BTC USD 63,651.3 Gold USD 1,806.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Orang muda dah tak reti tulis Jawi

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
'Orang muda dah tak reti tulis Jawi'

BERNAMA
Kuala Lumpur: "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah tidak kenal akan tulisan Jawi," kata seorang pengukir batu nisan berketurunan Cina.

Kuah Leong Chuan, 65, yang memiliki pengalaman lebih 40 tahun mengukir batu nisan granit menggunakan tangan, meluahkan rasa kekesalan itu kerana tulisan Jawi yang dahulunya menjadi tulisan rasmi negara mungkin akan hilang begitu sahaja.

"Sepatutnya ada orang atau pihak yang meneruskan tulisan Jawi ini. Dahulu ada orang minat Jawi, tahu baca. Sekarang kena sambung (perkasakan lagi) sebab ini bahasa kita.

Tidak boleh tinggal begitu sahaja. Ini tulisan kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui di bengkelnya di sekitar pekan lama Kuala Selangor berhampiran Bukit Melawati.

Jelasnya kemahiran menguasai tulisan Jawi oleh semua kaum di Malaysia bukan satu kerugian malah menjadi kelebihan bagi setiap rakyat, untuk mengekalkan identiti sebagai orang Malaysia.

Kuah berkata, beliau sebelum ini mempelajari tulisan Jawi daripada ayahnya dan pelanggan yang datang bagi mendapatkan khidmat mengukir batu nisan sejak beliau berumur awal 20-an.

Kuah Leong Chuan, 65, memecahkan batu granit.

Namun, katanya, minat yang mendalam untuk mempelajari tulisan berkenaan perlu ada, khususnya bagi golongan muda kerana ia kini bukanlah tulisan yang digunakan dalam urusan harian seperti dahulu.

Dalam pada itu, Kuah yang merupakan generasi kelima keluarganya yang mempunyai kemahiran mengukir itu, sehingga kini masih aktif dan kuat dalam meneruskan warisan nenek moyangnya melahirkan kegusaran, sekiranya kemahiran tersebut tidak dapat diwariskan kepada anaknya.

"Anak pun tidak yang minat (kemahiran mengukir). Saya suruh belajar tulisan Jawi sahaja cukuplah. Budak sekarang mana minat, jadi pendekatan saya adalah jika tiada minat jangan paksa," katanya.

Mengenai perniagaan yang diusahakan beliau, Kuah berkata, sepasang batu nisan granit setinggi dua kaki boleh disiapkan kira-kira tiga hari bermula dari proses memotong batu hinggalah proses terakhir, iaitu mengukir serta memahat maklumat di atas batu nisan menggunakan tulisan Jawi.

Menurut Kuah, batu granit tersebut dipotong dengan alat bermata 'berlian' iaitu sejenis mata khas untuk memotong batu yang sangat keras dengan setiap harga batu nisan bergantung atas saiz permintaan pelanggan.

Di samping membuat batu nisan bagi orang Islam, beliau turut mengambil upah mengukir batu nisan bagi agama lain dan juga lesung batu atau batu giling, sekiranya ada yang menginginkan hasil tangan daripada beliau.

Kuah Leong Chuan, 65, membawa batu nisan yang telah siap dengan tulisan Jawi untuk disimpan sebelum diserahkan kepada pelanggannya. FOTO BERNAMA

Sponsored Post

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,748
Reaction score
313
Points
46
Iyer ker bang....kalo mengeja jawi tak bunyi kita paham laa....

Takkan nak belajar seni khat komunis bang...:D
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Ni bagus la nak pelihara tulisan jawi
Ada sebahagian tu dah risau bila nak perkenalkan tulisan jawi dekat skolah²
 
TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,822
Reaction score
21,820
Points
1,671
Anak kena hantar pg sek agama klo nak pandai jawi. Sbb kt sini jela dpt belajar full jawi
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
Anak kena hantar pg sek agama klo nak pandai jawi. Sbb kt sini jela dpt belajar full jawi

Sekolah agama je masih kekalkan penulisan jawi
Jawab soalan SPM subjek agama dalam tulisan jawi
Jawab ikut rumi dikira gagal
 
sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,314
Reaction score
506
Points
121
aku sendiri pun merangkak kalu bc jawi ni..cuma bc Al Quran ok lg la sebab ada baris2 ayat..kalu jawi terus sambung agak susah skit nk bc.tp ye la mmg rugi la org skrg dah x reti jawi,negara2 lain smua pakai tulisan sendiri,thailand,korea smua tu pakai tulisan sndiri
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
aku sendiri pun merangkak kalu bc jawi ni..cuma bc Al Quran ok lg la sebab ada baris2 ayat..kalu jawi terus sambung agak susah skit nk bc.tp ye la mmg rugi la org skrg dah x reti jawi,negara2 lain smua pakai tulisan sendiri,thailand,korea smua tu pakai tulisan sndiri

Ada agenda tu nak hapuskan tulisan jawi daripada tanah melayu
Tulisan tu identiti bangsa Melayu
Hilang tulisan
Hilanglah identiti
 
Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,948
Reaction score
204
Points
43
tulisan jawi lama kena baca perlahan2, silap baca lain bunyinya, bumi = [email protected]

rezeki lah sekolah agama di johor masa kecik, darjah satu dah boleh baca dan tulis jawi..

bila SPM keluar soalan sila rumikan tulisan jawi diatas...pergh tulis jawapan mcm tak jejak kat kertas, sap sap sui..haha
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Hari jumaat adalah hari jawi semalaysia 🤪
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
tulisan jawi lama kena baca perlahan2, silap baca lain bunyinya, bumi = [email protected]

rezeki lah sekolah agama di johor masa kecik, darjah satu dah boleh baca dan tulis jawi..

bila SPM keluar soalan sila rumikan tulisan jawi diatas...pergh tulis jawapan mcm tak jejak kat kertas, sap sap sui..haha

Betul tuan
Tulisan jawi la payah jugak nak faham
Tu yang jadi isu
Bagai melepaskan batuk di tangga
Tapi yang sebenarnya
Bagai melepaskan betuk di tangga

Tak mudah nak faham tulisan jawi lama
Kena selalu baca je
Nanti cepatlah faham
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register