BTC USD 84,228.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Cina tak patut takutkan PAS, kata bekas ahli MCA

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,861
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,861
Reaction score
6,840
Points
881
Awards
1
Orang Cina tak patut takutkan PAS, kata bekas ahli MCA

Lee Hwa Beng mendakwa parti itu ditakuti secara tidak adil sebaliknya patut dianggap sekutu strategik dalam landskap politik kini.

FMT Reporters12 Feb 2025, 11:34 PM
Lee Hwa Beng
Lee Hwa Beng berkata MCA pernah bekerjasama dengan PAS tetapi bukan secara terbuka kerana dilihat sebagai ‘pantang untuk kebanyakan parti berasaskan Cina termasuk DAP’.
PETALING JAYA:
Bekas ahli MCA Lee Hwa Beng berkata orang Cina tidak patut ‘tunduk’ kepada taktik DAP yang menimbulkan ketakutan terhadap PAS.

Bercakap dalam episod audio siar bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, Lee berkata PAS ibarat digambarkan sebagai ‘momok’ secara tidak adil dalam masyarakat Cina, malah beliau menganggap lebih strategik untuk membentuk ikatan dengan parti itu memandangkan landskap politik kini.

“Kita hidup dalam negara majoriti Melayu. Kita adalah minoriti. Kita tidak patut takutkan PAS.


Play

“Selagi kita takutkan PAS, kita tidak akan merasai kehidupan baik (di Malaysia),” kata bekas Adun Subang Jaya dan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang itu.

Zaid sebelum ini berkata, PAS kini menjadi pilihan pengundi Melayu apabila menggantikan Umno sebagai parti utama.

“Kenapa MCA tidak boleh lebih rapat dengan PAS? Selama 40 tahun, anda rapat dengan Umno kerana Umno pemimpin orang Melayu. Memang masuk akal ketika itu.

“Tetapi hari ini pemimpin Melayu adalah PAS. Kenapa MCA tidak boleh pergi memenangi hati orang Melayu bersama PAS?”

Bagaimanapun, Lee berkata MCA pernah bekerjasama dengan PAS sebelum ini, cuma tidak secara terbuka kerana menjadi ‘pantang untuk kebanyakan parti berasaskan Cina termasuk DAP’.

Zaid menyifatkan pantang itu akibat ‘propaganda DAP’, dan menolak pandangan bahawa PAS mahu mengislamkan negara ini.

“PAS mahu menjadi lebih Islamik terhadap orang Islam. Saya tidak fikir PAS mahu mengislamkan orang Cina.

“Mereka mungkin tidak begitu liberal atau terbuka, tetapi ini kerana mereka mahu melindungi orang Islam.

“Mereka tidak berminat mengislamkan anda,” katanya merujuk kepada bukan Muslim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Senang jer MCA nk suruh cina terima PAS, pergi jumpa pimpinan PAS minta dorg cerita apa yg PAS nk bawa dari sudut ekonomi andai jadi kerajaan.

1. Jizyah/Kharaj vs cukai sedia ada (income tax/gst/sst) : aku yakin kadar jizyah dan kharaj yg PAS nk berikan jauh lebih rendah dan memberikan keuntungan material kpd bangsa Tonghua, dan mereka akan pilih sistem cukai yg PAS proposed.

2. Qard Al Hassan vs pinjaman riba : mmg obviously kita boleh agak yg mana akan Tonghua pilih.

Cukup 2 tu pun aku rasa DAP dah x mampu nk counter.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register