(News) Oppo Reno4 Di Sahkan Sokong Pengecasan Pantas 65W

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Ternyata kemunculan video acah Oppo Reno 4 telah berjaya menarik perhatian ramai. Sekaligus, memberi petunjuk bahawa peranti ini bakal muncul tidak lama lagi. Oppo dijangka muncul dengan dua model iaitu Oppo Reno4 dan Oppo Reno4 Pro.

Selain perkongsian ini, kedua- dua peranti juga dikatakan telah melepasi laman pensijilan 3C dan bakal tiba dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Bagi menjawab persoalan tersebut dengan lebih terperinci, pihak Oppo telah berkongsi sebuah poster acah dan dilihat mengiyakan perkara tersebut.

Dalam pada itu, spesifikasi kedua-dua peranti bukan lagi rahsia apabila didakwa telah muncul di laman TEENA. Oppo Reno4 dikhabarkan mempunyai paparan AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan rekaan skrin berlubang yang menempatkan dua kamera swafoto. Berbeza dengan Oppo Reno 4 Pro pula apabila ia dikatakan muncul mempunyai paparan 6.5-inci AMOLED dengan rekaan paparan berlubang bersama lensa tunggal.

Untuk dalaman peranti, kedua-duanya dikhabarkan bakal dijana pemproses Snapdragon 765G, bateri 4,300mAh dan Android 10 berasaskan ColorOS7. Tetapi, adakah ianya benar? Kita mungkin bakal mendengar pelbagai perkongsian lebih lanjut dalam masa terdekat.

OPPO-Reno-4-A.gif


Sumber rujukan https://playfuldroid.com/oppo-reno4-series-support-65w-fast-charging/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Oppo Bakal Lancar Siri Reno4 Di China Pada 5 Jun

Oppo
sebelum ini telah pun memperlihatkan beberapa gambar acah untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Reno4. Lanjutan daripadanya, kini pihak Oppo turut mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan siri Oppo Reno4 secara rasminya pada 5 Jun kelak di China.

Melalui apa yang diperlihatka sebelum ini, Oppo Reo4 dilihat akan menyertakan tiga kamera utama pada bahagian belakang, dan dijangka menyertakan sokongan pengecasan pantas 65W VOOC 4.0. Desas-desus turut mengatakan ia mungkin dijana cip Snapdragon 765G padanya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Jun ini, untuk melihat sepenuhnya penawaran yang disediakan oleh pihak Oppo melalui telefon pintar dibawah siri Reno4 yang baru ini.


Sumber asal https://www.weibo.com/1710173801/J4850j6lc?type=comment
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Oppo Reno4 & Oppo Reno4 Pro Kini Rasmi - Hadir Dengan Snapdragon 765G, SuperVOOC 2.0 65W

Oppo
kini telah memperkenalkan keluarga Reno baru di China, iaitu Oppo Reno4. Dua telefon pintar diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Reno4 dan juga Reno4 Pro.

Kedua-dua telefon ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, sekaligus turut menawarkan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya. Tidak ketinggalan adalah sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 mencapai 65W bersama dengannya.

OPPO-Reno-4_01-950x939.jpg

Oppo Reno4 hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Ia menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, selain dilengkapi bateri 4020mAh. Untuk rakaman gambar, Oppo Reno4 hadir dengan kamera utama 48MP dibelakang, dilengkapi sensor 8MP ultra-lebar dan 2MP sensor mono. Untuk swafoto pula, ia menyertakan dwi-kamera gabungan 32MP + 2MP.

OPPO-Reno-4-Pro_01-950x912.jpg

Oppo Reno4 Pro pula hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh bersama dengannya.

Dari segi rakaman gambar, hanya Oppo Reno4 hadir dengan beberapa penambahan menarik, termasuk sokongan OIS. Ia mengguakan sensor utama 48MP dibelakang, dilengkapi sensor 12MP ultra-lebar, 13MP telefoto untuk zum digital sehingga 20x. Ia hanya menyertakan satu kamera hadapan sahaja, iaitu 32MP.

