Ooi desak PKR hukum dua wakil rakyat kecam Ketua Menteri

CG Sponsors




Sarkozy

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
272
Reaction score
0
Points
10
GEORGETOWN: Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan tindakan tegas terhadap dua Ahli Parlimen parti itu yang mengecam kepemimpinan Lim Guan Eng.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, mendakwa kedua-dua Ahli Parlimen itu ialah ahli politik yang berputus asa dan kehadiran mereka sudah ditolak oleh parti sendiri.

“Tan menuduh Ketua Menteri tidak ada class sedangkan hakikatnya beliau yang tidak ada class kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan projek bagi ahli keluarga sendiri," dakwanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Tan yang mendakwa pentadbiran kerajaan negeri di bawah Guan Eng semakin hilang arah dan berat sebelah.

Kritikan pedas Tan itu menyusul beberapa hari selepas Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Ooi mendakwa, Tan membuat kenyataan itu kerana kecewa apabila tidak dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) walaupun disokong Zaharin yang ketika itu Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Jawatan Pengerusi PBAPP diberikan kepada Ketua Menteri selepas dipersetujui ahli Lembaga Pengarah syarikat pembekalan air negeri ini.

Beliau mendakwa, sebelum ini Tan juga menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen bagi melobi premis perniagaan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Jalan Irrawady di sini, untuk disewakan kepada bapa saudaranya.

Ooi meminta PKR segera menyelesaikan isu itu kerana masalah peribadi boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

“Bagaimanapun, PDC mengetahui perkara itu dan memaklumkan kepada kerajaan negeri. Jadi, ia terpaksa ditolak," dakwanya yang turut menyifatkan Tan seperti 'bayi kecil' yang akan menangis apabila tidak dapat apa diinginkan.

Sehubungan itu, Ooi meminta PKR segera menyelesaikan isu berkenaan kerana perkara yang berbentuk peribadi boleh menjejaskan parti dalam pakatan pembangkang.

"Tan sering kali bercakap dengan lantang dan berani tetapi kali ini beliau kena tanggung akibat perbuatannya itu.

"Ketika saya minum di kedai, kebanyakan penduduk mengatakan PKR seperti penyedut hampagas yang mengandungi banyak sampah. Jadi inilah masanya untuk membuang sampah itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, berkata kenyataan keras kedua-dua Ahli Parlimen PKR itu dikhuatiri akan meretakkan hubungan baik antara parti dalam pakatan pembangkang.

Justeru, beliau meminta kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan segera memohon maaf secara terbuka bagi mengelak keadaan bertambah keruh kerana membabitkan banyak pihak.

"Bagaimanapun, kita yakin perhubungan baik antara PKR dan DAP tidak akan terjejas berikutan kenyataan berkenaan lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian parti itu," katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register