuan itu.
Dalam pada itu kata Dr Kuljat, kekurangan kemampuan hospital swasta tidak boleh dibandingkan dengan hospital kerajaan.

Bagaimanapun ujarnya, hospital swasta memberi komitmen akan menguruskan mana-mana pesakit COVID-19 walaupun menghadapi kekurangan jika hospital kerajaan tidak lagi mampu menampung pesakit pandemik itu.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register