OIC kecam Perancis mengapikan sentimen anti Islam

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
Firdaus Wong Wai Hung

8j ·

Kelicikan media yang cuba frame Dr. Mahathir bin Mohamad kononnya Tun support pembunuhan seorang guru di Perancis tetapi mereka gagal membaca konteks!

Mungkin bukan gagal tetapi sengaja tidak mahu faham dan sengaja memutarbelitkan keadaan! Taktik sama dilakukan oleh orientalis dan missionari apabila menyerang Islam tetapi kejahilan mereka terserlah apabila dengan mudah Muslim memberikan konteks ayat yang dipetik luar konteks.

Jangam baca tweet ke-12 sahaja tetapi baca dari tweet ke 11-13 & kita akan faham konteks tweet ke-12.

Jangan ambil teks di luar konteks. Setiap teks ada konteksnya!

Good try but try harder... Muslim tidak perlu menjadi apologetik sangat dan malu dengan keIslamannya tetapi bangkit dengan fakta dan statistik walaupun musuh-musuh Islam sebenarnya tidak peduli dengan fakta dam statistik.

Mereka hanya peduli tentang fakta dan statistik hanya apabila untuk mengenakan Islam atau sesuai dengan agenda mereka.

1604017905587.png

1604017917299.png

1604017925170.png

1604017933669.png

1604017942645.png
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
1604018795567.png


Twitter padam ciapan Dr M kerana 'langgar peraturan'
Diterbitkan 29 Oct 2020, 10:44 pm

Dikemaskini Hari ini 1:12 am



Laman sosial Twitter memadam satu ciapan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron, tidak lama selepas meletakkan tanda pada ciapan tersebut atas dasar "mengangkat keganasan".

Setakat pukul 10.50 malam tadi, ciapan itu telah digantikan dengan pesanan "Ciapan ini mencabuli peraturan Twitter".

Ciapan itu sebahagian daripada bebenang oleh Mahathir berkenaan kenyataan Macron susulan pembunuhan seorang guru di Perancis, yang antara lain mengisytiharkan "perang" terhadap apa yang disifatkannya sebagai "pemisah Muslim" dan menyifatkan Islam sebagai agama "dalam krisis".



Dalam ciapan yang dipadam itu, Mahathir mengatakan "Muslim ada hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan di masa lalu."
Twitter pada mulanya hanya menanda ciapan itu kerana didakwa mengangkat keganasan (glorifying violence).

Apabila kenyataan itu diulang ciap, ia akan digantikan dengan pesanan yang mengatakan "Ciapan ini mencabuli Peraturan Twitter berkaitan mengangkat keganasan".
"Bagaimanapun, Twitter memutuskan agar ciapan itu kekal dapat diakses kerana mungkin berkaitan dengan kepentingan awam".



a235167cad2b6bb0c03abe50726d5ce7.png


Pesanan daripada Twitter itu juga menyediakan pautan kepada pengguna lain untuk tetap menunjukkan ciapan Mahathir atau membaca lebih lanjut mengenai dasar pengecualian kepentingan awamnya.

Di bawah dasar itu, ciapan yang sepatutnya dipadam boleh dikekalkan jika langkah itu dianggap untuk kepentingan awam. Ia hanya terpakai kepada pegawai kerajaan yang memenuhi kriteria tertentu.
Kenyataan Mahathir turut disiarkan secara penuh di Facebook. Hantaran itu telah dipadam namun tidak jelas siapa yang memadamnya.

Sebelum dipadam, ramai pengguna Twitter yang menyuarakan kebimbangan dan kritikan terhadap pandangan tersebut.

Ia turut dilaporkan media antarabangsa, antaranya Detik, Al Jazeera, South China Morning Post, New York Post dan agensi Reuters.

Setiausaha Dalam Negeri untuk Sektor Digital Perancis, Cedric O mengatakan dia telah berhubung dengan pegawai Twitter untuk menggesa akaun Mahathir digantung serta-merta.

"Jika tidak, Twitter akan bersubahat dengan seruan untuk pembunuhan," katanya.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski berkata dia terganggu dengan kenyataan Mahathir itu.

"Saya tahu dia tidak, dan tidak akan, menyokong keganasan sebenar. Tetapi dalam keadaan sekarang, kata-kata boleh mendatangkan akibat," katanya.

Dalam kenyataan yang turut disiarkan di blognya, Mahathir berkata walaupun dia membantah pembunuhan terhadap guru tersebut, Macron bersikap "primitif" kerana menyalahkan Islam atas perkara itu.
"Macron tidak menunjukkan dia seorang yang bertamadun. (Pembunuhan itu) tidak selari dengan ajaran Islam. Tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang yang marah (berisiko) membunuh," katanya.

Pada 16 Oktober lalu, seorang guru, Samuel Paty dibunuh Abdoullakh Abouyedovich Anzorov - seorang pelarian Muslim beragama Islam - kerana didakwa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan majalah Charlie Hebdo kepada pelajarnya ketika kelas kebebasan bersuara.

Ucapan Macron itu, yang diucapkan ketika pengkebumian Paty, mencetuskan kemarahan sejumlah negara majoriti Muslim - termasuk Malaysia - serta mengundang tindak balas, seperti pembunuhan di gereja Perancis serta serangan di kedutaan negara itu di Arab Saudi.


 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
Kita risau dgn kenyataan atuk

takut pengganas pegi bom klcc pulak pasni
 

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,423
Reaction score
1,284
Points
111
Bagi melayu & islam yang tak sokong Mahathir pasal isu ni memang bengap la korang. Politik politik jugak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register