BTC USD 84,228.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPS SAR - Nahas Pesawat, Helikopter Tentera AS

Also attached is the relevant part of the Washington DC area Helicopter Route Map (source: FAA/Skyvector) showing helo routes in the area. From this it is apparent that helicopter traffic routinely follows the path that PAT25 took. PAT25 was following ROUTE 1 southbound. The "Memorial" reporting point referred to in the ATC audio is the ble solid triangle marked "Memorial Bridge" on ROUTE 1 north of the Pentagon.
1738235845534.png
 
Sponsored Post

Penyelam Mungkin Jumpa Kotak Hitam Pesawat

30.01.2025 - Pasukan penyelam mungkin telah menemukan satu daripada dua perakam data, atau dikenali sebagai kotak hitam, milik pesawat yang terhempas berhampiran Washington DC, lapor CBS pada Khamis, menurut Sputnik/RIA Novosti. Menurut laporan itu, pesawat berkenaan telah pecah kepada beberapa bahagian yang berada pada kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter. Penyiar juga melaporkan penyelam berjaya mendapatkan akses ke kokpit pesawat berkenaan. Helikopter yang bertembung dengan pesawat itu berada dalam keadaan terbalik, namun kelihatan sebahagian besarnya masih utuh.

Sementara itu, Associated Press melaporkan bahawa berdasarkan rakaman perbualan, helikopter tentera yang bertembung dengan pesawat penumpang berhampiran Reagan National Airport (DCA), Washington, DC, gagal memberi respons kepada amaran pengawal trafik udara mengenai kedudukan pesawat sebelum perlanggaran berlaku. Kurang daripada 30 saat sebelum perlanggaran, pengawal trafik udara dilaporkan bertanya kepada juruterbang helikopter sama ada dia dapat melihat pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733149
 
Kotak Hitam Belum Jumpa, Penyiasat Masih Teliti Perlanggaran Udara AS

31.01.2025 - Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan daripada pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di udara berhampiran ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington DC, lapor Agensi Anadolu (AA) dengan memetik kenyataan pegawai pada Khamis.

“Kami tahu ia ada di sana. Ia berada di dalam air. Ini bukan perkara luar biasa bagi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB). Kami telah banyak kali menemukan perakam data penerbangan di dalam air,” kata Pengerusi NTSB Jennifer Homendy dalam satu taklimat di Reagan National Airport (DCA), Washington.

NTSB ialah agensi penyiasatan kerajaan bebas yang bertanggungjawab menyiasat kemalangan pengangkutan awam. Pada Rabu malam, sebuah pesawat penumpang American Airlines dan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat AS bertembung di udara berhampiran lapangan terbang itu. Pesawat tersebut, yang membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Kansas. Helikopter itu pula, yang sedang dalam penerbangan latihan, membawa tiga anggota tentera. Kedua-dua pesawat itu terhempas ke dalam Sungai Potomac. Presiden AS Donald Trump pada Khamis mengesahkan bahawa tiada yang terselamat dalam nahas itu ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mengenal pasti puncanya.

Homendy berkata agensinya akan memberi ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan terhadap perlanggaran udara itu. Beliau berkata Khamis merupakan hari pertama lembaga itu mempunyai pasukan penuh di lokasi kejadian, sambil menambah bahawa “kami membenarkan pasukan penyelamat menjalankan misi keselamatan mereka yang penting, iaitu mencari dan menyelamat serta pemulihan. Kami akan berundur bagi memberi laluan kepada mereka.” Homendy turut meminta masa untuk agensi itu mengesahkan fakta ketika ia menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca perlanggaran.

“Bukan kami tidak mempunyai maklumat. Kami mempunyai maklumat, kami mempunyai data. Kami memiliki jumlah maklumat yang banyak. Namun, kami perlu mengesahkannya. Kami perlu mengambil masa untuk memastikan ketepatannya. Kami akan melihat semua individu yang terlibat dalam nahas ini.” katanya.

Beliau berkata agensi itu akan meneliti aspek “manusia, mesin dan persekitaran” bagi menentukan punca perlanggaran tersebut. Ahli lembaga NTSB Todd Inman berkata matlamat agensi itu adalah untuk mengeluarkan laporan awal mengenai punca perlanggaran dalam tempoh 30 hari.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733179
 
Jumlah Kakitangan Menara Kawalan Trafik Udara 'Tidak Normal' Ketika Berlaku Nahas Washington

31.01.2025 - Terdapat kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Nasional Reagan ketika berlaku nahas yang meragut nyawa antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter tentera, lapor media Amerika pada Khamis (30 Jan). Bilangan kakitangan yang bertugas ketika itu adalah "tidak normal bagi waktu dan jumlah trafik" menurut laporan keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) hasil siasatan awal yang dijalankan, lapor The New York Times.

