(News) Oppo Reno5 Mungkin Di Jana Snapdragon 870

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Cip peranti mercud ari Qualcomm yang ramai nantikan adalah Snapdragon 875. Cip ini akan dibina berasaskan rekaan 5nm dan adalah cip yang mungkin dapat menewaskan cip Apple A14 Bionic. Sehingga hari ini, masih tiada pencabar cip ini kecuali Kirin 9000 pada Mate 40. iPhone 12 Mini pula adalah satu-satu iPhone dengan skor AnTuTu yang tinggi dan mengampiri Asus ROG Phone 3 yang dijana Snapdragon 865+.

Terkini, Oppo mungkin akan hadir dengan Oppo Reno5 yang dijana dengan cip Snapdragon buatan khas. Cip ini dikatakan adalah Snapdragon 870. Snapdragon 870 dikatakan dibina berasaskan Snapdragon 865, tetapi dengan GPU yang lebih berkuasa. Cip ini dikatakan berbeza dengan Snapdragon 865+ disebabkan GPU yang berbeza. GPU pada cip buatan khas ini mungkin mempunyai kuasa 905MHz berbanding Adreno 650 pada Snapdragon 865/865+ yang mempunyai kuasa 600MHz sahaja.

Kuasa cip ini dikatakan akan mencapai sehingga 3.2GHz. Tidak pasti sama ada cip ini adalah 7nm atau 5nm, ada kemungkinan ia masih lagi 7nm untuk menjimatkan kos. Oppo Reno5 dijangka tiba pada Disember ini dan cip ini mungkin akan diperkenalkan selepas peranti ini diperkenalkan. Oppo Find X3 pula mungkin akan menjadi peranti mercu yang lebih hebat dengan cip Snapdragon 875.

Oppo-Reno5-Snapdragon-870-01.jpg


 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno5 5G & Oppo Reno5 Pro 5G Kini Rasmi - Skrin 90Hz, Android 11


Oppo
hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar Reno5 secara rasminya di China. Dua model diumumkan, iaitu Oppo Reno5 5G dan juga Oppo Reno5 Pro 5G.

Kedua-duanya hadir dengan sejumlah ciri lebih kurang sama, termmasuk sokongan skrin kadar segar semula 90Hz, dilengkapi empat-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan menyokong pengecasan SuperVOOC 2.0 sepantas 65W.


Pertama dibawah siri ini adalah Oppo Reno5 5G. Ia hadir dengan skrin 6.43-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 12GB LPDDR4X, dan storan 256GB UFS 2.1. Untuk rakaman gammbar, ia menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel + 8MP (Ultra-Lebar) + 2MP (makro) + 2MP (mono). Ia turut menyertakan kamera swafoto 32-megapixel pada bahagian skrin berlubang dihadapan. Melengkapkan ia juga adalah bicu audio 3.5mm, selain pengimbas cap jari pada skrin. Oppo Reno5 5G menyertakan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 65W.


Oppo Reno5 Pro 5G pula hadir dengan skrin 6.55-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1000+, memori sehingga 12GB RAM, serta storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan empat kamera belakang dan kamera swafoto sama seperti versi asasnya. Telefon pintar ini menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, menggunakan sokongan audio berasaskan USB-C, serta bateri 4350mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Disamping kedua-duanya, Oppo juga turut mengumumkan mereka akan hadir dengan Oppo Reno5 Pro+ 5G pada 24 Disember 2020 ini, yang mana hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 865, selain kamera utama 50MP, serta bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Buat masa ini, siri peranti ini hanya diumumkan di China sahaja. Kita mungkin melihat penawaran peranti ini untuk pasaran global pada awal 2021 kelak.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno5 Pro+ 5G Sah Guna Sensor Sony IMX766

Oppo sedia hadir dengan penawaran siri Oppo Reno5, baru-baru. Siri ini terdiri dengan tiga model berbeza, namun hanya dua model yang sedia diperkenalkan tempoh hari. Sementara, model ketiga iaitu Oppo Reno5 Pro+ 5G dijadualkan akan diperkenalkan pada 24 Disember 2020.

