- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
PULAU PINANG 30 Nov. - Orang ramai di sekitar Lorong Kulit di sini hari ini, gempar apabila seorang lelaki cuba menjual seketul objek bujur yang menyerupai sebutir bom lama milik tentera udara British.
Menurut seorang peniaga, Aini Maugan, 26, dia terkejut apabila didatangi oleh seorang lelaki India yang ingin menjual objek tersebut di sebelah tempat jualannya, kira-kira pukul 10.30 pagi.
''Saya terkejut apabila melihat objek itu betul-betul seperti bom lama. Saya ada memberitahunya ia mungkin bom betul tetapi lelaki itu menafikannya dengan mengatakan ia hanyalah besi biasa sahaja.
''Saya masih bertegas bahawa ia mungkin bom, lalu dia mengambil keputusan untuk membuang objek itu. Saya melarangnya berbuat demikian kerana bimbang ia akan meletup," katanya ketika ditemui pemberita di tempat jualannya di sini hari ini.
Aini mengaku telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota polis tiba di lokasi berkenaan.
''Walaupun saya seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam selama enam tahun, namun ia merupakan situasi pertama saya berhadapan dengan kes bom seperti ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun menurutnya objek berkenaan bukan bom seperti yang didakwa.
''Hasil pemeriksaan tersebut mendapati ia hanyalah alat yang digunakan untuk menyukat arus di laut yang mungkin telah rosak,'' tambahnya.
Lorong Kulit...Lorong Kulit....teringat aku dulu jual minyak wangi tanpa alkohol...