BTC USD 34,210.0 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi FAjar TLDM di Somalia tetap dihentikan

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
BANTING 15 Nov. - Operasi Fajar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melindungi kapal-kapal dagang negara yang melalui perairan Teluk Aden, Somalia sejak Ogos lalu akan tetap dihentikan hujung bulan ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, misi tersebut tidak wajar diteruskan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau berharap Malaysian International Shipping Corporation (MISC) Bhd. memikirkan alternatif lain bagi meningkatkan tahap keselamatan kapal-kapal dagang negara yang melalui perairan itu.

''Kita juga berharap pihak antarabangsa dapat menentukan Teluk Aden selamat kepada kapal-kapal lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara penutupan Program Sehari Bersama Media Sempena Sambutan Jubli Intan ATM di sini hari ini.

Operasi Fajar dilaksanakan apabila kapal MT Bunga Melati 2 milik MISC dengan 39 anak kapal dirampas lanun di Teluk Aden berdekatan Somalia dan Yemen ketika dalam perjalanan dari Dumai ke Rotterdam pada 19 Ogos lalu.

Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal milik MISC, MT Bunga Melati 5 dengan 36 anak kapal dirampas di perairan sama.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berterima kasih kepada media negara ini kerana liputan dan kerjasama yang diberikan ke atas ATM selama ini.

''Utusan Malaysia umpamanya, memang memberi kerjasama penuh untuk liputan kegiatan ATM, saya harap akhbar-akhbar lain juga akan turut bersama," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, ATM sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menentukan tahap keselamatan negara seperti yang dibuktikan dalam siri operasi latihan anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Malah, katanya, warga ATM sentiasa membuktikan pengorbanan mereka melalui misi khas serta siri latihan tidak kira ketika negara aman atau semasa menghadapi krisis.

''Tahukah anda bahawa sebelum penerjun Paskau ini keluar rumah pagi tadi, mereka tidak tahu sama ada mereka berpeluang berjumpa keluarga mereka semula atau tidak," katanya.

Beliau merujuk kepada demonstrasi penerjunan dari udara oleh anggota Paskau di Rejimen TUDM Bukit Jugra sebagai salah satu pertunjukan sambutan acara berkenaan.

Abdul Aziz turut menyampaikan Piala Pusingan Sehari Bersama Media tajaan Utusan Malaysia kepada kumpulan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang muncul juara keseluruhan pertandingan menembak, memanah, mencari harta karun dan berbasikal, menewaskan sembilan kumpulan lain.

Turut hadir Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed No




Yang aku tau..kos depa ni semua MISC tanggung..elaun elaun semua dapat..apakejadahnya nak bising..beberapa fakta tersembunyi yang anda harus tahu tentang peristiwa rompakan kapal MISC


1. Yang menjadi lanun tuh pun orang Islam jugak..Somalian..NEgara Somalia sekarang sedang bergolak jd jeneral jeneral depa sekang tgh cari idea mcm mana nak hidupp..inilah caranya ..merampok...nak idup laa katakan

2. Takkan masa kene rompak x ada kakitangan kapal ada senjata lawan depa balik...punya la besaq..jawapan..mengikut undeng undeng maritim antarabangsa..kapal dagangan dan juga kapal terbang kemersial tidak dibenarkan dibawa senjata oleh kakitangan mahupu penumpangnya sbb die kapal dagangan bukan kapal perang..hehe..nak kata ben*ong pun ada undang undag ni..so apa leh buat?..kalau nampak lanun..kene cuba elak ajalah..lanun lanun ni pakai speed boat ajer..die hantar tali ke atas deck..lompat masuk ke kapal..bawak pistol letak kat kepala kapten pastuh..habis cita...

3. Kapal MISC ajer ker kene rompak ?..mengikut hikayat..masa informer aku pegi sana..ada beberapa kapal dagangan lagi masih ditahan..ada dari Rusia..Jepun dan lain lain.ada yang dah lama bertapa dari kapal Malaysia pun ada..dieorang atur apit kiri dan kanan..camno nak lari beb~X(

4. Berapa kita byr wang tebusan ..ehmm.ehmm..tak banyak..dalam..ehm..adalahh:D:D kire kopak gak la...

5. apakejadahnya TLDM kesana..anggota TLDM kesana hanya escort saja.die x leh buat operasi sbb itu teluk antarabangsa..menembak atas perairan antarabangsa adalah salah..so depa pi makan angin sajalah..kos dibyr semuanya oleh MISC..anak syarikat petronas:))

 

CG Sponsors




Top
Log in Register