Oppo Reno5 Pro+ 5G dikatakan hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, cip Snapdragon 865, kamera utama 50MP dan sokongan pengecasan pantas 65W. Kini, lebih banyak maklumat mengenainya mula dikongsi yang menunjukkan penggunaan sensor Sony IMX766 untuk kamera utamanya. Menurut entri yang dikongsi oleh Oppo, sensor ini dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony dan dikatakan bakal menyertakan prestasi kamera lebih baik.

Selain itu, sensor ini juga dilihat diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza, selain juga dilengkapi sokongan lensa swafoto 32-Megapixel. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat menggunakan kemasan matte dengan panel belakang yang bertekstur. Tiada maklumat lanjut mengenai harga, ia akan diketahui pada pelancaran rasmi kelak.

Oppo-Reno5-Pro-1-950x415.jpg


Sumber asal https://m.weibo.cn/detail/4584510752561439
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno5 Pro+ 5G Rasmi - Lensa Utama 50MP Dengan Sensor Sony IMX766

Seperti yang dijanjikan, Oppo Reno 5 Pro+ 5G kini diumumkan secara rasmi di China. Dari segi rekaan, ia dilihat mirip dengan Oppo Reno5 Pro dan salah satu titik utama jualan terletak pada sokongan kamera utama sebesar 50-Megapixel dengan sensor Sony IMX766.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno 5 Pro+ 5G dilengkapi skrin sebesar 6.55-inci AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia turut hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, GPU Adreno 650, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR4X), storan sehingga 256GB (UFS3.1) dan bateri 4,500mAh bersama pengecasan pantas 65W.

Konfigurasi kamera terdiri dengan 50-Megapixel (Sony IMX766) (utama) (f/1.8) + 16-Megapixel (Ultra-Lebar) (f/2.2) + 13-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (Makro) (f/2.4). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Untuk harga, Oppo Reno5 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RMB3999 (~RM2,487) untuk versi asas.

Sumber asal https://www.oppo.com/cn/smartphones/series-reno/reno5-pro-plus/specs/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno5 Dengan Cip Snapdragon 720G Pula Di Lancarkan

Imbas kembali, Oppo sebelum ini sedia hadir dengan rangkaian siri Reno5 untuk pasaran China yang terdiri dengan tiga pilihan berbeza – Oppo Reno5 5G, Oppo Reno5 Pro dan Oppo Reno5 Pro+. Dalam perkembangan terkini, jenama dilihat muncul dengan sebuah lagi model di bawah siri yang sama. Tetapi, tidak disertakan dengan sokongan 5G terbina.

Turut dikenali sebagai Oppo Reno5, peranti pintar ini bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dengan siri yang dilancarkan di China sebelum ini. Untuk spesifikasi, ia mempunyai skrin bersaiz 6.43-inci FHD+ AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dikatakan menyokong pengimbas cap jari pada paparan.

Seterusnya, ia menggunakan cip yang sama seperti Oppo Reno4 Pro sebelum ini iaitu Snapdragon 720G. Memori pula 8GB RAM, sementara storan dalaman sebesar 128GB. Baterinya digunakan pula berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Akhir sekali, konfigurasi kameranya terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel untuk tetapan sensor utama. Kamera swafoto pula adalah 44-Megapixel. Untuk harga, Oppo Reno5 4G dijual pada VND 8,690,000 sekitar ~RM1,512 untuk seunit.

Pengenalan ini bagaimanapun bukan satu perkara yang mengejutkan. Ia berikutan, perkara yang sama turut berlaku ketika pengenalan siri Oppo Reno4 sebelum ini. Di mana, penawaran untuk spesifikasi adalah berbeza mengikut pasaran tertentu.

DSC04318-950x535.jpg


Sumber asal https://www.oppo.com/vn/smartphones/series-reno/reno5/specs/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno 5 5G Bakal Di Lancarkan Di Malaysia Pada 18 Januari 2021

Siri Oppo Reno5 merupakan peranti terkini daripada Oppo dan ia telah disahkan bakal hadir untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Meskipun, Oppo Malaysia dilihat cuba berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasminya. Namun, ia sebenarnya telah mula dikongsi menerusi laman web rasmi mereka yang mana ia dijadualkan berlangsung pada 18 Januari 2021.

