rayz
Legendary Member

- Messages
- 13,243
- Joined
- Jun 5, 2007
- Messages
- 13,243
- Reaction score
- 840
- Points
- 161
Dalam masyarakat Melayu, ada satu ilmu mistik yang dipanggil sebagai ilmu harimau. Ilmu harimau ni selalunya diamalkan oleh orang-orang tertentu atau pawang harimau. Salah satu ilmunya adalah – ilmu mengunci mulut harimau. Dengan ilmu ni, seekor harimau tu takkan dapat menyerang manusia.
Malah, seorang pedagang bernama Alexander Hamilton yang datang ke Melaka, pernah menulis tentang kehebatan orang Minangkabau (di Melaka) yang boleh menjinakkan harimau liar.
Pada tahun 1880-an, seorang pegawai British bernama Ambrose B. Rathborne dah berada di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Selangor. Kawasan tu diduduki oleh beberapa keluarga yang berasal dari Kerinchi. Rathborne menceritakan…
Kisah ni diceritakan oleh Peter Boomgaard dalam bukunya – `Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950‘. Perkara ni jadi pada tahun 1899, bila ada ahli ekspedisi Inggeris datang berjumpa dengan seorang dukun Orang Asli di Tanah Melayu.
Dukun ni secara terus terang kata yang dia boleh jadi harimau jadian. Menurut dukun ni lagi, dia akan jadi harimau jadian selama tujuh ke sembilan hari dan sepanjang tempoh tu dia akan menyerang lembu kampung lain. Caranya adalah dengan bakar kemenyan, mengasapkan badan dan seru ‘semangat hutan’ untuk kabulkan permintaannya.

“.. mereka mempunyai perwatakan ilmu batin yang tinggi, jampi mereka dapat menjinakkan harimau liar, dan membuatkan harimau itu membawa mereka di belakangnya ke mana yang diperintahkan.” – Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950.
Pada tahun 1880-an, seorang pegawai British bernama Ambrose B. Rathborne dah berada di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Selangor. Kawasan tu diduduki oleh beberapa keluarga yang berasal dari Kerinchi. Rathborne menceritakan…
“…terdapat beberapa rumah yang dikelilingi oleh sawah padi yang didiami oleh orang-orang Kerinchi dari Sumatera. Mereka mempunyai reputasi iaitu mampu mengubah diri mereka menjadi harimau, kepercayaan mistik ini diyakini oleh jiran-jiran mereka yang membuatkan mereka takut dan kagum.” – Camping and Tramping in Malaya. Dipetik dari jurnal Harimau dan Orang Melayu.
Kisah ni diceritakan oleh Peter Boomgaard dalam bukunya – `Frontiers of Fear: Tigers and People in the Malay World, 1600-1950‘. Perkara ni jadi pada tahun 1899, bila ada ahli ekspedisi Inggeris datang berjumpa dengan seorang dukun Orang Asli di Tanah Melayu.
Dukun ni secara terus terang kata yang dia boleh jadi harimau jadian. Menurut dukun ni lagi, dia akan jadi harimau jadian selama tujuh ke sembilan hari dan sepanjang tempoh tu dia akan menyerang lembu kampung lain. Caranya adalah dengan bakar kemenyan, mengasapkan badan dan seru ‘semangat hutan’ untuk kabulkan permintaannya.
“Dia kemudian merangkak, menggelengkan kepala dan bulu serta ekor akan tumbuh dari badannya sebelum dirinya berubah menjadi harimau sepenuhnya.” – Dipetik dari BH Online.