Kedua-dua telefon pintar ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Memandangkan siri Oppo Reo3 baru sahaja memasuki pasaran tempatan, mungkin ia akan mengambil masa sedikit lama sebelum sampai ke Malaysia.
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Oppo Reno4 Akan Di Lancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Oppo Reno4 ialah peranti seterusnya yang akan dilancark43an di Malaysia kelak selepas imej acah di bawah dikongsi oleh pihak Oppo Malaysia. Yang masih menjadi misteri hanyalah tarikh pelancarannya sahaja.
Yang membuatkan pengumuman ini menarik ialah imej acah menunjukkan penggunaan sistem kuad-kamera. Ketika dilancarkan di China bulan lalu, kedua-dua model Reno4 dan Reno4 Pro sekadar dilengkapi sistem tri-kamera pada bahagian belakang dan cip pemproses Snapdragon 765G. Perubahan spesifikasi lain mungkin turut akan dilakukan. Selain di Malaysia, peranti ini juga disahkan akan dilancarkan di India bulan ini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Imej Pengolokan Rasmi Oppo Reno4 Pro Untuk Pasaran Global

Oppo Reno4 Pro yang akan dilancarkan untuk pasaran global kelak berbeza dengan yang dilancarkan untuk pasaran global. Menerusi imej acah yang dikongsi oleh pihak Oppo Malaysia sebelum ini, sistem kuad-kamera digunakan berbanding tri-kamera. Hari ini beberapa imej pengolokan rasmi peranti telah tertiris menerusi laman PlayfuDroid.

Peranti nampaknya hadir dalam dua warna iaitu kelabu dan putih. Pada bahagian hadapan tiada perbezaan dilihat dengan terdapat sebuah lubang kamera pada bucu atas kiri dan sisi skrin yang melengkung. Pada bahagian belakang empat kamera utama disusun menegak di dalam bonggol yang agak besar. Kesemua saiz lensa nampaknya sekata.

Selain itu kedengaran perubahan akan turut dilakukan pada cip pemproses. Untuk model global, Reno4 Pro dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 720G dan bukannya 765G. Ini juga bermakna untuk versi global tiada sokongan untuk rangkaian 5G.

Misteri mengenai spesifikasi lengkap akan diketahui menjelang pelancarannya di Malaysia yang masih belum diumumkan. Di India ia walau bagaimanapun akan dilancarkan pada 31 Julai.

Screenshot-2435.jpg


Sumber asal https://playfuldroid.com/here-are-the-official-renders-of-the-upcoming-oppo-reno4-pro/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Ini 5 Ciri Kamera Flagship Pada OPPO Reno4 Pro Yang Perlu Anda Tahu

Siri OPPO Reno4 baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Ia hadir dalam 2 model iaitu Reno4 serta Reno4 Pro. Untuk anda yang tercari-cari peranti pintar dengan penawaran gambar dan juga video yang memuaskan, mungkin siri Reno4 ini yang anda cari.

Untuk itu, dibawakan kepada anda ciri-ciri menarik yang terdapat pada siri OPPO Reno4 yang boleh digunakan ketika mengambil gambar dan video. Sistem Kamera Yang Berkuasa Untuk Penggambaran Cantik Siri OPPO Reno 4 dilengkapi dengan sistem kamera berkuasa dengan 4 lensa kamera belakang. Ia dimuatkan dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro serta 2MP depth.

Untuk anda yang mahukan kualiti gambar yang menawan, kamera pada siri OPPO Reno 4 sudah tentu akan memuaskan hati. Tambah lagi dengan pilihan untuk menangkap gambar dengan sudut luas, makro dan juga potret. Dengan kamera swafoto 32MP juga, anda akan mendapat kualiti gambar swafoto yang cantik. Terus siap untuk dikongsi bersama-sama rakan dan keluarga anda.


Serlahkan Kekereatifan Melalui Video & Gambar AI Color Portrait

Picture-1-2.png


Dengan video dan gambar AI Color Portrait, gambar akan lebih menarik dan juga kelihatan menonjol. Anda boleh kekalkan subjek dengan warna yang pop-up di sebalik latar belakang hitam putih.


Apabila berkata tentang rakaman video, sudah tentu anda tidak mahu rakaman anda bergegar sana-sini yang kemudiannya menyakitkan hati yang menontonnya. Pada siri OPPO Reno4, ia dilengkapi dengan fungsi Ultra Steady Mode 3.0 yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Bukan sahaja anda dapat merakam video dengan lebih stabil, fungsi ini juga menampakkannya seolah dirakam dari peralatan tambahan seperti gimbal.


Gerak Perlahan 960fps Untuk Detik Lebih Menarik

Mahukan lebih keseronokan dalam rakaman. Cuba mod rakaman gerak perlahan 960fps. Dengan siri OPPO Reno4, rakaman perlahan 960fps ini akan merakam sebanyak 960 bingkai setiap saat. Ini menjadikan detik pantas dan juga sekelip mata boleh dilihat dalam keadaan biasa. Contoh-contoh suasana merakam 960fps adalah seperti bunga api, percikan air letupan dan sebagainya yang mempunyai gerakan pantas. Ini juga adalah cara lain dalam OPPO Reno4 untuk mempelbagaikan keseronokan merakam yang melainkan persembahan video kepada penonton yang melihat.