Ia bagaimanapun, tidak berkongsi lebih lanjut mengenai spesifikasi pada peranti. Sebaliknya, sekadar mengacah bahawa siri ini akan lebih memfokuskan kepada keupayaan kamera yang lebih baik. Seperti biasa, segala persoalan utama yang bermain di fikiran bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Screenshot-3540.jpg


Sumber asal https://www.oppo.com/my/events/reno5-sap-ra-mat/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Pra-Tempahan Siri Oppo Reno5 Kini Di Buka - Hadir Dengan Hadiah Bernilai RM397

Oppo Reno5 telah disahkan hadir ke pasaran tempatan pada 18 Januari 2021 dan terdapat dua model berbeza yang akan ditawarkan iaitu Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro. Bagi memeriahkan lagi kedatangan peranti pintar tersebut, Oppo kini memaklumkan bahawa sesi pra-tempahan untuk kedua-dua model telah dibuka bermula hari ini – 26 Januari 2021.

Lebih menariknya, setiap pra-tempahan akan didatangkan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM397 yang terdiri dengan – seunit Enco W11 (bernilai RM159), kerangka telefon pintar (bernilai RM129) dan jaminan waranti tambahan selama satu tahun (bernilai RM109).

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan dengan membayar deposit sebanyak RM100 terlebih dahulu (ia tidak akan dikembalikan) dan setiap transaksi ini melayakkan anda untuk mendapat satu baucar diskaun berjumlah RM200. Baucar diskaun ini sah digunakan bermula 18 – 26 Januari 2021 untuk pembelian siri Oppo Reno5 sahaja menerusi kedai atas talian rasmi Oppo.

Buat masa ini, harga rasmi masih belum diumumkan lagi. Seperti biasa, untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran spesifikasi khusus dan harga rasmi untuk peranti ini, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selebihnya.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Oppo Reno5 Dan Reno5 Pro Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM1899

Sekian lama mengacah, akhirnya siri Oppo Reno5 diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Terdapat dua jenis model berbeza yang ditawarkan iaitu Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro. Secara kasarnya, keupayaan kamera masih menjadi titik fokus untuk siri kali ini. Tetapi, masih terdapat juga sejumlah lagi penambahbaikan lain yang turut disertakan.


Bagi yang berminat, Oppo Reno5 dijual pada harga RM1,899. Sementara, Oppo Reno5 Pro pula berharga RM2,599. Sesi pra-tempahan telah dibuka sehingga 26 Januari 2021 dan setiap pembelian yang dibuat bakal menerima hadiah percuma bernilai RM397 yang terdiri dengan – seunit Enco W11 (bernilai RM159), kerangka telefon pintar (bernilai RM129) dan jaminan waranti tambahan selama satu tahun (bernilai RM109). Wang sebanyak RM100 perlu dibayar terlebih dahulu sebagai deposit dan ia tidak akan dikembalikan.


Oppo Reno5 dilengkapi skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G (7nm), memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (macro) + 2-Megapixel (mono). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Boleh dikatakan, Oppo Reno5 Pro berkongsi sejumlah spesifikasi yang hampir sama dengan Oppo Reno5. Skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan skrin 90Hz, bateri 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W, konfigurasi kamera utama 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Tetapi, perbezaan utama terletak pada penggunaan cip pemproses, sokongan memori dan panel hadapan jenis melengkung. Di mana, Oppo Reno5 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+ dan penawaran memori 12GB RAM + 256GB ROM.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Pandang Pertama Oppo Reno5 - Kamera Masih Fokus Utama

Oppo Reno5 – sebuah lagi peranti terkini daripada Oppo di bawah siri Reno. Siri kali ini dikatakan turut memfokuskan kepada keupayaan kamera lebih baik – dengan menyertakan perisian baharu untuk serlahkan lagi bakat fotografi pengguna. Melaluinya, sokongan sistem kuad-kamera utama masih menjadi pilihan Oppo. Tetapi, penawaran sensor utama kini dipertingkatkan kepada 64-Megapixel. Dalam pada itu, kemasan model ini juga pada pandangan kami menawarkan keistimewaan yang meletakkannya dalam kelas tersendiri – kerana Oppo dilihat mementingkan nilai eksklusif padanya. Jika sebelum ini, kami hanya berkongsi secara kasar mengenai peranti pintar ini. Kali ini, kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai butirannya – termasuklah berkaitan penambahbaikan dan spesifikasi secara khusus.