"Pengawal itu yang menangani helikopter di ruang udara lapangan terbang berkenaan pada Rabu malam juga mengarahkan pesawat untuk mendarat dan berlepas daripada landasannya. Para penyiasat Amerika menyatakan pada Khamis (30 Jan) bahawa pihaknya akan mengambil masa untuk menyiasat dan mengetahui punca nahas tersebut." jelas laporan tersebut. Tugas tersebut (seharusnya) diberikan kepada dua pengawal, dan bukan seorang sahaja."

"Kami menjalankan misi keselamatan penting, di mana kami akan mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati. Kami meneliti fakta ... dan itu memerlukan sedikit masa" jelas pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Jennifer Homendy kepada para wartawan.

Anggota Lembaga NTSB Todd Inman turut berkata bahawa tiada sebarang penyimpulan segera mengenai punca nahas itu.

"Kami belum dapat putuskan apa yang kami tahu. Kami belum mempunyai fakta yang mencukupi untuk mengakui atau menolak faktor manusia, faktor mekanikal - itu adalah sebahagian daripada proses penyiasatan NTSB," kata Inman.

Perlanggaran itu berlaku lewat petang pada Rabu ketika pesawat itu mendarat selepas melakukan penerbangan dari Wichita, Kansas. Lapangan Terbang Reagan Nasional merupakan lapangan terbang utama yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Washington, Rumah Putih dan Pentagon. Ruang udara tersebut sangat sibuk, dengan pesawat awam dan tentera sentiasa melakukan penerbangan di kawasan itu.
1738298172066.png
 
Trump Selar Dasar Kepelbagaian Selepas 67 Maut Dalam Nahas American Airlines

31.01.2025 - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (30 Jan) menuduh tanpa bukti bahawa dasar kepelbagaian seharusnya dipersalahkan selepas sebuah pesawat penumpang bertembung dengan helikopter Tentera Amerika di lapangan terbang Washington, mengorbankan 67 orang dalam nahas udara paling maut di Amerika dalam tempoh lebih 20 tahun. Siasatan ke atas nahas di ibu negara itu baru sahaja bermula dan masih belum jelas mengapa pesawat Bombardier American Airlines yang membawa 60 penumpang dan empat anak kapal bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera Amerika ketika ia bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Nasional Reagan di Washington. Setiausaha Pengangkutan Amerika Sean Duffy berkata, kedua-dua pesawat telah mengikut corak penerbangan standard dan tiada masalah komunikasi.

Komunikasi radio menunjukkan bahawa pengawal trafik udara memaklumkan helikopter tersebut tentang pesawat yang menghampiri dan mengarahkannya menukar haluan. Tiada bukti bahawa usaha untuk menjadikan tenaga kerja persekutuan lebih rencam telah menjejas keselamatan udara. Semasa sidang media Rumah Putih, Encik Trump mengkritik juruterbang helikopter dan berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada pengawal trafik udara harus dipersalahkan.

"Kami tidak tahu apa yang menyebabkan kemalangan ini, tetapi kami mempunyai beberapa pendapat dan idea yang sangat kuat," katanya.

Ruang udara sering sesak di wilayah ibu negara Amerika, yang menempatkan tiga lapangan terbang komersial dan beberapa kemudahan ketenteraan utama, dan para pegawai telah menimbulkan kebimbangan mengenai landasan yang sibuk di Lapangan Terbang Nasional Reagan. Terdapat beberapa kejadian yang telah mencetuskan kebimbangan, termasuk pertembungan yang hampir berlaku pada Mei 2024. Kekurangan pengawal trafik udara di Amerika sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan keselamatan. Encik Trump menuduh mantan Presiden Joe Biden menurunkan standard pengambilan pekerja dan membayangkan bahawa dasar kepelbagaian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan telah melemahkan keupayaannya.

Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada pengambilan pekerja atas dasar kepelbagaian, Encik Trump berkata: "Ia mungkin antara sebabya." Pentadbiran Trump bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan ini. Encik Trump telah bertindak pantas untuk membatalkan inisiatif kepelbagaian persekutuan sejak menyandang semula jawatan presiden pada 20 Jan, sekalipun mendapat kritikan daripada para penyokong hak asasi manusia yang bimbang beliau akan menghambat kemajuan yang telah dicapai oleh Amerika Syarikat untuk mengatasi sejarah diskriminasinya.
1738298301992.png
 
Atlet Muda, Bekas Juara Dunia Luncur Ais Antara Mangsa Nahas Udara Washington

31.01.2025 - Juara dunia luncur ais, seorang juruterbang yang sedang merancang perkahwinannya dan atlet remaja sukan luncur yang dianggap mempunyai "masa depan cerah dalam sukan itu" merupakan antara 67 mangsa yang terkorban dalam nahas yang meragut nyawa itu. Ia melibatkan sebuah jet komersil dan sebuah helikopter Angkatan Tentera Amerika yang bertembung antara satu sama lain di udara, dekat Washington. Kesemua 64 penumpang pesawat American Eagle, yang berlepas dari Wichita, Kansas, termasuk 60 penumpang dan empat anak kapal, maut. Manakala, kesemua tiga askar turut terkoban apabila kedua-dua pesawat berkenaan berlanggar pada Rabu (29 Jan), sekali gus mengakibatkan letupan. Berikut apa yang diketahui tentang sebilangan mangsa;


SPENCER LANE DAN JINNA HAN

Pada 2022, Spencer menyaksikan Nathan Chen, bintang luncur ais Amerika, memenangi pingat emas Sukan Olimpik lalu memutuskan beliau mahu bermain luncur ais juga, kata bapanya, Douglas Lane, kepada WPRI di Rhode Island. Tiga tahun kemudian, remaja berusia 16 tahun itu telah membuktikan bakatnya yang luar biasa, dengan melayakkan diri bagi kem latihan atlet elit di Wichita yang dikhaskan bagi para atlet muda, yang pengarah eksekutif kelab luncurnya, Doug Zeghibe, menyifatkan sebagai "bintang masa depan sukan itu". Tidak lama sebelum pesawat berkenaan berlepas, Spencer memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan sayap pesawat itu di wadah Instagram, menurut laporan media. Dalam satu lagi catatan, beliau menyatakan bahawa melayakkan diri untuk menyertai kem tersebut telah menjadi cita-citanya buat sekian lama sambil menyifatkan latihan itu sebagai "satu pengalaman hebat".

Jinna, 13 tahun, juga melayakkan diri bagi kem tersebut, yang diadakan selepas kejohanan luncur ais kebangsaan Amerika minggu lalu di Kansas. Kedua-dua Spencer dan Jinna berlatih hampir setiap hari di Kelab Luncur Boston di Norwood, Massachusetts, menurut pengarah kelab itu, Zeghibe. Keluarga Lane tinggal di Rhode Island, manakala keluarga Han pula menetap di kawasan Boston. Ibu Spencer, Christine dan ibu Jinna, Jin turut berada dalam pesawat berkenaan. Kedua-dua mereka merupakan "ibu teladan", yang telah banyak berkorban demi membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan dalam sukan itu, ujar Zeghibe.


ASRA HUSSAIN RAZA

Raza, 26 tahun, menghantar kiriman mesej kepada suaminya, Hamaad, dari pesawat malang itu ketika mereka menghampiri Washington, sambil memaklumkan bahawa beliau akan mendarat dalam masa kira-kira 20 minit. Hamaad Raza, 25 tahun, yang sedang menunggu ketibaannya di lapangan terbang, bagaimanapun tidak menerima sebarang mesej lain selepas itu, kata bapanya, Hashim Raza, kepada Reuters.

"Asra adalah segala-galanya bagi kami," luah Hashim Raza sebak, dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon ketika beliau melakukan perjalanan dari Missouri ke Washington untuk bertemu anaknya.

Pasangan itu bertemu di Indiana University Bloomington, di mana beliau melakukan pengajiannya dalam kewangan korporat dan merupakan seorang pelajar kolej yang sering kali mengungguli kohortnya. Asra Hussain Raza kemudian memperoleh ijazah sarjana dalam kesihatan awam dari Universiti Columbia dan mendapat pekerjaan dengan kumpulan perunding di Washington, dengan matlamat utama untuk bekerja bagi pemerintah demi meningkatkan kesihatan awam, kata bapa mertuanya.

"Apa yang beliau mahu lakukan adalah untuk membantu orang ramai, dan DC, dalam fikirannya, adalah tempat untuk mencapai matlamatnya," kata Raza.

Beliau melakukan perjalanan ke Wichita kira-kira sekali atau dua kali sebulan untuk membantu mengubah nasib sebuah hospital, jelasnya.


SAM LILLEY, IAN EPSTEIN, JONATHON CAMPOS, DANASIA ELDER

Lilley, 28 tahun merupakan salah seorang daripada dua juruterbang pesawat itu, berkhidmat sebagai pegawai pertama, jelas bapanya Timothy Lilley, dalam satu catatan Facebook.