Night Flare Portrait Dengan Kualiti Menawan

Waktu malam atau kurang cahaya bukanlah kekuatan kamera untuk kebanyakan peranti pintar. Digabungkan pula dengan potret, sudah tentu sukar untuk peranti pintar menghasilkan kualiti yang memuaskan hati pengguna.

Night Flare OFF

Picture-1.png



Night Flare ON

Picture-2.png

Ini adalah sebab mengapa OPPO menyertakan mod Night Flare Portrait pada siri Reno4. Bukan sahaja ia memudahkan untuk digunakan, pengguna juga pasti akan berpuas hati dengan kualiti potret malam yang dipersembahkan. Jika anda mahukan swafoto yang cantik walaupun pada waktu malam, Ultra Night Selfie Mode tersedia yang membantu meningkatkan lagi keperincian dan butiran dalam cahaya gelap.


Ultra Dark Mode OFF

Picture-3.png



Ultra Dark Mode ON

Picture-4.png

Tambahan lagi, kamera belakang juga mempunyai Ultra Dark Mode yang mampu menangkap gambar dengan terang walaupun hanya cahaya hanya 1 lux sahaja.


Spesifikasi
Bukan sahaja siri OPPO Reno4 dilengkapi dengan kemampuan kamera yang baik, ia turut dilengkapi dengan teknologi peranti pintar yang menyeluruh. Ini dibuktikan dengan penawaran sistem pengecasan SuperVOOC Flash Charge 2.0 selaju 65W. Hanya memerlukan waktu selama 36 minit sahaja untuk memenuhi kapasiti bateri yang bersaiz 4,000mAh.


Skrin
Dengan skrin kadar segar semula 90Hz OLED serta paparan melengkung, OPPO Reno4 memberikan pengalaman tontonan yang lancar dan juga cantik dengan warna yang pekat. Selain itu, input sentuhan 180Hz juga memastikan setiap interaksi lebih pantas terutamanya apabila digunakan ketika bermain permainan.


Rekaan
Hanya seberat 161g bersamaan dengan tiga keping roti dan senipis 7.7mm, peranti terasa ringan yang tidak akan melenguhkan pengguna jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Ia juga memperlihatkan sisi premium peranti di mana rata-rata pesaing lain mempunyai berat dan juga tebal yang melampau.


Screenshot-2020-08-21-at-10.41.20-AM-e1597977777166-2000x1125.png


Prestasi
Kedua-dua OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 720G yang dipadankan dengan 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Untuk Reno4 pula storan dalaman adalah seluas 128GB.

9-6.jpg


Perisian
Dilengkapi ColorOS 7.2, siri Reno4 menawarkan pengalaman perisian yang lebih mesra pengguna. Antara ciri menarik ColorOS kali ini termasuklah OPPO Lab iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna memberikan maklum balas terhadap mana-mana ciri yang disukai atau tidak disukai.

Oppo-coloros-7-2.jpg

Bukan itu sahaja, terdapat ciri Anti-Fragmentation Engine, yang mengurangkan sehingga 93% kebarangkalian crash. AI APP juga membantu peranti lebih bijak untuk meneka aplikasi mana yang bakal digunakan oleh pengguna. Ia akan membantu mengurangkan lengah masa yang dihadapi ketika membuka aplikasi yang sering pengguna gunakan. Reno4 Pro dipasarkan pada harga RM2,399 dalam dua pilihan warna, Starry Night dan Silky White. Reno4 pula berharga RM1,699 dalam dua warna juga, Galactic Blue dan Space Black.

Eksklusif untuk Reno4 Pro, ahli MY OPPO App akan mendapat baucar diskaun RM100 KLOOK untuk penebusan 2,000 pertama pada siri Reno4 Pro. Setelah membuat penebusan, 3 ahli bertuah akan berpeluang untuk memenangi Percutian 3H2M di Taaras Beach & Spa Resort dengan Pengalaman Penerbangan ATR. Selain itu, 10 ahli bertuah sebagai naib juara juga akan menikmati Penginapan Hotel (1 malam) untuk 2 orang serta tiket kemasukan ke Taman Tema Sunway Lagoon. Bagi para pengguna Siri Reno4 Pro, anda akan ditawarkan 120GB OPPO Cloud Storage percuma untuk 2,000 terawal selama 6 bulan yang boleh ditebus pada Aplikasi My OPPO.

Pembelian untuk Reno4 boleh dibeli melalui kedai atas talian Lazada dan Shopee bermula RM1,699. Manakala Reno4 Pro pula bermula RM2,399 di Lazada dan Shopee. Maklumat lanjut mengenai produk, boleh ke pautan ini OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register