BTC USD 28,609.7 Gold USD 1,968.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang Cina Malaysia tidak punya identiti bahasa Bangsa Malaysia

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,279
Points
196
October 16, 2014

Zainuddin-Maidin-1024x685.jpg


PETALING JAYA - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan orang Cina yang marah kerana digelar sebagai bangsa pendatang.

“Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapura dengan Bahasa Inggeris dan Cina Amerika dengan Bahasa Inggeris.

“Kenapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali dengan bahasa rakyat negara ini dan masih mahu dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri,” katanya dalam entri http://zamkata.blogspot.com/.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan orang Cina supaya mempelajari bahasa Malaysia semasa Persidangan Perwakilan MCA baru-baru ini.

Beliau menambah, orang Melayu amat mudah menerima bukan Melayu terutama orang Cina yang berbahasa Melayu tempatan sebagai rakan sebangsa seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Perlis, khususnya mereka yang berada di kampung.
“Maka itu Najib sendiri terus merasa bangga dan lantas menjadikan Presiden baru MCA Liow Tiong Lai sebagai contoh yang baik kepada masyarakat Cina kerana walaupun belajar di sekolah Cina tetapi menyampaikan ucapannya di mesyuarat perwakilan MCA itu dalam bahasa Malaysia sepenuhnya,” katanya.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu turut menggesa agar satu kajian dibuat mengenai dakwaan graduan Melayu sukar mendapat pekerjaan kerana tidak tahu berbahasa Inggeris atau graduan Cina tidak mendapat pekerjaan kerana tidak dapat berbahasa Inggeris serta bahasa Melayu.

Katanya, kebanyakan profesional Melayu kini seperti yang ada di bidang perubatan dan kejuruteraan yang berkhidmat di dalam dan luar negara adalah berasal dari aliran Melayu.
Tambahnya, graduan perubatan berbangsa Cina dari UKM turut berasal dari aliran Melayu, lapor FMT.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register