(News) OnePlus 8 Pro Dengan 12GB RAM Muncul Di Geekbench

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,004
Reaction score
3,246
Points
236
Sedia maklum, siri OnePlus 8 bakal diperkenalkan pada 14 April ini dan acara pelancaran akan diadakan secara atas talian. Menjelang pelancaran rasmi, banyak maklumat mengenai spesifikasi utama peranti mula dikongsi dan OnePlus sendiri telah mengesahkan beberapa di antaranya seperti dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 865, skrin pada kadar segar semula 120Hz, memori LPDDR5 dan storan berasaskan UFS 3.0. Di samping itu, OnePlus juga telah menerima penilaian A+ daripada DisplayMate untuk paparan siri OnePlus 8.

Terkini, OnePlus 8 Pro dengan nombor model IN2025 muncul di pangkalan data Geekbench. Penyenaraian menunjukkan peranti ini besar dilengkapi memori 12GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 10. Peranti mencatatkan skor sebanyak 906 mata dalam ujian satu teras manakala 3,398 mata untuk ujian pelbagai teras dan adalah lebih baik berbanding OnePlus 7T Pro.

Maklumat penuh mengenai peranti masih belum diketahui dan sama – sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak. Kami menjangkakan OnePlus sekali lagi bakal menggegarkan industri peranti pintar untuk model kali ini.



Sumber asal https://www.ithome.com/0/481/153.htm
 
Top
Log in Register