BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OPS SAR - Nahas Pesawat, Helikopter Tentera AS

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
30.01.2025 - Datuk Bandar Washington DC memaklumkan operasi menyelamat masih diteruskan selepas sebuah pesawat penumpang dan helikopter tentera terhempas di Sungai Potomac lewat Rabu malam, lapor Agensi Anadolu.

"Kedua-dua pesawat berada di dalam air. Fokus utama sekarang adalah menyelamatkan mangsa," kata Muriel Bowser pada sidang media.

Beliau berkata demikian selepas sebuah pesawat jet penumpang milik syarikat penerbangan serantau American Airlines bertembung di udara dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat sebelum terhempas ke dalam Sungai Potomac berhampiran Reagan National Airport di Washington pada Rabu malam. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan bahawa PSA Airlines mengendalikan Penerbangan 5342 bagi pihak American Airlines, yang berlepas dari Wichita, Kansas.

582f2fbd4ed655975b30f47659f8ec57.jpg


"Pesawat penumpang yang dalam perjalanan ke lapangan terbang ini bertembung dengan sebuah helikopter tentera," kata Bowser kepada pemberita di lapangan terbang, tanpa mengulas lanjut mengenai operasi menyelamat. Setakat malam ini, kami hanya dapat mengesahkan jumlah individu di dalam setiap pesawat iaitu 64 orang di dalam pesawat American Airlines dan tiga orang di dalam helikopter tentera, namun kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai usaha menyelamat," katanya.

Sebelum ini, American Airlines mengesahkan bahawa terdapat 60 penumpang dan empat anak kapal di dalam pesawat berkenaan. Menurut seorang pegawai kanan, tiga anggota Tentera Darat Amerika Syarikat berada di dalam helikopter Black Hawk, namun tiada pegawai atasan yang menaiki pesawat itu.

aa9a2f976db92c14dde3a7cd024d1789.jpg


Media tempatan melaporkan bahawa setakat ini, sejumlah 18 mayat telah ditemukan. Datuk Bandar itu berkata pihak berkuasa berkaitan sedang melaksanakan operasi menyelamat di Sungai Potomac.

"Mereka berusaha sedaya upaya dalam keadaan yang sangat gelap dan sejuk, serta air yang dingin, bagi melaksanakan operasi menyelamat ini," katanya.

Reagan National Airport memaklumkan bahawa semua ketibaan dan pelepasan penerbangan di lapangan terbang itu telah dihentikan sepanjang malam.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733138

==​
 
Sponsored Post

18 Mayat Di Temukan - Nahas Heli, Pesawat Di AS

30.01.2025 - Sebanyak 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac susulan perlanggaran antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter Black Hawk milik tentera berhampiran Reagan National Airport di Washington, D.C. pada Rabu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan. Tiada mangsa terselamat ditemukan di sungai di mana pesawat yang berlanggar itu terhempas manakala operasi menyelamat masih dijalankan, menurut CNN. Dalam satu kenyataan, American Airlines yang mengendalikan pesawat penumpang itu memaklumkan jet berkenaan membawa 60 penumpang dan empat kru. Syarikat penerbangan itu juga telah membuka talian khas untuk waris penumpang pesawat berkenaan.

Menurut CNN yang memetik pegawai pertahanan AS, tiga askar berada di dalam helikopter Black Hawk itu. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam satu kenyataan berkata beliau telah "dimaklumkan sepenuhnya mengenai nahas tragis itu" dan sedang "memantau situasi serta akan memberikan maklumat lanjut apabila tersedia". Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth pula berkata di platform sosial X bahawa Pentagon sedang "secara aktif memantau" keadaan itu dan "bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan". Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) menyatakan perlanggaran udara itu berlaku sekitar 9 malam EST (0200 GMT Khamis), membabitkan sebuah jet penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas dan sebuah helikopter Black Hawk tentera. Semua pelepasan dan ketibaan dari lapangan terbang telah dihentikan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733134
 
Pesawat Penumpang, Heli Tentera Berlanggar Boleh Elak - Trump

30.01.2025 - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada awal Khamis berkata perlanggaran udara berhampiran Reagan National Airport di Washington "sepatutnya dapat dielak," lapor Agensi Anadolu.

"Pesawat itu berada dalam laluan yang sempurna dan rutin ke lapangan terbang. Helikopter itu pula terbang terus ke arah pesawat untuk jangka masa yang lama. Ia malam yang terang, lampu pada pesawat menyala, mengapa helikopter itu tidak naik atau turun, atau membelok? Mengapa menara kawalan tidak memberi arahan kepada helikopter tentang apa yang perlu dilakukan, dan bukannya bertanya sama ada mereka melihat pesawat itu?

f0c7b046bc8e17b0197a0711590eec71.jpg


"Ini adalah situasi yang buruk dan kelihatan seperti ia seharusnya boleh dielak. Tidak baik!!!" kata Trump di platform media sosial Truth Social.

