BTC USD 84,228.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPS SAR - Nahas Pesawat, Helikopter Tentera AS

Sponsored Post

Anwar Ucap Takziah Mangsa Nahas Kemalangan Udara Di Washington

31.01.2025 - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan dukacita atas tragedi nahas pesawat penumpang dan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Reagan National Airport di Washington, semalam. Perdana Menteri turut menyampaikan rasa simpati dan sokongan moral kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan dalam kejadian berkenaan.

“Keluarga dan rakan di Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Filipina dan Jerman kini meratapi kehilangan insan tersayang sementara pasukan penyelamat berusaha gigih dalam operasi menyelamat. Lebih memilukan apabila mengetahui bahawa antara yang terkorban ialah atlet muda bagi luncur ais yang berbakat dan mempunyai masa depan begitu cerah. Dalam saat yang penuh duka ini, saya berharap keluarga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kesedihan yang amat mendalam ini. Rakyat Malaysia turut bersimpati,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini media melaporkan kejadian sekitar 9 malam Waktu Standard Timur (0200 GMT Khamis), membabitkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk. Penyiasat turut menemui kotak hitam dari pesawat penumpang berkenaan dan setakat ini sebanyak 40 mangsa daripada keseluruhan 67 orang sudah ditemukan.
1738316951731.png
 
Can helicopter fly at night?
*****
Yes, helicopters can fly at night, but pilots need specialized training and the helicopter must be equipped with appropriate lighting systems like navigation lights, anti-collision lights, and landing lights to safely operate in low-light conditions; they may also use night vision goggles depending on the situation
 
SG Utus Takziah Kepada Amerika Atas Nahas American Airlines

31.01.2025 - Singapura pada Jumaat (31 Jan) mengutuskan takziah kepada Amerika Syarikat atas nahas pesawat penumpang American Airlines yang bertembung dengan sebuah helikopter tentera di Washington, yang meragut 67 nyawa. Kementerian Ehwal Luar (MFA) turut menyatakan pada Jumaat bahawa sejauh ini tiada warga Singapura dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut.

"Pemerintah Singapura mengutuskan takziah yang mendalam kepada pemerintah Amerika Syarikat dan keluarga mangsa nahas pesawat 5342 American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera Amerika berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan pada 29 Januari 2025. Kedutaan Singapura di Washington DC sedang berhubungan dengan pihak berkuasa Amerika. Setakat ini, tiada warga Singapura dilaporkan terjejas oleh nahas tersebut." kata seorang jurucakap MFA dalam satu kenyataan.

Kesemua 60 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu - yang sedang melakukan penerbangan antara Wichita, Kansas dengan Washington - dan ketiga-tiga anggota tentera dalam helikopter itu maut apabila kedua-dua pesawat bertembung pada Rabu (29 Jan) malam, yang menyebabkan letupan dahsyat sebelum kedua-dua pesawat terhempas ke dalam Sungai Potomac. American Eagle yang melakukan penerbangan itu adalah anak syarikat American Airlines. Dua warga China dan seorang warga Filipina adalah antara mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/singapu...a-amerika-atas-nahas-american-airlines-911396
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register