BTC USD 28,357.0 Gold USD 1,963.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 'Orang kaya' musim tengkujuh

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,707
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,707
Reaction score
1,312
Points
206

'Orang kaya' musim tengkujuh​

15 November 2022 09:10amMasa membaca: 2 minit


1983041.jpg

Ameila (kanan) dan Faridah (kiri) antara penduduk kampung yang menjana pendapatan menerusi hasil jualan ikan darat sempena musim tengkujuh di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Pendapatan luar biasa penduduk kampung yang dijana menerusi hasil jualan ikan darat sempena musim tengkujuh menjadikan kumpulan ini dilabel sebagai 'orang kaya' sepanjang tempoh berkenaan.

Ini diakui sendiri oleh Ameila Ismail, 27, yang menjadikan ikan darat sebagai pendapatan sampingan selepas tidak dapat keluar menoreh akibat hujan.

"Disebalik musibah ini, masih ada rezeki kepada kami, malah pendapatan menjual ikan darat lebih lumayan berbanding menoreh getah.

"Kalau menoreh nak dapat RM20 sehari pun payah. Namun hasil jualan ikan darat, saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100 sehari sepanjang musim tengkujuh. Bagaimanapun semua itu bergantung kepada jumlah tangkapan ikan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kalbot Lima di sini pada Isnin.

Dia memberitahu, bekalan ikan darat tersebut diperoleh daripada orang kampung yang menjala di kawasan yang dinaiki air.

Ujarnya, gerai yang dibuka seawal jam 7 pagi dan ditutup pada jam 5 petang itu menjual pelbagai jenis ikan sungai seperti baung, keli, haruan, puyu, selat, tebarau, patong, bujuk dan banyak lagi.

Manakala Faridah Omar, 49, yang merupakan seorang bidan berkata, musim tengkujuh sangat dinanti-nantikan olehnya untuk berniaga ikan darat.


"Ini adalah pekerjaan wajib saya setiap kali musim tengkujuh kerana permintaan terhadap ikan darat sangat tinggi. Hasil jualan RM10 seikat ikan darat ia dapat dijadikan duit simpanan dan kegunaan harian.
Artikel Berkaitan:

"Lebih menyeronokkan lagi apabila saya sendiri sudah mempunyai pelanggan tetap yang datang dari seluruh pelusuk negeri semata-mata hendak mendapatkan ikan darat," katanya.

Dia memberitahu, ada pelanggan datang seawal jam 7 pagi untuk mendapatkan bekalan ikan yang segar.


1983040.jpg

Faridah (dua dari kiri) melayan pelanggan yang datang ke gerainya di Kalbot Lima, Rantau Panjang untuk mendapatkan bekalan ikan darat.

Tambahnya, harga ikan darat masih dikekalkan sama dengan musim tengkujuh tahun lepas iaitu bagi ikan haruan RM15 sekilogram (kg), keli (RM20) dan baung (RM25).

Tinjauan Sinar Harian di sepanjang jalan Pasir Mas - Rantau Panjang terdapat hampir 10 gerai jualan ikan darat.

Mereka akan berpindah randah mengikut keadaan semasa kerana laluan tersebut akan dinaiki air jika hujan lebat dan merupakan kawasan banjir.


 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,506
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,506
Reaction score
6,145
Points
481
Awards
1

'Orang kaya' musim tengkujuh​

15 November 2022 09:10amMasa membaca: 2 minit


1983041.jpg

Ameila (kanan) dan Faridah (kiri) antara penduduk kampung yang menjana pendapatan menerusi hasil jualan ikan darat sempena musim tengkujuh di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Pendapatan luar biasa penduduk kampung yang dijana menerusi hasil jualan ikan darat sempena musim tengkujuh menjadikan kumpulan ini dilabel sebagai 'orang kaya' sepanjang tempoh berkenaan.

Ini diakui sendiri oleh Ameila Ismail, 27, yang menjadikan ikan darat sebagai pendapatan sampingan selepas tidak dapat keluar menoreh akibat hujan.

"Disebalik musibah ini, masih ada rezeki kepada kami, malah pendapatan menjual ikan darat lebih lumayan berbanding menoreh getah.

"Kalau menoreh nak dapat RM20 sehari pun payah. Namun hasil jualan ikan darat, saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100 sehari sepanjang musim tengkujuh. Bagaimanapun semua itu bergantung kepada jumlah tangkapan ikan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kalbot Lima di sini pada Isnin.

Dia memberitahu, bekalan ikan darat tersebut diperoleh daripada orang kampung yang menjala di kawasan yang dinaiki air.

Ujarnya, gerai yang dibuka seawal jam 7 pagi dan ditutup pada jam 5 petang itu menjual pelbagai jenis ikan sungai seperti baung, keli, haruan, puyu, selat, tebarau, patong, bujuk dan banyak lagi.

Manakala Faridah Omar, 49, yang merupakan seorang bidan berkata, musim tengkujuh sangat dinanti-nantikan olehnya untuk berniaga ikan darat.




"Lebih menyeronokkan lagi apabila saya sendiri sudah mempunyai pelanggan tetap yang datang dari seluruh pelusuk negeri semata-mata hendak mendapatkan ikan darat," katanya.

Dia memberitahu, ada pelanggan datang seawal jam 7 pagi untuk mendapatkan bekalan ikan yang segar.


1983040.jpg

Faridah (dua dari kiri) melayan pelanggan yang datang ke gerainya di Kalbot Lima, Rantau Panjang untuk mendapatkan bekalan ikan darat.

Tambahnya, harga ikan darat masih dikekalkan sama dengan musim tengkujuh tahun lepas iaitu bagi ikan haruan RM15 sekilogram (kg), keli (RM20) dan baung (RM25).

Tinjauan Sinar Harian di sepanjang jalan Pasir Mas - Rantau Panjang terdapat hampir 10 gerai jualan ikan darat.

Mereka akan berpindah randah mengikut keadaan semasa kerana laluan tersebut akan dinaiki air jika hujan lebat dan merupakan kawasan banjir.



Daripad up " org kaya" baik lah up "rezeki Allah swt bagi musim tengkujuh"....
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register