- Joined
- Apr 26, 2008
- Messages
- 76,139
- Reaction score
- 63
- Points
- 525
Oleh Helmy Abd Rahman
[email protected]
KUALA LUMPUR: Operasi meroboh gerai yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di persimpangan jalan masuk ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini kecoh apabila seorang lelaki dipercayai penduduk setempat mengeluarkan parang sebelum menendang tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hingga retak, semalam.
Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas seorang lelaki tidak dikenali didakwa melakukan provokasi dengan menyuruh DBKL merobohkan gerai tanpa mengendahkan bantahan penduduk.
Seorang saksi yang hanya ingin dikenali Joe, 35, memberitahu wartawan, lelaki terbabit yang sebelum itu bertegang urat dengan pegawai DBKL tiba-tiba hilang kawalan dan mengacukan parang kepada lelaki berkenaan sebelum mengejarnya bersama beberapa penduduk lain.
“Lelaki yang melakukan provokasi itu terus jadi takut dan melarikan diri. Penduduk lain yang turut panas hati kemudian mengejarnya, tetapi dia dapat meloloskan diri.
“Akibat tidak puas hati, lelaki berparang itu kemudian menendang tingkap 4WD milik DBKL,” katanya.
Joe, yang juga penghuni PPR berkenaan, berkata selepas ditenangkan beberapa penduduk lain, lelaki berparang itu menghilangkan diri.
Katanya, lelaki yang membuat provokasi itu dipercayai bukan penduduk setempat.
“Sebabnya saya tak pernah pula nampak kelibatnya di PPR ini atau yang berhampiran. Malah, lelaki berparang itu juga saya tak kenal dan cuma pernah nampak sekali dua saja di sini,” katanya.
Sementara itu, seorang pegawai DBKL mengesahkan kejadian berkenaan.
“Saya dapat tahu DBKL sudah buat laporan polis,” katanya.
Dalam operasi semalam, kira-kira 40 anggota penguat kuasa DBKL yang diiringi polis tiba di lokasi jam 10 pagi untuk meroboh gerai selepas tiga kali tertangguh sebelum ini.
Bagaimanapun, operasi berkenaan tergendala hampir empat jam berikutan keengganan peniaga memberi kerjasama.
Situasi menjadi bertambah tegang apabila kira-kira 100 penduduk yang menyedari kehadiran anggota DBKL terbabit, datang beramai-ramai ke tapak gerai untuk memberi sokongan kepada peniaga.
Keadaan kemudian dapat dikawal selepas wakil DBKL berjanji mengalihkan gerai yang dirobohkan ke tapak baru di jalan bertentangan tapak sedia ada.