OIC kecam Perancis mengapikan sentimen anti Islam

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,204
Reaction score
4,251
Points
201

Hashtags supporting Macron, France trend in India
 
Sponsored Post

matramlee

Active+ Member
Joined
Apr 6, 2012
Messages
3,218
Reaction score
263
Points
41
Suatu hari nanti Perancis akan kena bencana atau bala...
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,845
Reaction score
1,679
Points
151
FB Presiden Perancis dipenuhi komen 'mak kau hijau'
Cinca
emmanuel-macron.jpg




PUTRAJAYA – Laman Facebook milik Presiden Perancis, Emmanuel Macron mula ‘diserang’ rakyat Malaysia susulan isu kontroversi penerbitan karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo.



Petang tadi, ‘tentera bawang’ Malaysia dilihat mula menyerang laman Facebook Macron sebagai reaksi terhadap kenyataan terbuka dibuat Presiden Perancis itu baru-baru ini yang seolah-olah menyokong tindakan akhbar berkenaan.





Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Macron mendapati, rakyat Malaysia berkongsi frasa ‘Mak Kau Hijau’ pada ruangan komen pada setiap hantaran di Facebook berkenaan.





Salah seorang netizen, Mohammad Fairuz Jumain meletakkan komen ‘La hijau la mak kau’ pada ruangan komen di salah satu hantaran Macron di Facebook sebagai tanda protes dan kecewa.



aHR0cDovL2ltZ2hvc3RzLmNvbS90LzIwMjAtMTAvMzc3NzI4L2QzZDZjOTNmZDBhMGE1NjkxMjVmN2M2ZTQyMmVhMzEzLm...jpg



Manakala, seorang lagi netizen, Ahmad Syakir Sazili turut berkongsi komen dalam perkataan Perancis, ‘Ta mère est verte’ yang juga bermaksud Mak Kau Hijau jika dialih ke bahasa Melayu.



Biarpun nampak kelakar dan mungkin frasa itu gagal difahami sendiri oleh Macron, namun sekurang-kurangnya rakyat Malaysia bersatu hati dan mencari platform tepat untuk meluahkan rasa kecewa terhadap penghinaan dibuat terhadap Islam.



Serangan berbentuk komen ‘Mak Kau Hijau’ di laman Facebook khususnya yang berpusat di luar negara bukan asing bagi netizen Malaysia.



Pada September lalu, tentera bawang Malaysia turut menyerang laman Facebook Freemansons dan laman Facebook ahli politik Taiwan, Li Zheng Hao pada April lalu.



Isu kontroversi penerbitan karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo mendapat kecaman umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,130
Reaction score
945
Points
121
Jgn berat sebelah
Boikot skali china kerana menindas Ughyur
Merobohkan masjid
Menyekat hak asasi org beribadat

boikot vaksin mereka!
Takbirrrr
Kenapa ang suka spin ngn hijack tread bro.....jgn jadi batu api bro...
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,204
Reaction score
4,251
Points
201
Turkish President #Erdogan:

“The principles, which are called the European values and dictated to the entire world, are being violated by the very people preaching them.”

Ela-oGwX0AUnTXE.jpg
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,845
Reaction score
1,679
Points
151
Kenapa ang suka spin ngn hijack tread bro.....jgn jadi batu api bro...
hg memang tak adil
Kalau hg punya idola jd batu api takpa

time aku sampaikan fakta kebenaran
Aku plak hg tuduh batu api
Jgn double standard bro
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,204
Reaction score
4,251
Points
201
Pemuda Pas seru rakyat Malaysia boikot produk Perancis

ALOR SETAR -Pemuda Pas Kedah menyeru rakyat Malaysia dan umat Islam memboikot barangan buatan Perancis susulan tindakan negara berkenaan menghina Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasron Othman berkata, tindakan memboikot berkenaan adalah tanda persaudaran ukhwah Islam tanpa batasan menentang provokasi.

Katanya, pihaknya selaku organisasi gerakan Islam mengambil sikap mengecam sekeras-kerasnya kenyataan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad oleh pihak berkuasa Perancis melalui kebenaran penerbitan kartun menghina Rasulullah SAW.

"Perancis kelihatan sengaja mengundang reaksi marah dengan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menegaskan penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad tidak dihalang kerana kebebasan bersuara pada 21 Oktober lepas.