Kenyataan beliau dibuat susulan perlanggaran udara antara sebuah jet penumpang milik American Airlines dengan sebuah helikopter Black Hawk milik Tentera Darat AS sebelum terhempas ke Sungai Potomac berhampiran Reagan National Airport pada Rabu malam.

"Jet penumpang Bombardier CRJ700 milik PSA Airlines berlanggar di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Landasan 33 di Reagan National Airport Washington kira-kira 9 malam waktu tempatan," menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

aa9a2f976db92c14dde3a7cd024d1789.jpg


Pesawat yang dikendalikan oleh American Airlines itu berlepas dari Wichita, Kansas, menurut FAA. American Airlines mengesahkan terdapat 60 penumpang dan empat kru di dalam pesawat berkenaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/733132
 
Juara Dunia Luncur Ais Rusia Antara 64 Mangsa Pesawat Terhempas Di AS

30.01.2025 - Pasangan suami isteri, bekas juara dunia luncur ais Rusia iaitu Yevgenia Shishkova dan Vadim Naumov dilaporkan berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Potomac, Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu. Difahamkan ketika kejadian tragis itu, pesawat yang dalam perjalanan dari bandar Wichita di Kansas itu bertembung di udara dengan helikopter tentera AS berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Reagan Washington. Shishkova dan Naumov, yang memenangi kejuaraan dunia luncur ais pasangan pada tahun 1994, sudah tinggal di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya 1998. Sepanjang tempoh tersebut, mereka aktif melatih peluncur ais muda di negara itu.

Anak lelaki mereka iaitu Maxim, yang kini bertanding untuk Amerika Syarikat dalam acara luncur ais individu, turut dipercayai berada dalam pesawat tersebut. Maxim baru sahaja menyelesaikan pertandingan di Kejuaraan Luncur Ais AS di Wichita, Kansas, yang berlangsung dari 20 hingga 26 Januari. Pasangan itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari kejohanan tersebut dan bersama sekumpulan peluncur ais muda, yang turut berada dalam pesawat berkenaan. Laman berita Rusia, Mash melaporkan bahawa seramai 13 peluncur ais, kebanyakannya anak-anak imigran Rusia yang menetap di Amerika Syarikat, turut dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.
3143566.png

Naumov mengangkat pasangannya, Shishkova semasa luncur bebas untuk memenangi acara berpasangan grand prix NHK Trophy di Nagoya, Jepun pada 9 Disember 1995.

Selain itu, Inna Volyanskaya iaiyu bekas peluncur ais dari Kesatuan Soviet yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di kelab luncur ais Washington, juga dilaporkan berada dalam pesawat tersebut. Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian ini, namun ia menjadi satu tragedi besar yang menggemparkan komuniti sukan luncur ais. Setakat ini, Amerika Airlines memberitahu sekurang-kurangnya 18 mayat ditemukan selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang termasuk empat krew itu terhempas.

Berita asal https://majoriti.com.my/sukan/2025/...usia-antara-64-mangsa-pesawat-terhempas-di-as
 
Mid-air collision has left wreckage in shallow water near the shore of the Potomac River:​
  • CRJ-700 plane collided with Blackhawk helicopter
  • Ground stop ordered at Reagan Airport
  • Plane can hold over 60 passengers
  • US Military says 3 soldiers were on board the helicopter
  • Massive fireboat response
  • Number of casualties unknown
A PSA Airlines Bombardier CRJ700 regional jet collided in midair with a Sikorsky H-60 helicopter while on approach to Runway 33 at Reagan Washington National Airport around 9 p.m. local time. PSA was operating as Flight 5342 for American Airlines. It departed from Wichita, Kansas. The FAA and NTSB will investigate. The NTSB will lead the investigation.
1738235299612.png

1738235313729.png
 
Aircraft Crash Reported After Apparent Mid-Air Collision Near National Airport - By ARLnow.Com

A massive emergency response has been dispatched after an aircraft crash in the water near Reagan National Airport.
“Confirmed small aircraft down in Potomac River vicinity Reagan National Airport,” DC Fire and EMS said on social media. “Fireboats on scene.” The Metropolitan Police Department said a “multi-agency search and rescue operation is underway in the Potomac River” after the crash.

“All takeoffs and landings have been halted at DCA,” the airport said on social media. “Emergency personnel are responding to an aircraft incident on the airfield. The terminal remains open. Will update.” I am following the response to a reported aviation incident at DCA, and am in touch with airport officials as we try to learn more about what happened and why,” Rep. Don Beyer (D-Va.) said in a statement. “This is obviously very worrying, but I urge the community to please let first responders do their jobs and save lives.”

Early reports suggest that the plane involved in the collision was an American Airlines flight from Wichita to Reagan National. Initial, unconfirmed reports suggest a helicopter and a regional jet with up to 60 people on board collided mid-air. Video from the Kennedy Center webcam appears to show a fiery collision, over the Potomac River. Fire boats and helicopters are being used to search for victims in the river. The incident has been deemed a mass casualty incident. Numerous deaths have been reported.​

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register