BTC USD 67,641.9 Gold USD 2,345.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Op Ambang Tahun Baharu: 4,378 pegawai, anggota JSPT turun padang

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
890
Points
171
6432.jpeg


KUALA LUMPUR – Seramai 4,378 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) terlibat dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2024 di seluruh negara bermula pukul 8 malam, 31 Disember hingga 5 pagi esok.

Pengarah JSPT, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seramai 530 pegawai dan 3,247 anggota akan terlibat secara langsung dalam operasi terbabit.

Jelasnya, operasi berkenaan terbahagi kepada dua penugasan iaitu kawalan lalu lintas dan operasi penguatkuasaan tahun baharu.

“Terdapat 17 lokasi sambutan ambang tahun baharu di Lembah Klang iaitu 10 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor (7).

“Walaupun tiada sambutan secara rasmi diadakan di Dataran Merdeka dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), kita (PDRM) meletakkan petugas bagi memantau keselamatan dan ketenteraman awam di lokasi.

“Ia juga bertujuan membantu melancarkan aliran trafik sekiranya berlaku kesesakan yang ketara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi terbabit akan dilaksanakan di lokasi tumpuan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan serta mencegah pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

“Operasi secara bersepadu ini turut melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Jabatan Pendaftaran (JPN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PLUS,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan, bertoleransi, berhemah serta berhati-hati dan fokus kepada pemanduan.

“Patuhi arahan petugas di lapangan bagi memberi keselesaan kepada pengguna lain serta orang ramai,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register