BTC USD 64,854.7 Gold USD 2,329.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Ok ke bagi pompuan terhadap lelaki judgemental ni?

walaukana

Active Member
Messages
1,132
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,132
Reaction score
3
Points
25
Salam CGrian:) Saya ada satu soalan, bagi lelaki dan pompuan luar sana, ok ker lelaki yg bersikap menghakimi atau "judgemental" ni? Maksudnya lelaki yang menghakimi cara wanita berpakaian, bentuk badan wanita dan cara wanita bersolek. Satu experiment secara kecil-kecilan telah saya jalankan di laman facebook. Respons-respons yang saya terima begitu berbeza, kerana setiap individu mempunyai pendirian dan idea yang berbeza.

Ok, status saya berbunyi(dalam bahasa Inggeris) "Nowasdays, I think women in their 40s are way hotter than young women. It is hard to find young girls with curves, know how to dress stunningly (according to their body shape) and conscious about "naked face" (some girls do not care about volcanoes on their skin, never conceal it)". Maksudnya, wanita dalam umur lingkungan 40-an lebih menwawan dari yang muda. Susah sangat nak tengok wanita muda dengan 1) bentuk badan yang langsing, 2) pandai bergaya mengikut umur dan 3) tidak peduli akan wajah yang penuh dengan cela (tanpa menggunakan sedikit solekan).

Jadi, inilah keputusan dari semua responden-responden yang sudi memberi idea, pendapat dan pendirian masing-masing:)

1) Bentuk badan wanita muda.
Ada diantara responden bersetuju bahawa wanita tanpa bentuk badan yang menarik mungkin juga kelihatan kurang menarik. Mengikut satu responden, status ini mungkin akan merendahkan "self esteem" seseorang wanita. Lelaki yang suka menghakimi bentuk badan wanita akan menimbulkan tekanan serta mengurangkan keyakinan pada diri wanita. Jadi, sesetengah wanita akan mencari jalan untuk mengamalkan diet yang kurang menyihatkan (hasil daripada tekanan dari lelaki judgemental). Jadi, wanita akan terjebak dalam penyakit berbahaya seperti bulimia, aneroxie dsbgnya. Ada juga responden yang mengatakan bahawa lelaki judgemental tidak patut menghakimi bentuk badan wanita kerana wanita itu cantik dari semua bentuk dan rupa.

2) Cara wanita muda berpakaian.
Menurut respons-respons yang saya terima, hanya satu responden (wanita) yang setuju bahawa wanita muda mesti menjaga penampilannya. Responden-responden lain mengtakan bahawa wanita muda (terutamanya yang bergelar mahasiswi) kurang menitik beratkan tentang pakaian kontemporari, moden, trendy dan bergaya. Ini kerana kesempitan kewangan (financial, tiada masa untuk bergaya (terlalu banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah), tidak peduli (kerana waktu kuliah singkat, malas nak bergaya), tiada siapa nak "impress" atau menghakimi cara mereka berpakaian semasa di kampus, datang kuliah untuk belajar bukan untuk bergaya dan bergaya itu mengambil masa yang panjang. Bagi mereka (responden), berpakaian secara bersih dan kemas itu sudah mencukupi.

3) Wanita muda yang tidak peduli akan wajah mereka (malas nak solek).
Mengikut respons yang diterima, wanita muda tidak perlu bersolek kerana wajah semulajadi wanita sudah nampak cantik. Menurut respons yang diterima, solekan memerlukan kewangan yang mantap, jadi ini merupakan satu halangan bagi wanita muda yang bergelar mahasiswi.

Kesimpulannya, lelaki yang suka menghakimi cara wanita muda berpakaian, bentuk badan dan bersolek adalah sifat yang tidak digemari oleh wanita muda. Ini mendorong kepada masalah sosial dan psikologi seperti diet yang keterlaluan dan keyakinan diri yang merosot. Harus diingat bahawa menjadi cantik itu merupakan pilihan, bukan peluang!:)

Terima kasih.

CGrian pulak? camne?
 
Sponsored Post

kasihan org muda.
dah la baru nak start membangun and kumpul duit.

ingat nak cantik tak guna duit ke woi?????
cakap pandai la..

lelaki senang la. pakai jeans, pakai polo t, terus siap.
kalau tgk pompuan, dia nak tgk cantik je.
perfect.

apala.
kalau diri tu hebat and metroseksual, ok fine, kau boleh jadi seorang pengkritik.