Oppo-Reno-5-7-edited-2048x1152.jpg

Bagaimanapun, artikel ini hanya memfokuskan kepada pandang pertama sahaja. Oleh itu, perkongsian mengenai pengalaman penggunaan mungkin agak terhad dan pengalaman lebih mendalam akan kami kongsikan menerusi artikel ulasan penuh akan datang.


Spesifikasi Ringkas Peranti


JenisPeranti Pintar
Paparan6.4″ FHD+ AMOLED, 90Hz
PemprosesSnapdragon 765G (7nm)
Cip1 x 2.4 GHz Kryo 475 Prime
1 x 2.2 GHz Kryo 475 Gold
6 x 1.8 GHz Kryo 475 Silver
Cip GrafikAdreno 620
RAM8GB ( LPDDR4X )
Muatan Dalaman128GB (UFS2.1)
Kamera Utama64 MP ( f/1.7 ) – (Utama)
8 MP ( f/2.2 ) – (Sudut-Lebar)
2 MP ( f/2.4 ) – (Makro)
2 MP ( f/2.4 ) – (Mono)
Kamera Depan32 MP
Bateri4300mAh + 65W SuperVOOC2.0
Sim / TelefoniNano SIM + Nano SIM
Ketahanan Kalis AirTiada
Sistem ImbasanPengimbas Cap Jari + Imbasan Wajah
Harga JualanRM1,899


Rekaan
Mesra kami ingatkan, unit Oppo Reno5 dalam artikel ini adalah model versi standard. Jika dilihat, tidak banyak perbezaan fizikal antara Oppo Reno5 dengan pendahulunya, Oppo Reno4 – lebih-lebih lagi pada panel belakang. Oppo Reno5 bakal hadir ke pasaran tempatan dengan dua pilihan warna iaitu Starry Black – yang mana panel belakangnya dihiasi kemasan warna hitam secara menyeluruh.

Kemudian, satu lagi adalah Galactic Silver – seperti unit yang kami terima dalam artikel ini. Ia dikatakan memiliki kelebihan istimewa yang menggunakan proses ‘Diamond Spectrum‘ untuk membuatkan panel belakang matte ini menjadi kemasan berkilauan. Lebih menarik, ia juga boleh menghasilkan pantulan warna berbeza yang cukup cantik mengikut sudut pandangan pengguna.

Melaluinya juga, panel belakang ini langsung tidak terasa licin. Bahkan, kami akui tertarik dengan konsep rona lembut yang cuba diketengahkan oleh Oppo. Nampak cantik dengan perincian lebih menyerlahkan lagi model ini. Ditambah pula dengan binaan yang baik. Ia bukan sahaja sangat selesa untuk dipegang. Bahkan, juga terasa cukup kukuh ketika di genggaman.



Namun begitu, panel belakang ini terlalu mudah memerangkap kotoran – terutama jika anda seorang yang mempunyai masalah tangan yang mudah berpeluh. Justeru, adalah lebih baik anda menggunakan peranti pintar ini bersama-sama kerangka pelindung plastik yang tersedia secara percuma di dalam kotak pembungkus.

Menyentuh mengenai rekaan. Panel belakang memperlihatkan modul kamera berbentuk segi empat. Kemudian, terdapat tiga bonggol kamera berbeza untuk setiap satu lensa yang disusun secara menegak. Seterusnya, satu lagi lensa tambahan pula ditempatkan secara bersebelahan dan kelihatan rata sahaja. Selain itu, terdapat juga penjenamaan ‘Oppo’ pada bahagian bawah. Cuma berbeza sedikit pada lensa tambahan kali ini yang saiznya kelihatan sedikit lebih besar.



