- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 75,898
- Reaction score
- 12,065
- Points
- 1,906
Ordinan darurat bolehkan kerajaan ‘ambil alih’ aset hospital swasta untuk perangi Covid-19
January 12, 2021 11:51 AM
PETALING JAYA: Kerajaan boleh mendapatkan “penglibatan lebih inklusif” daripada pihak swasta seperti aset dan sumber manusia menerusi beberapa ordinan yang boleh diumumkan sepanjang tempoh darurat, kata perdana menteri.
Muhyddin Yassin berkata beberapa ordinan darurat boleh diumumkan bagi tujuan “membendung wabak” dan “merawat pesakit Covid-19”, merangkumi hal berkaitan “penggunaan aset hospital swasta”, “pengambil milikan sementara tanah, bangunan, atau harta alih hospital swasta”, atau “membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta”.
Penglibatan daripada pihak swasta ini termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta bagi meringankan beban yang ditanggung agensi kerajaan terutama hospital awam, tambahnya.
“Menerusi ordinan ini, bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti,” kata perdana menteri dalam ucapan, menyusuli pengisytiharan darurat pagi tadi.
Muhyiddin berkata ordinan sebegitu boleh diumumkan sekiranya perlu mengikut hal keadaan semasa, jika ada hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu mengambil tindakan serta-merta.
Sementara itu, Muhyiddin juga mengumumkan aktiviti ekonomi akan terus berfungsi, tertakluk kepada SOP dan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa.
“Kerajaan akan memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat mampu untuk terus bekerja dan perniagaan, perdagangan dan industri dapat terus beroperasi seperti biasa,” katanya.
Perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan, tambahnya.
www.freemalaysiatoday.com

Ordinan darurat bolehkan kerajaan 'ambil alih' aset hospital swasta untuk perangi Covid-19
Ordinan sebegitu boleh diumumkan sekiranya perlu mengikut hal keadaan semasa, jika ada hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu mengambil tindakan serta-merta.