"Disebabkan itu, kini pernyataan terbabit mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia dan benih Islamophobia ditabur lagi melalui penyiaran gambar menghina Nabi Muhammad di beberapa bangunan di Perancis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Macron seolah-olah menyifatkan Islam sebagai agama krisis dan mengumumkan akan adanya rancangan undang-undang yang lebih keras untuk menangani 'pemisahan Islamis' di Perancis.

Nasron berkata, sebagai mendokong konsep sekular sejati, Perancis dilihat gagal memahami hasrat sekularisme sehingga bias dan cenderung menyokong pihak yang bencikan Islam.

"Kini umat Islam di Perancis terancam dan siri keganasan atas alasan menentang pemisah Islamis akan berlarutan dan inilah modus operandi pihak tertentu yang cuba mengkambinghitamkan minoriti Muslim di negara mereka dengan provokasi dan persepsi negatif yang cukup dahsyat bermula peristiwa World Trade Centre 2001 lagi," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...s-seru-rakyat-Malaysia-boikot-produk-Perancis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

1j ·

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

BANTAHAN KE ATAS UCAPAN ANTI-ISLAM OLEH PRESIDEN PERANCIS EMMANUEL MACRON

1. Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam responnya pada 21 Oktober 2020 terhadap suatu insiden jenayah yang telah berlaku di Perancis cuba untuk menegaskan konsep kebebasan, namun beliau juga secara langsung telah membenarkan penyebaran kartun yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Perbuatan ini adalah suatu tindakan yang melampau, kerana yang cuba diketengahkan bukanlah kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan untuk menghina.

2. Sebelum insiden tersebut berlaku, Macron pada 2 Oktober 2020 telah secara terbuka mendakwa bahawa “Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini”, pernyataan tersebut secara jelas berunsur fitnah, bersifat provokasi dan tidak menghormati agama serta umat Islam. Bahkan kami beriman dan yakin bahawa agama Islam menawarkan solusi kepada semua krisis yang sedang berlaku di dunia ketika ini.

3. Kami tidak bersetuju dan mengecam sebarang perbuatan jenayah ataupun keganasan yang melanggar undang-undang oleh sesiapa sahaja walaupun dilakukan oleh orang Islam terhadap orang bukan Islam.

4. Namun, untuk sesuatu tindakan radikal atau keganasan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak pun dikenali, hanya kerana dia mempunyai nama yang Islamik, mengapa seluruh umat Islam dan agama Islam perlu diheret sama dalam kesalahan tersebut? Perkara ini tidak pula berlaku apabila melibatkan tindakan sama oleh mana-mana individu bukan beragama Islam.

5. Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya sikap berat sebelah sebegini yang hanya menyerlahkan lagi sentimen Islamofobia yang cuba dibawakan oleh Macron dan orang-orang sepertinya.

6. Cubaan Macron untuk mengaitkan insiden jenayah ini dengan kononnya agama Islam sebagai agama keganasan adalah satu bentuk falasi yang memalukan. Tindakan Macron ini jelas tidak menghormati kebebasan beragama dan bersifat perkauman.

7. Hasil kepada tindakan Islamofobia sebegini, sentimen anti-Muslim telah kembali memuncak dan akan berterusan mengundang jenayah kebencian ke atas golongan Muslim minoriti di Perancis.

8. Justeru, rakyat Malaysia khususnya umat Islam diseru untuk bangkit bersama-sama menunjukkan bantahan (mengikut ruang lingkup undang-undang) terhadap sebarang bentuk penghinaan ke atas mana-mana agama, terutamanya agama Islam selaku agama bagi Persekutuan dan juga junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ​

Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
Presiden, Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Malaysia

Sheikh Hussain Yee
Presiden, Pertubuhan Al-Khaadem

Kapt. (B) Mohd Asri
Presiden, Pertubuhan Kebajikan Green Project Malaysia

Muhammad Zamri Vinoth
Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia
Ketua Pegawai Operasi, ONE Centre Malaysia

Firdaus Wong Wai Hung
Pengasas, Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM)

Lim Jooi Soon
Pengasas, Interactive Dakwah and Tarbiyah Association
29 Oktober 2020 / 12 Rabiulawal 1442H

1603949290655.png

1603949298802.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register