Meskipun begitu, ini tidak bermakna tiada langsung perubahan yang dibuat. Panel hadapan dilihat menerima perubahan ketara. Di mana, ia tidak lagi menggunakan sokongan dwi-kamera swafoto seperti Oppo Reno4. Sebaliknya, hanya satu lensa swafoto tunggal sahaja yang digunakan pada Oppo Reno5. Melaluinya, skrin sebesar 6.4-inci dengan panel sejenis AMOLED digunakan. Resolusi pula adalah FHD+ bersama kadar segar semula tinggi 90Hz.

Turut kelihatan, bezel yang nipis digunakan pada bahagian sisi dan atas peranti. Namun, masih ada dagu pada bahagian bawah. Ia bagaimanapun, tidak begitu tebal sehingga mengganggu penggunaan peranti. Dalam cubaan ringkas, kualiti paparan pada Oppo Reno5 kelihatan baik dengan aspek visual yang memuaskan. Selain itu, kecerahan skrin juga berada di tahap memuaskan dan paparan berasaskan teks mudah untuk dibaca dengan baik.

Sentuh mengenai binaan pada bingkai pula. Oppo Reno 5 turut memberi pengalaman penggunaan peranti dengan struktur yang kukuh. Susun atur butang standard direka dengan baik dan mudah sahaja untuk dicapai. Butang kuasa diletakkan pada sisi kanan. Sementara, sisi bertentangan pula terdapatnya butang laras suara dan ruangan slot untuk kad sim. Slot ini bagaimanapun hanya menyokong sehingga dua slot kad – tanpa slot untuk kad microSD. Bermakna, ia tidak membenarkan anda untuk memanfaatkan sokongan penambahan muatan dalaman. Seterusnya, bicu audio 3.5mm, lubang kecil untuk mikrofon, port pengecasan USB-C dan pembesar suara diselitkan pada bahagian bawah peranti.



Dalam pada itu, Oppo Reno5 juga dibekalkan bateri berkapasiti 4,300mAh yang mana kami rasakan sesuai untuk tugasan harian biasa kita semua. Selain itu, ia turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W dan anda boleh mengecas peranti ini menerusi sambungan port USB-C.


Antaramuka & pengalaman penggunaan
Oppo Reno5 menggunakan antara muka ColorOS 11.1 yang dibina berasaskan Android 11 terkini. Ia menawarkan penambahbaikan bersama pelbagai ciri mesra pengguna. Selain, ia turut menyokong beberapa fungsi menarik. Antaranya, mod tema gelap & Always On Display yang boleh diubahsuai. Seterusnya, ciri Flexdrop yang membolehkan penggunaan peranti lebih cekap dengan melancarkan sebarang aplikasi dengan cepat menerusi tetingkap terapung. Kemudian, ciri Three-Finger Translate With Google Assistant Lens yang membolehkan pengguna menterjemah kandungan secara langsung daripada tangkapan layar.


Untuk spesifikasi dalaman, Oppo Reno 5 menggunakan cip pemproses Snapdragon 765G dengan kelajuan mencecah 2.4GHz. Ia seterusnya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Pada analisis awal, tidak banyak yang boleh kami komen mengenai prestasi peranti. Ia dilihat memberikan pengalaman yang baik-baik sahaja dengan kebolehan untuk menggalas tugas harian dengan baik. Proses membuka dan menutup aplikasi juga dilihat lancar bersama peralihan animasi memuaskan. Dalam erti kata mudah, masih tiada komen negatif sepanjang percubaan awal ini. Namun, kami akan mengulas lebih lanjut pada ulasan yang akan datang.


Tetapan Kamera
Bercakap pula mengenai tetapan kamera Oppo Reno5. Sistem kuad-kamera utama digunakan di sini. Melaluinya, sensor utama yang digunakan adalah sebesar 64-Megapixel (f/1.7). Kemudiannya, ia diikuti pula dengan tiga lagi sensor berasingan yang terdiri dengan konfigurasi 8-Megapixel (ultra-lebar) (f/2.2), 2-Megapixel (makro) (f/2.4) dan 2-Megapixel (mono) (f/2.4).



