OIC kecam Perancis mengapikan sentimen anti Islam

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,011
Reaction score
151
Points
33
Boikot produk, perkhidmatan Perancis - PPIM

KETUA Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan. FOTO Arkib NSTP.


Kuala Lumpur: Boikot produk dan perkhidmatan dari Perancis. Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada kerajaan dan pengguna Islam dalam usaha menyekat tindakan kekerasan terhadap umat Islam di negara berkenaan.

Umat Islam di negara itu hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan berbaur polisi pemisahan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Marcon, baru-baru ini yang mencetus kebencian dan anti-Muslim serta gesaan untuk membakar masjid di seluruh Perancis.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengikuti insiden itu secara dekat dan sedang menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar bertujuan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Perancis di Malaysia.

"Kami menggesa kerajaan dan pihak berkaitan lain menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.

"Boikot ini akan berkuat kuasa serta-merta. Kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha sama sehingga kerajaan Perancis memberi jaminan keselamatan serta keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kerajaan Turki turut mengumumkan rancangan memboikot produk Perancis dan memanggil balik duta mereka di Paris.


== hmetro
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,130
Reaction score
945
Points
121
hg memang tak adil
Kalau hg punya idola jd batu api takpa

time aku sampaikan fakta kebenaran
Aku plak hg tuduh batu api
Jgn double standard bro
Aku xtuduh bro.....sapa plk la idola aku tu ang hbq sat hahaha
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,204
Reaction score
4,251
Points
201
Penganut agama berlainan digesa saling menghormati

NEW YORK: Ketua sebuah badan antiekstremisme dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyuarakan 'kebimbangan mendalam' berhubung ketegangan kian memuncak susulan isu karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW.

Miguel Angel Moratinos yang mengetuai Perikatan Ketamadunan PBB turut menggesa penganut agama berlainan dan mereka yang mempunyai pandangan politik berbeza agar 'saling menghormati'.

Kenyataan itu menyusul berikutan kemarahan semakin membara di dunia Islam terhadap tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang berkeras mempertahankan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.

"Menghina agama serta simbol suci dalam agama, memprovokasi ekstremisme keganasan dan kebencian yang membawa polarisasi serta perpecahan dalam masyarakat," katanya tanpa merujuk secara eksplisit kepada tindakan Macron. - AFP
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Dr. Mahathir bin Mohamad



3j ·

RESPECT OTHERS
1. A teacher in France had his throat slit by an 18-year-old Chechen boy. The killer was angered by the teacher showing a caricature of Prophet Muhammad. The teacher intended to demonstrate freedom of expression.

2. The killing is not an act that as a Muslim I would approve. But while I believe in the freedom of expression, I do not think it includes insulting other people. You cannot go up to a man and curse him simply because you believe in freedom of speech.

3. In Malaysia, where there are people of many different races and religions, we have avoided serious conflicts between races because we are conscious of the need to be sensitive to the sensitivities of others. If we are not, then this country would never be peaceful and stable.

4. We often copy the ways of the West. We dress like them, we adopt their political systems, even some of their strange practices. But we have our own values, different as between races and religions, which we need to sustain.

5. The trouble with new ideas is that the late comers tend to add new interpretations. These are not what the originators intended. Thus, freedom for women, meant the right to vote in elections. Today, we want to eliminate everything that is different between men and women.

6. Physically we are different. This limits our capacity to be equal. We have to accept these differences and the limitations that are placed on us. Our value systems is also a part of human rights.

7. Yes, sometimes some values seem to be inhuman. They cause some people to suffer. We need to reduce the sufferings.
But not by force, if the resistance is great.

8. The dress code of European women at one time was severely restrictive. Apart from the face no part of the body was exposed. But over the years, more and more parts of the body are exposed. Today a little string covers the most secret place, that’s all. In fact, many in the west are totally naked when on certain beaches.

9. The West accepts this as normal. But the West should not try to forcibly impose this on others. To do so is to deprive the freedom of these people.

10. Generally, the west no longer adhere to their own religion. They are Christians in name only. That is their right. But they must not show disrespect for the values of others, for the religion of others. It is a measure of the level of their civilisation to show this respect.

11. Macron is not showing that he is civilised. He is very primitive in blaming the religion of Islam and Muslims for the killing of the insulting school teacher. It is not in keeping with the teachings of Islam. But irrespective of the religion professed, angry people kill. The French in the course of their history has killed millions of people. Many were Muslims.

12. Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past. But by and large the Muslims have not applied the “eye for an eye” law. Muslims don’t. The French shouldn’t. Instead the French should teach their people to respect other people’s feelings.

13. Since you have blamed all Muslims and the Muslims’ religion for what was done by one angry person, the Muslims have a right to punish the French. The boycott cannot compensate the wrongs committed by the French all these years.

http://chedet.cc/?p=3203
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Aidil Khalid

· 56m ·

Tun M sedang teruk dibantai di Twitter sekarang ini, kerana satu tweetnya yang dipetik secara terasing — “12. Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past.”

Tweet itu sebenarnya adalah tweet kekait (thread), tetapi warga twitter dari seluruh dunia, yang sesetengahnya memang dah lama geram dengan Tun atas ketegasan dan kelantangannya terhadap dunia barat, mengambil satu tweet itu sahaja dan mentafsirkannya di luar konteks yang dimaksudkan Tun.

Kalau kita baca thread itu dari mula, Tun sebenarnya dah tegaskan dari awal lagi “....killing is not an act that as a Muslim I would approve.”

