BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Op Pedo: 13 Lelaki Ditahan Di Seluruh Negara

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,575
Joined
May 12, 2011
Messages
7,575
Reaction score
1,447
Points
156
tonton-pornografi-di-telefon.jpg



Kuala Lumpur : Seramai 13 lelaki yang disyaki terbabit penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) diberkas dalam serbuan berasingan di enam negeri, semalam.

Serbuan menerusi Op Pedo Bersepadu itu dilakukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 74 tahun itu ditahan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

“Hasil pemeriksaan di kediaman kesemua suspek menemui peranti yang digunakan mengandungi kira-kira 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa.

“Susulan itu, pasukan merampas tujuh unit set komputer, 11 telefon bimbit, 16 unit modem dan router serta sebuah komputer riba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, kesemua suspek direman antara satu hingga empat hari, bermula hari ini.

Katanya, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana kesalahan memiliki bahan CSAM serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

“Operasi berkenaan dilakukan bagi menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak membabitkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial.

“Ia juga bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform mengenai tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai terutama remaja dan kanak-kanak supaya meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelak diri menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.

Kata beliau, PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.
 
Sponsored Post

Suteracsamraid_%285%29_1735022137.jpg


Klang: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan selepas pihak berkuasa menemui sejumlah besar bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di komputernya semasa serbuan di rumahnya di Taman Sri Andalas, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, yang lebih mengejutkan pihak berkuasa adalah apabila pemeriksaan mendapati beberapa fail itu mempunyai label seperti 'Kids Porn' dan 'Rape'.

Suspek yang bekerja di kedai peralatan elektrik berada di rumah ketika polis melakukan serbuan di rumah dua tingkat yang didiaminya bersama keluarga.

Serbuan itu dijalankan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai sebahagian daripada 'Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC'.

Bahagian Makmal Forensik (D10) dan Bahagian Bantuan Teknikal (D6) Bukit Aman membantu dalam operasi itu yang diadakan di enam negeri.

Semakan pada komputernya mendapati, dia telah memuat turun lebih 500 gigabit (GB) bahan lucah, termasuk CSAM yang disyaki melalui pautan BitTorrent.

Sebagai konteks, saiz fail lagu MP3 adalah sekitar empat megabait (MB). Ruang cakera keras 500GB sudah memadai untuk 125,000 lagu.

Dari satu folder ke folder lain, beberapa label 'Kids Porn' dan 'Child Porn' juga ditemui pada computer.

Sebuah folder mengandungi label 'rogol'.

Semakan juga mendapati tiga daripada folder itu dimuat turun pada hari serbuan manakala beberapa lagi dimuat turun awal tahun ini.

Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek turut memuat naik data bersaiz terabait kepada pengguna BitTorrent yang lain.

Ketika berita ini ditulis, pihak berkuasa masih mencari lebih banyak fail CSAM pada computer itu.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas komputer dan 'router' milik suspek sebagai sebahagian daripada siasatan.

Serbuan ini dilakukan susulan siri laporan New Straits Times (NST) minggu lalu mengenai penjualan kandungan lucah buatan Malaysia, termasuk CSAM, yang semakin berleluasa di platform media sosial dan aplikasi pemesejan.

Siasatan NST turut mendedahkan, bagaimana kandungan CSAM dijual serendah RM1 setiap video, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, terdapat trend yang menunjukkan akses kepada pornografi seperti ini telah menjadikan pemangsa semakin berani, dengan sesetengahnya cuba menculik kanak-kanak.

Beliau juga menekankan akses mudah kepada kandungan pornografi telah menyebabkan ketagihan serius sehingga melibatkan kanak-kanak, termasuk murid sekolah rendah, yang terlibat dalam penghasilan dan penjualan kandungan CSAM untuk mendapatkan keuntungan.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) memaklumkan kepada NST, penjenayah siber yang terlibat dalam perdagangan CSAM mengeksploitasi teknologi penyulitan canggih untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Malaysia, menurut FBI, telah menjalin kerjasama dengan agensi itu dan entiti antarabangsa lain untuk memanfaatkan koordinasi operasi secara masa nyata bagi menutup sasaran utama dan berimpak tinggi.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register