eboss
CG Hardcore
- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BERUAS - Biarpun insiden terakhir didakwa penduduk berlaku kira-kira seminggu lalu, namun kelibat lelaki yang menceroboh hampir 10 buah rumah di Kampung Bakar Bata dan Kampung Kedah masih menjadi igauan penduduk.
Malah bagi kebanyakan penduduk terutama wanita, mereka kini dihambat kebimbangan bukan kerana kelibatnya yang seolah-olah orang minyak iaitu sekadar berseluar dalam, tetapi perlakuan penceroboh terbabit selepas melakukan pencerobohan menakutkan mereka.
Menurut seorang penduduk, meskipun tidak memperkosa, penceroboh terbabit yang kini digelar 'orang seluar dalam' oleh penduduk kampung didakwa mencabul dengan menanggalkan pakaian mangsa sebelum meninggalkan wanita berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga.
"Ia berlaku sejak Hari Raya (Aidilfitri) ketiga yang lalu. Sehingga kini, mangsa mahupun keluarga terlibat tidak sanggup membuat aduan kepada pihak polis kerana terlalu malu atas apa yang berlaku," katanya kepada Kosmo! semalam.
Dia yang enggan dikenali memberitahu, apa yang lebih membimbangkan, penceroboh terbabit tidak 'memilih' mangsa sama ada anak dara atau isteri orang.
"Semuanya dia kerjakan menyebabkan semua dalam ketakutan dan pernah dalam satu malam itu, empat rumah diceroboh masuk berturut-turut," katanya.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bakar Bata, Fauzi Ahmad pula berkata, kesemua mangsa bagai dipukau kerana mereka hanya menyedari apabila penceroboh terbabit 'selesai' melakukan kerjanya.
kalau dapat tangkap kerat anu dia