BTC USD 87,444.8 Gold USD 3,009.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang ramai boleh ambil gambar, video perokok di restoran - Tian Soon

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,008
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,008
Reaction score
6,854
Points
881
Awards
1
Orang ramai boleh ambil gambar, video perokok di restoran

Tian Soon (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian 5 fasiliti baharu sempena ulang tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, di sini, hari ini. - Foto NSTP/OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Orang ramai dibenarkan untuk mengambil gambar dan merakam video mana-mana individu yang merokok di kawasan premis makanan atau kawasan yang tidak dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata bukti itu boleh disalur kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan penguatkuasaan diambil.

Beliau berkata, orang ramai juga tidak perlu berasa takut untuk bersama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara.

"Orang awam yang jumpa perokok di kawasan tidak dibenarkan, termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil gambar dan rakam video, kemudian lapor kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

"Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia membabitkan aspek kesihatan awam. Selepas aduan diterima, kita akan buat tindakan susulan termasuk membuat pemeriksaan terhadap premis itu.

"Di bawah akta dan peraturan, semua orang adalah sama jadi semua pihak termasuk kakitangan kerajaan perlu mematuhi arahan ditetapkan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu Sempena Ulang Tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan dan Timur Malaysia, Maisarah Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, Muhamad Amin Othman.

Sementara itu, Muhamad Amin, berkata lima fasiliti perubatan baharu yang dibuka itu bakal menambahbaik tahap perkhidmatan hospital sempena ulang tahun keenam ia beroperasi.

"Lima fasiliti baharu itu membabitkan pembukaan Makmal Jantung, Pusat Dialisis, Suite Endoskopi, wad dewasa dan wad kanak-kanak,"katanya.
 
Sponsored Post

Klau dpt komisen 1 gambar rm 50, aku nk....
Aku kena saman rokok kena byr rm25
 
Memang naik muka skrang depa ni

Kita snap kang tau koyak plak
Menteri Luar Negeri daripada UMNO pun hisap rokok kat restoran.....tu belum hisyamuddin hembus asap vape dalam dewan parlimen.....geng-geng ni la perosak generasi masa depan.....pastu, depa pulak setup anak-anak depa untuk tadbir anak-anak orang lain.....kikikikikikiki....bapa borek, anak rintik...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register