TAPI

kalau kau pakai selipar kaki pun berdebu, jenis tak reti berkasut.
baju kau pun jenama murah
baju kau pun tak bergosok walaupun tshirt
seluar kau komot tak bergosok
seluar kau tak matching ngan baju
seluar kau tak kontemporari
rambut kau tak berminyak
adab dan tataterteib pun takde,

SO kau tak boleh nak judge perempuan sesuka hati
tak boleh nak kritik perempuan sesuka hati
 
err..bg teman ade bnyk karekter manusia kt bumi neh,,so mmg xheran la klo ade yg ske judge mcm2,,bak kate KAK DHANI=SO kau tak boleh nak judge perempuan sesuka hati,tak boleh nak kritik perempuan sesuka hati,sbb kdang judge dgn mmberi pndapt tu brbeza,,so klo ade yg mmbri pndpt tu jgn la dlm bntuk judge ye,,kang si DIA rase laen plak..hmm,,ape aku melalut neh.,,adeh..
 
RuthlessFairy, respon anda benar, betul dan panas hehe. Kaum lelaki yang judgemental ni tak boleh terjah, kritik dan judge wanita muda sesuke hati. Lelaki judgemental harus fikir gak faktor-faktor yang 'menghalang' wanita muda untuk bergaya, badan cantik dan bersolek. Ketiga-tiga ini memerlukan wang yang banyak, sebagai contoh fesyen, jika nak cantik bergaya mesti gak pergi ke shopping complex, beli baju-baju yang kualiti dan kontemporari. Jika nak badan cantik, memerlukan wang jugak. Alat solekan pon mahal. So, lelaki judgemental ni harus faham situasi wanita muda. Kadang-kadang lelaki judgemental ni lupa akan kekurangan diri mereka, mereka ingat mereka perfect dalam bidag fesyen, bentuk badan dan muka.
 
RuthlessFairy, respon anda benar, betul dan panas hehe. Kaum lelaki yang judgemental ni tak boleh terjah, kritik dan judge wanita muda sesuke hati. Lelaki judgemental harus fikir gak faktor-faktor yang 'menghalang' wanita muda untuk bergaya, badan cantik dan bersolek. Ketiga-tiga ini memerlukan wang yang banyak, sebagai contoh fesyen, jika nak cantik bergaya mesti gak pergi ke shopping complex, beli baju-baju yang kualiti dan kontemporari. Jika nak badan cantik, memerlukan wang jugak. Alat solekan pon mahal. So, lelaki judgemental ni harus faham situasi wanita muda. Kadang-kadang lelaki judgemental ni lupa akan kekurangan diri mereka, mereka ingat mereka perfect dalam bidag fesyen, bentuk badan dan muka.

saya setuju.

kalau dia nak judge wanita muda, judge dulu diri sendiri.

ntah2, dia pun tak sempurna.

nak wanita tubuh badan cantik, langsing, body tiptop. tp, dia sendiri perut boroi/kurus/ gemuk dsb.

nak wanita kulit wajah licin. si lelaki pulak ada banyak jerawat, muka berminyak dsb.

kalo wanita tu cantik, bergaya, fashionable, kulit licin, tapi mata duitan, marah lak! yela, nak cantik, bermakeup, beli baju/makeup mahal2, hari2 tukar kasut tu semua kena gunakan duit!

takkan mende tu semua jatuh dari langit. so, terima la ia seadanya.

kalo perempuan tu demand, itu salah anda juga. sebab anda pun demand nak 100% perfect.
 
err..bg teman ade bnyk karekter manusia kt bumi neh,,so mmg xheran la klo ade yg ske judge mcm2,,bak kate KAK DHANI=SO kau tak boleh nak judge perempuan sesuka hati,tak boleh nak kritik perempuan sesuka hati,sbb kdang judge dgn mmberi pndapt tu brbeza,,so klo ade yg mmbri pndpt tu jgn la dlm bntuk judge ye,,kang si DIA rase laen plak..hmm,,ape aku melalut neh.,,adeh..

wah wah ..bodek aku :))

bukan ka dhani la..
mrs dhani ok :)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register