Teknologi AI turut digunakan pada lensa ini bertujuan untuk mengesan subjek secara automatik – sekaligus dapat membantu anda mendapatkan hasil penggambaran yang menarik. Seterusnya, antara muka kamera juga dilihat mudah sahaja untuk difahami dan kami tidak temui sebarang masalah dalam mengakses mod kamera yang tersedia. Antara fungsi kamera yang tersedia termasuk Night Mode, Portrait Mode, Extra HD Mode, Panorama Mode, Macro Mode dan banyak lagi. Bagaimanapun, terdapat beberapa fungsi kamera lain yang menjadi fokus utama pada Oppo Reno5. Antaranya seperti berikut;

1) AI Highlight Video – Ia menggunakan algoritma yang disesuaikan secara automatik berdasarkan jenis keadaan sekeliling. Kemudian, tingkatkan kualiti rakaman video menjadi lebih baik untuk hasil memuaskan. Sekaligus, membolehkan pengguna merakam video dengan lebih jelas dan terang dalam semua situasi pencahayaan. Fungsi ini boleh digunakan pada kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang.

2) Portrait Beautification Video – Ciri yang membolehkan pengguna menghasilkan rakaman swafoto dengan efek bokeh lebih baik. Turut kelihatan, ia juga dilengkapi mod kecantikan terbina yang membolehkan pipi dikuruskan, kedut diratakan, kulit diputihkan, solekan dikenakan dan mata dibesarkan.

3) Dual-View Video – Oppo Reno5 juga dilengkapi ciri Dual-View Video mode di mana membolehkan pengguna merakam video melalui kamera hadapan dan kamera belakang secara serentak. Melaluinya, terdapat tiga jenis template berbeza yang boleh dipilih iaitu Split, Round dan Rectangle.



4) Ultra Steady Video 3.0 – Melaluinya, pengguna boleh membuat rakaman video dengan lebih stabil – seakan dirakam menggunakan gimbal. Mod ini terbahagi kepada tiga iaitu : a) Front Steady Video (kamera hadapan) , b) Ultra Steady Video (kamera utama), c) Ultra Steady Video Pro (kamera ultra-lebar).

5) AI Scene Enchancement – Kamera pada Oppo Reno5 juga membolehkan pengguna untuk membuat pengecaman subjek pada gambar sehingga 22 kategori berbeza termasuk – manusia, haiwan, tumbuhan, makanan dan banyak lagi.


6) Night Flare Portrait – Bantu meningkatkan lagi keperincian dan butiran imej dalam pencahayaan rendah. Selain, turut menghasilkan gambar dengan kesan bokeh yang semula jadi pada latar belakang.


Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, penawaran pada Oppo Reno5 boleh dikatakan agak menarik terutamanya untuk keupayaan pada kameranya. Pelbagai karya kreatif yang boleh dihasilkan oleh pengguna menerusi penawaran tersebut. Ditambah lagi dengan konfigurasi sensor utama yang dipertingkatkan kepada 64-Megapixel – menjadikannya mampu memberi pengalaman penggambaran lebih baik. Nantikan artikel ulasan penuh kami dalam masa terdekat untuk perkongsian lebih lanjut berkaitan prestasi peranti ini dalam dunia nyata.

Bagi yang berminat, Oppo Reno5 dijual pada harga RM1,899. Dalam pada itu, anda juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu Oppo Reno5 Pro yang ditawarkan pada RM2,599. Kedua-duanya berkongsi sejumlah spesifikasi yang sama. Cuma bezanya pada penggunaan cip pemproses, sokongan memori dan binaan panel hadapan melengkung. Di mana, Oppo Reno5 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+ dan penawaran memori lebih besar iaitu 12GB RAM + 256GB ROM.

Pra-tempahan kini telah dibuka sehingga 26 Januari 2021. Bagi yang berminat, anda boleh membayar RM100 terlebih dahulu sebagai deposit dan setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM397 yang terdiri dengan – seunit Enco W11 (bernilai RM159), kerangka telefon pintar (bernilai RM129) dan
jaminan waranti tambahan selama satu tahun (bernilai RM109).
 
Sponsored Post
Top
Log in Register