BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Segmen telefon pintar boleh lipat sudah semakin berkembang. Kita sudah lihat siri Galaxy Fold memasuki generasi ketiga, model-model lain dari jenama seperti Huawei serta Xiaomi. Belum sentuh lagi tentang Pixel Fold, HONOR Magic X dan OPPO Find Fold. Mungkin ini tren masa hadapan, mungkin jawapan kepada 'tablet' yang lebih mudah dibawa ke mana-mana, OnePlus juga dilihat mahu terjun dalam perlumbaan ini. OnePlus dilaporkan sudah memfailkan paten peranti yang boleh dilipat tiga pada penghujung tahun lalu dan dokumen tersebut sudah diterbitkan sejak Julai lalu. Menerusi imej yang dihasilkan berdasarkan paten tersebut, kita boleh lihat telefon itu mempunyai tiga bahagian paparan dan dua engsel.

oneplus-opvouwbare-telefoon.jpeg


Difahamkan lipatan itu boleh dibuat ke arah yang berbeza. Ini beri gambaran pengguna boleh ubahnya mengikut gaya yang sesuai.

oneplus-opvouwbare-smartphone.jpg


Untuk makluman, OnePlus tidak berseorangan dalam segmen peranti boleh dilipat tiga ini dimana Samsung dan TCL sudah sedia dibualkan sebelum ini. Tetapi sedikit berbeza, Samsung dan TCL mengambil pendekatan lipat dengan bentuk 'Z'.

oneplus-tri-fold.jpg


Khabar angin mengatakan OPPO akan keluarkan dahulu model Find Fold terlebih dahulu dan sesudah itu barulah OnePlus lipat tiga ini.​
 
Back
Top
Log in Register