BTC USD 116,063 Gold USD 3,323.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Mega Noda: Polis Pulau Pinang Tahan 116 Individu Atas Pelbagai Kesalahan

combat13

Super Active Member
Messages
7,088
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,088
Reaction score
222
Points
73
de898595bcbe4ec0df10e980822a57906808b7ca1c2eb


Polis Pulau Pinang menahan 116 individu atas pelbagai kesalahan di seluruh negeri itu, dalam Operasi Mega Noda / Op Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula Sabtu hingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata operasi itu menyasarkan elemen maksiat dan gangsterisme, penjenayah berpotensi seperti penagih serta pengedar dadah, termasuk mengesan suspek bagi kes jenayah kekerasan yang masih bebas.

“Sepanjang operasi ini dijalankan, 60 buah premis telah diserbu dan 479 individu telah diperiksa, sekali gus berjaya mencapai objektif utama dengan 116 tangkapan, termasuk 12 individu didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing dan 17 individu yang tersenarai sebagai dikehendaki polis.

“Operasi ini juga telah berjaya menyelesaikan lapan kes jenayah kekerasan yang berlaku di daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata operasi tersebut dilancarkan di semua daerah dalam Kontinjen Pulau Pinang secara bersepadu, dengan penyertaan agensi-agensi luar khusus bagi menangani serta mencegah kegiatan jenayah secara holistik.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, agar masyarakat sentiasa berasa dalam keadaan selamat serta yakin terhadap keamanan di Pulau Pinang.

 
Back
Top
Log in Register