Orang Muda Tak Takut Azab Tuhan

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Tak takut azab Tuhan

JOHOR BAHRU: Golongan muda masa kini sanggup membelakangkan agama dengan melakukan pelbagai dosa besar termasuk zina seolah-olah tidak takutkan azab Tuhan.

Pegawai Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak, berkata zina termasuk dalam tujuh dosa besar kerana sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu pasti mendatangkan kemudaratan, bukan saja kepada diri bahkan keturunannya.


“Hal ini bukan main-main kerana Allah SWT berfirman dalam al-Quran surah al-Isyrak ayat 32 membawa maksud Allah melarang perbuatan zina kerana di situ ada dua kemudaratan besar iaitu amalan keji dan seburuk-buruk jalan kehidupan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seorang wanita tukang urut di bandar raya ini yang sudah berkahwin sejak tujuh tahun dulu tetapi sanggup mengusir anak kandung kerana tidak mahu diganggu ketika berseronok dengan teman lelaki bukan beragama Islam.


Lebih memburukkan keadaan, wanita itu terbabit dengan aktiviti seks bebas dengan pelanggan yang datang ke tempat kerjanya di sebuah pusat urutan refleksologi di bandar raya ini dan sanggup makan makanan yang tidak halal semata-mata ingin menjaga hati teman lelaki bukan Islam.


Hanafiah yang juga seorang penceramah agama berkata, amalan keji dimaksudkan dalam ayat al-Isyrak itu ialah tiada rasa kasih sayang dan belas ihsan diterima anak dilahirkan hasil perbuatan zina walaupun anak itu tidak melakukan kesalahan.


“Menurut riwayat Imam al-Hakim, Rasulullah pernah bersabda tiada suatu dosa selepas mensyirikkan Allah yang lebih besar di sisi Allah daripada perbuatan zina.


“Ini jelas menunjukkan zina menduduki tempat kedua dalam senarai dosa besar dan bayangkan betapa murkanya Allah Taala jika umatnya terjerumus dengan perkara mungkar seperti ini,” katanya.


Katanya, jalan terakhir bagi mengelakkan keturunannya terus dilaknati Allah ialah dengan melakukan taubat nasuha dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan keji ini selain kembali mengharapkan keredaan Allah.
 
Sponsored Post

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
ye btol tu..org muda xtakot dh azab ni..byk kes cenggini skrg..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,189
Reaction score
821
Points
176
orang tua pun ramai jugak yang tak takut azab.. siap liwat2 lagi.. :eek: hehehe sowi... selagi menyayangi nikmat dunia selagi tulah maksiat berleluasa...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ye btol tu..org muda xtakot dh azab ni..byk kes cenggini skrg..
Dulu kawan aku ajar adik dia yg pakai rantai emas cukup berkesan. dia tenyeh rokok kat leher adik dia masa adik dia tengah layan tv...melompat adik dia meraung...terus dia kata...laaaaa...sakit rupanya...aku ingat kebal dah sampai berapi letak api neraka kat leher...esok adik dia jual terus rantai emas tu :)):)):)):))
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Dulu kawan aku ajar adik dia yg pakai rantai emas cukup berkesan. dia tenyeh rokok kat leher adik dia masa adik dia tengah layan tv...melompat adik dia meraung...terus dia kata...laaaaa...sakit rupanya...aku ingat kebal dah sampai berapi letak api neraka kat leher...esok adik dia jual terus rantai emas tu :)):)):)):))
mmg sempoi..

tp org skrg..mak ayah wat tak betul jer..terus repot polis :))
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
mmg sempoi..

tp org skrg..mak ayah wat tak betul jer..terus repot polis :))
Aku ada baca 1 kesah dulu....bapa dia jenuh larang anak dia lepak2 sambil pakai baju punk tapi anak dia buat tak reti ajer...sampai 1 tahan bapa dia tak leh nak tahan bapa dia follow kat mana anak dia lepak dan berkawan...bila dah tau port bapa dia lah dresing mcam dia..bapa dia pi join group anak dia...masa tu juga anak dia balik umah...malu...sejak hari tu tobat terus anak dia :))
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Aku ada baca 1 kesah dulu....bapa dia jenuh larang anak dia lepak2 sambil pakai baju punk tapi anak dia buat tak reti ajer...sampai 1 tahan bapa dia tak leh nak tahan bapa dia follow kat mana anak dia lepak dan berkawan...bila dah tau port bapa dia lah dresing mcam dia..bapa dia pi join group anak dia...masa tu juga anak dia balik umah...malu...sejak hari tu tobat terus anak dia :))
mesti pak dia bukak buah ni..tu yg anak dia balik tu :eek:
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
Dulu kawan aku ajar adik dia yg pakai rantai emas cukup berkesan. dia tenyeh rokok kat leher adik dia masa adik dia tengah layan tv...melompat adik dia meraung...terus dia kata...laaaaa...sakit rupanya...aku ingat kebal dah sampai berapi letak api neraka kat leher...esok adik dia jual terus rantai emas tu :)):)):)):))
ganaz tu..tp kdg2 cara mcm tu lg bleh wt dorg insaf..mcm aku pn bkn baik sgt tp kdg2 kte sndri akn sedar kesalahan y xptt kte buat..lgpn dh besar dosa tanggung sndri..sndri mau igt la..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
mesti pak dia bukak buah ni..tu yg anak dia balik tu :eek:
tak la...bapa dia pi belajar bahasa punk...lepas tu siap ber gua lu ngan anak dia depan kawan2 anak2 dia :eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register