BTC USD 48,146.2 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang ramai bengang ‘influencer’ malukan gelandangan

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,311
Reaction score
397
Points
91

Orang ramai bengang ‘influencer’ malukan gelandangan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kesal susulan tular sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai seorang ‘influencer’ bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang pekerjanya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan dipercayai mengambil kesempatan itu untuk memberi para gelandangan di situ sedikit ‘motivasi’.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai juga marah dengan kenyataan lelaki tersebut yang mengatakan dirinya dihantar ke situ oleh tuhan untuk menyelamatkan gelandangan-gelandangan berkenaan.

“Boleh beri motivasi kepada orang lain, tapi lakukan dengan cara yang betul. Terkejut bagaimana dia boleh terlibat dengan perniagaan sedangkan dia tidak ada sikap empati. Perkara ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima. Harap pak cik itu kekal tabah,” kata @acapsopi.

“Tuhan tak hantar kamu ke situ untuk tolong mereka, sebaliknya tuhan hantar kamu untuk tunjuk kepada mereka biarlah hidup sederhana, asalkan tidak menjatuhkan martabat seseorang,” kata @Fzuhairah.

“Ya Allah tergamaknya tanya soalan macam tu. Saya anggap pak cik itu macam ayah saya sebab sebaya. Hancur hati tengok dia diperlakukan seperti itu. Ini bukan cara untuk memberi motivasi,” luah @yasay.

Selain daripada itu, beberapa pengguna Twitter juga dilihat meninggalkan komen mahu lelaki itu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat transit tersebut.

Sehingga kini, rakaman video itu telah diulang ciap lebih 9,000 kali dan hasil tinjauan Kosmo! di laman sosial Instagram milik lelaki berkenaan turut mendapati akaun itu telah ditetapkan dalam mod peribadi manakala tiada kenyataan balas dibuat di laman Twitternya. – K! ONLINE

Video Media sosial
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
Satu ja la unfollow ja....
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
22,771
Reaction score
2,709
Points
206
itu bukan motivasi tp nak buat cult
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,249
Reaction score
139
Points
43
Cara kita berpikir dengan cara orang berfikir takkan pernah sama, kudrat orang tak pernah sama dengan kudrat kita, didikan kepada anak2 orang tak akan pernah sama didikkan kita kepada anak kita sendiri. Tuhan bagi perbezaan sosial supaya kita dapat tolong menolong, bantu membantu sesama manusia. Tuhan turunkan rasa cinta supaya manusia dapat kenal mengenal antara satu sama lain, supaya manusia kenal erti sedih dan gembira, erti senang dan susah. Hidup jangan lihat pada diri sahaja.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,604
Reaction score
14,731
Points
1,906
'masa muda dulu menyesal tak banyak main main banyak tak buat betul betul...'

'..today god send me to help you..'

wah bercakap,
tengok sasaran lah.
bercakap pulak jangan dengan nada tinggi mcm tu, tone down la sikit

org dlm hidup ni ada jugak yg dulunya menongkat langit, sekarang melata dibumi

ada juga org yg banyak dah usaha dia buat namun tak menjadi, dia juga perlu dibantu.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
sekarang ni dia jutawan ke, atau golongan scammer Mustang .. sampai boleh tegur orang lain .. :D
 

AdiWalter

Fun Poster
Joined
Jul 15, 2021
Messages
118
Reaction score
18
Points
15
inilah budak2 zaman skng..jenis manusia takde adab..

sebab tu senang dimanipulasi

atau ini hanyalah mainan marketing yahudi utk up nama budak sampah
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,355
Reaction score
21,611
Points
1,671
Siapa eh. Rambut style mcm yusuf azmi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register