BTC USD 27,713.9 Gold USD 1,978.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Oktoberfest: Pemimpin beri contoh buruk, hipokrit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.png

BERMULA daripada suatu perkara yang tidak menjadi polemik pada tahun-tahun sebelum ini, acara Oktoberfest tahun ini isu menarik minat ramai pihak untuk membincangkannya.

Oktoberfest sebenarnya telah disambut berdekad lamanya di Malaysia, tetapi penganjurannya menjadi lebih meriah bermula 2010 apabila dua syarikat pengeluar arak, Carlsberg dan Guinness Anchor Berhad bersetuju menjadi penaja tahunan kepada Oktoberfest.

Kali ini, pusat beli belah One Utama telah menjadi penganjur kemuncak pesta Oktoberfest pada 10 Oktober di Petaling Jaya, diikuti seterusnya di Jonker Walk pada 18 Oktober ini di Melaka.

Tindakan segerombolan pemimpin kanan DAP dan PKR termasuk Lim Kit Siang dan R Sivarasa yang hadir ke majlis tersebut dengan alasan “mempertahankan hak orang yang minum alkohol” merupakan suatu perkara yang tidak wajar.

Walaupun berada di pihak oposisi, mereka tetap mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat.

Saya tidak boleh membayangkan kalaulah Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat pada PRU13 lepas, sudah tentu mereka ini akan hadir ke Oktoberfest ini sebagai seorang menteri kanan. Amatlah jelek sekiranya keadaan ini berlaku.

Di sebelah Barisan Nasional pula, pemimpinnya iaitu Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah menunjukkan sikap hipokrit tatkala melahirkan kekecewaan terhadap promosi penganjuran Oktoberfest di Selangor.

Tetapi pada masa yang sama, rakan sejawatannya di Melaka pula membenarkan penganjuran Oktoberfest di tempat yang terbuka iaitu di Jonker Walk.

Tambah mengecewakan ialah pada hari yang sama, dianjurkan juga Majlis Cinta Rasul di Stadium Kubu tidak jauh daripada kawasan Jonker Walk.

Tindakan-tindakan di atas tidak sesekali membantu memperbaiki keadaan Malaysia yang berada di tempat ke-10 tertinggi di dunia dalam pengambilan arak.

Dalam aspek kesihatan pula, pengambilan arak pada jumlah yang paling sedikit pun tetap tidak digalakkan kerana tiada jaminan seseorang itu bebas daripada akibat buruk pengambilan arak tersebut.

Adakah selepas ini, atas nama kebebasan, pemimpin akan membenarkan dan menyokong pula sekiranya diadakan acara atau pesta arak ini secara terbuka dengan lebih kerap serta lebih besar? Dengan alasan pesta seperti ini tidak melibatkan orang bukan Islam dan diadakan di kawasan majoriti bukan Islam.

Pemimpin mestilah meletakkan aspek nilai sebagai keutamaan dalam melakukan apa-apa tindakan. Janganlah digalakkan rakyat untuk melakukan sesuatu perkara yang merosakkan walau atas nama kebebasan. Dan janganlah pula membuat kenyataan dan tindakan secara terpilih semata-mata ingin mendapat laba politik.

Berfikir dan bertindaklah lebih untuk masa depan rakyat. Ingatlah akan ungkapan masyhur “The difference between a politician and a statesman is that a politician thinks about the next election while the statesman think about the next generation”.

Mohd Amin Marwan bin Mohamad
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Pahang

SUMBER
 
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
gem
Messages
16,408
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,408
Reaction score
274
Points
141

Benarkah Malaysia-ku berada di tempat ke-10 tertinggi pengambian arak? Apalah nak jadi dengan Malaysia-ku ni. Ape jenis negara Islam sebagai agama rasmi. Malaysia-ku sangat boleh.
 
luqalief

Super Active Member
Messages
6,277
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
31
Points
70
Hakikatnye
Tiade parti yg memerintah tak kire kerajaan negeri dibawah BN atau PR same2 telus
Kerajaan negeri dibawah BN dan PR gagal mengambil tindakan walaupon acara ini tidak mendapat kebenaran dan mendapat bantahan
So terbukti, tiade parti yg betol2 mampu membele nasib islam di malaysia
Yg ade adelah parti yg berunsur retorik dan lakonan semate mate untuk mengambil hati pengundi

Pendapat sorang lecturer yg aku kenal
Bagi dunie politik malaysia, manifesto lebih hine dari rasuah
Pemberi rasuah atleast menunaikan janji untuk memberi rasuah kepade pihak yg bersetuju untuk memihak mereke
Pembuat manifesto pula gagal menunaikan janji untuk menjadi pemerintah yg baik kepade pihak yg memberi mereke undi
Diakhir cite, rasuah suatu yg hine, tapi janji2 politik jauh lagi hine
 
Last edited:

mobileapps

Active+ Member
Messages
3,825
Joined
Mar 26, 2013
Messages
3,825
Reaction score
25
Points
25
"Di sebelah Barisan Nasional pula, pemimpinnya iaitu Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah menunjukkan sikap hipokrit tatkala melahirkan kekecewaan terhadap promosi penganjuran Oktoberfest di Selangor."

itu bukan hipokrit..itu kes xsabau nak kasi statement apa2 saja asal dpt kondem selangor. last2 kena atas batang hidung sendiri. itu yg kelu lidah nak berkata2 tu
 
hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,470
Points
251
Awards
1
aku setakat bangsa selain melayu memperjuang arak ni aku tak heran...
tapi kalau melayu yg mengaku sebagai islam mempertahan kan arak ni memang celake...

org barat pun dah mula sedar tetang keburukan arak... kat malaysia yg dipimpin oleh melayu mengaku islam hukuman salah berkaitan arak sambil lewa jer... yg dikenakan dan dibanteras cukup2 jika arak tak dibayar cukai... cepat je tindakan...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register