- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 149,864
- Reaction score
- 20,715
- Points
- 1,661

Kuala Lumpur – Rakyat Kelantan berang dengan akhbar Kosmo, kerana didakwa cuba memalukan nama negeri itu.
Kemarahan rakyat Kelantan terutama yang tinggal dan bekerja luar dari negeri itu mendorong mereka membuat seruan supaya saudara mara mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang memboikot akhbar harian berkenaan.
Ia dibuat susulan tidak puas hati dengan penerbitan akhbar berkenaan yang tiga kali berturut-turut menyebut nama Kelantan pada tajuk berita yang melibatkan kes jenayah dan salah laku.
Akhbar Kosmo menggunakan tajuk berita ‘Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah’, ‘Lebam dicubit ustazah dari Kelantan’ dan ‘Penampar mahal lelaki Kelantan’ pada hari yang berbeza.
Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan berkata, rakyat Kelantan menganggap tajuk-tajuk berita yang digunakan oleh akhbar Kosmo itu menggambarkan seolah-olah orang Kelantan berperangai buruk dan tingkah laku yang pelik.
Persatuan itu mengakui ada rakyat Kelantan terlibat dengan jenayah tetapi tidak sepatutnya akhbar berkenaan menulis seperti itu pada tajuk berita.
“Ramai anak-anak Kelantan yang menjadi teknokrat dan profesional baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam dan hal ini dimaklumi oleh semua rakyat Malaysia akan kecemerlangan orang Melayu yang berasal dari Kelantan.
“Apa yang sedang berlaku di media sosial saat ini adalah gerakan untuk memboikot pembelian akhbar Kosmo akibat tajuk-tajuk yang dipaparkan.
“Strategi akhbar Kosmo kali ini untuk meningkatkan jualan tidak mengena malah dijangka akan memberi kesan negatif kepada penjualan akhbar tersebut sekurang-kurangnya di Kelantan,” kata persatuan itu dalam blog rasmi mereka.
Rakyat Kelantan yang tidak berpuas hati dengan akhbar itu turut mengambil inisiatif dengan mewujudkan beberapa kumpulan di laman Facebook seperti ‘Kami Seluruh Rakyat Memboikot Akhbar Kosmo’ dan I love Kelantan.
Pengendali akaun Facebook I Love Kelantan berkata, penulisan Kosmo itu dangkal dan pihaknya telah mengirim email bantahan kepada editor dan meminta menjaga sensitiviti rakyat Kelantan serta tidak lagi menulis seperti ‘orang yang tidak pernah sekolah’.
Dia membuat seruan supaya rakyat Kelantan memboikot akhbar itu kerana penulisannya yang mengecewakan. – FMT
http://www.suara.tv/2015/05/22/orang-kelantan-diminta-boikot-akhbar-kosmo/