"Saya bangga apabila Sam menjadi seorang juruterbang," kongsi Lilley, yang juga merupakan seorang juruterbang. Beliau berada di New York ketika nahas itu berlaku. "Sekarang, ia sangat mengharukan sampaikan saya tidak dapat tidur. Pramugara Epstein ialah seorang yang suka beramah mesra dan menyayangi pekerjaannya, kata bekas isterinya, Debi Epstein, kepada Charlotte Observer.

Ian Epstein mempunyai dua anak perempuan, termasuk seorang yang akan berkahwin dalam tempoh lapan minggu dari sekarang, kata Debi Epstein kepada akhbar itu. Campos ialah kapten pesawat, dan Elder merupakan pramugara kedua, menurut laporan media.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/a...s-antara-mangsa-nahas-udara-washington-911196
 
Nahas Udara Di Washington - Tiada Mangsa Terselamat

31.01.2025 - Pasangan juara dunia luncur ais antara 64 orang menaiki penerbangan American Airlines yang bertembung dengan helikopter Tentera Amerika Syarikat (AS) pada malam Rabu lalu. Ketika kejadian, pesawat itu yang membawa 60 penumpang dan empat anak kapal dilaporkan bersiap untuk mendarat di Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan. Helikopter Black Hawk pula dinaiki tiga orang. Jet itu ditemukan terbalik di sekurang-kurangnya tiga bahagian, di dalam air sungai berkenaan. Semua 67 mangsa dipercayai terkorban. Badan sukan luncur ais AS, US Figure Skating mengeluarkan kenyataan awal pagi Khamis.

"US Figure Skating dengan dukacita mengesahkan beberapa ahli komuniti luncur ais kami menaiki American Airlines Flight 5342, yang berlanggar dengan sebuah helikopter di Washington, malam semalam (Rabu) . Atlet, jurulatih dan ahli keluarga ini pulang dari Kem Pembangunan Nasional yang diadakan sempena Kejohanan Luncur Ais AS di Wichita, Kansas. Kami sangat kecewa dengan tragedi yang tidak terkata ini. Kami akan terus memantau keadaan dan akan mengeluarkan lebih banyak maklumat apabila ia tersedia," katanya.

Kelab Luncur Ais Boston pula mengesahkan enam kematian pada Khamis lalu. Antara yang menaiki pesawat itu ialah beberapa pemain luncur ais dan jurulatih AS, kata US Figure Skating. Pegawai di Moscow turut mengesahkan pasangan juara dunia luncur ais dari Rusia, Evgenia Shishkova dan Vadim Naumov, antara mangsa. Shishkova dan Naumov - yang juga suami isteri - memenangi gelaran dunia untuk acara pasangan luncur ais pada 1994. Pasangan itu bertanding mewakili Rusia dalam acara berpasangan dalam sukan luncur ais pada Olimpik, sebanyak dua kali. Dua warga China turut menjadi antara mangsa nahas itu, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat di Beijing, memetik kedutaan China.
1738303383291.png
 
Kotak Hitam Pesawat Penumpang, 40 Mayat Di Temukan

31.01.2025 - Penyiasat pada Khamis lalu menemukan kotak hitam dari pesawat penumpang yang bertembung di udara dengan helikopter tentera di Sungai Potomac, Washington, sehingga mengorbankan 67 orang. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berkata, ia mendapatkan semula perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan dari jet Bombardier yang dikendalikan oleh anak syarikat American Airlines yang merempuh helikopter Army Black Hawk itu, pada lewat Rabu.

"Perakam berada di makmal NTSB untuk penilaian," kata agensi itu dalam satu kenyataan kepada AFP.

Menurut laporan New York Times (NYT), kakitangan adalah terhad di menara kawalan di Lapangan Terbang Negara Reagan, di mana pesawat itu hendak mendarat ketika perlanggaran berlaku. Seorang pengawal - bukannya dua seperti biasa - mengendalikan kedua-dua lalu lintas pesawat dan helikopter, lapor NYT memetik laporan awal Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Bola api meletus di langit pada malam dan kedua-dua pesawat terhempas ke dalam Sungai Potomac yang berais, menyebabkan kru penyelamat berdepan tugas sukar untuk mencari mayat dalam keadaan gelap dan suhu sejuk.

Lebih 40 mayat ditemukan pada petang Khamis lalu, menurut laporan media AS. Pesawat penumpang itu membawa 64 orang, dan Black Hawk itu dengan tiga penumpang. Perlanggaran itu adalah nahas besar pertama di AS sejak 2009. Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan ialah lapangan terbang utama yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Washington, Rumah Putih dan Pentagon.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/global/am...ak-hitam-pesawat-penumpang-40-mayat-ditemukan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register