BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Orang miskin beli barang murah kena cukai, orang kaya beli barang mahal tak kena' - Mahiadin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,149
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,149
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
'Orang miskin beli barang murah kena cukai, orang kaya beli barang mahal tak kena'

'Orang miskin beli barang murah kena cukai, orang kaya beli barang mahal tak kena'
Muhyiddin pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas dasar kerajaan yang disifatkan songsang ketika mempersoalkan status pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT).

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional membangkitkan status HVGT yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini.

"Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya. Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah sudah dilaksanakan sejak Januari lalu.

"Ini seolahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang membeli barangan mahal tak dikenakan cukai. Ini satu dasar yang songsang," katanya.

Pelaksanaan HVGT sebelum ini dirancang untuk dikuat kuasa pada tahun ini seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024 tahun lalu, bagaimanapun ia dilaporkan ditangguhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai lalu dilaporkan berkata penangguhan itu memberi ruang bagi memperkemas dasar dan perundangan berkaitan supaya pelaksanaannya nanti teratur, cekap, dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Sementara itu Muhyiddin turut menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan penyasaran subsidi petrol RON95.

Katanya, keputusan itu dikhuatiri menyebabkan harga barangan meningkat.

"Dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang tinggi dan harga barang melambung, kerajaan tarik subsidi dan naikkan cukai.

"Kesan langsung daripada tindakan ini ialah harga barang akan menjadi lebih mahal dan beban yang ditanggung oleh rakyat

semakin berat," katanya.

Beliau berkata dengan kadar inflasi dijangka meningkat antara dua hingga 3.5 peratus pada tahun hadapan, kerajaan perlu menimbang semula dasar rasionalisasi subsidi.

"Jika subsidi petrol RON95 ditarik pada tahun hadapan, saya pasti kesan berantainya akan dirasai oleh rakyat. Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan membayar lebih.

"Tetapi siapakah golongan T15 ini? Berapa jumlah mereka? Adakah mereka ini golongan maha kaya?" katanya.

Muhyiddin turut membantah penarikan subsidi pendidikan di sekolah berasrama penuh terhadap keluarga T15, jika kerajaan meneruskan rancangan penghapusan subsidi RON95.

"Sudahlah mereka terpaksa membayar harga petrol yang lebih mahal bermula tahun depan, mereka juga terpaksa membayar lebih untuk pendidikan anak-anak di asrama penuh.

"Seeloknya, hal pendidikan untuk anak-anak ini janganlah diganggu," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register