Ini yang banyak berlaku sebenarnya dalam dunia masa ini. Orang semakin bodoh untuk faham sesuatu yang dibaca, walaupun apa yang dibaca itu sebenarnya jelas dan terang maksudnya. Tetapi kerana pembacanya memang penuh prasangka, maka dibacanya menurut tafsiran yang dikehendakinya sendiri.

Sebab itu Scott Adams ada menulis buku “Loserthink: How Untrained Brains are Ruining America”. Untuk mengulas tentang berleluasanya kebebalan beginilah. Membaca sesuatu, kemudian memahaminya di luar konteks.

Hakikatnya, bukan semua orang yang tahu huruf abjad, reti membaca. Disebabkan kebebalan ini, point utama Tun M dalam tulisannya itu — iaitu mengenai beza faham dan nilai di antara negara barat dengan negara-negara Islam, berkenaan prinsip hak yang relatif dan bukan universal — itu sengaja ditenggelamkan. Juga penegasan bahawa umat Islam mesti memboikot Perancis.

Demikianlah.

1603981383292.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,330
Reaction score
3,661
Points
236
Bangladesh Gesa Boikot Perancis Manakala Malaysia, Indonesia Kutuk Islamofobia

Jesmin Papri, Ray Sherman & Ahmad Syamsudin
Dhaka, Kuala Lumpur & Jakarta
2020-10-27


dbf9a773-5c68-4c99-9962-7b1aee26c5ee.jpeg

Polis menyekat perarakan aktivis dan penyokong Islami Andolon Bangladesh
ketika mereka berarak menuju Kedutaan Perancis di Dhaka, 27 Oktober 2020.

Hampir 10,000 orang berarak di ibu kota Bangladesh pada Selasa bagi menggesa tindakan memboikot barangan Perancis, manakala Malaysia dan Indonesia mengutuk Islamofobia di tengah-tengah meningkatnya kemarahan umat Islam seluruh dunia terhadap pemimpin Perancis kerana mempertahankan penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Presiden Emmanuel Macron menghadapi serangan balas susulan penegasannya pada minggu lalu bahawa Perancis "tidak akan berhenti menyiarkan kartun" semasa berucap pada satu majlis bagi memberi penghormatan kepada seorang guru Perancis yang dipenggal kepalanya awal bulan ini kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW kepada para pelajarnya.

Ramai umat Islam melihat gambaran visual mengenai Nabi Muhammad sebagai perbuatan yang menyinggung perasaan. Pada Selasa, para penunjuk perasaan di Dhaka menyatakan bahawa penyiaran kartun itu membangkitkan kemarahan ramai manakala Malaysia, tanpa merujuk kepada Perancis, mengutuk tindakan yang mencemarkan Islam seperti penerbitan gambaran Nabi Muhammad. Perbuatan Macron yang mempertahankan penyiaran kartun itu jelas menghina Islam, kata Indonesia.

"Penerbitan kartun nabi di Perancis, di bawah naungan negara itu, meruntun jiwa Islam di seluruh dunia. Perancis perlu diberi pengajaran dengan memboikot produknya di seluruh dunia," kata Mufti Syed Rezaul Karim, presiden Islami Andolon Bangladesh, semasa berucap dalam satu perarakan anjuran parti politik berasaskan agama itu, yang menggesa pelaksanaan pemerintahan berasaskan Syariah di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Samuel Paty, guru Perancis yang dipenggal kepalanya di pinggir kota Paris pada 16 Oktober, telah menunjukkan beberapa kartun Nabi Muhammad yang disiarkan dalam Charlie Hebdo kepada para pelajarnya. Penerbitan kartun sama pada 2015 telah menyebabkan serangan ekstremis Islam yang membunuh 12 orang di dalam dan sekitar ibu pejabat majalah satira Perancis itu.

Minggu lalu, potret dan kartun Paty dipaparkan di beberapa bangunan di dua bandar Perancis sebagai tanda penghormatan kepada guru itu.

Syed Rezaul turut mendesak kerajaan Bangladesh supaya meluluskan resolusi yang mengecam Perancis kerana membenarkan penerbitan karikatur Nabi Muhammad. Beliau juga menuntut Dhaka supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Paris.

BeritaBenar menghubungi Menteri Luar Bangladesh A.K. Abdul Momen bagi mendapatkan maklum balasnya namun beliau enggan mengulas mengenai tunjuk perasaan itu tetapi meminta semua supaya pihak bertenang.

"Kami berharap tidak ada siapa yang akan menyakiti agama orang lain. Semua orang perlu bersabar dalam hal ini, ”kata A.K. Abdul kepada BeritaBenar.

Kedutaan Perancis di Dhaka enggan mengulas mengenai tunjuk perasaan tersebut.

Md. Shamsul Alam, ketua Jabatan Pengajian Islam di Universiti Dhaka, memberitahu BeritaBenar bahawa Perancis perlu dikecam tetapi ia perlu dilakukan secara aman.

“Bangladesh harus mengutuk tindakan Perancis itu. Kami tidak bertolak ansur dengan siapa yang menghina utusan Allah,” kata Alam kepada BeritaBenar.

"Tetapi, kita harus membantah secara sistematik dan aman. Hakikatnya Islam adalah agama yang mengunjurkan keamanan juga perlulah dibuktikan dalam sebarang tunjuk perasaan, ”katanya.

"Gesaan boikot itu adalah satu program secara aman. Tetapi, perbuatan mengepung kedutaan atau memutuskan hubungan diplomatik secara tiba-tiba bukanlah caranya kerana Perancis adalah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan Bangladesh. "

MY-frenchinside.jpg

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bercakap kepada media di hadapan Integra Tower
di Kuala Lumpur, yang menempatkan Kedutaan Perancis, 27 Oktober 2020.


Malaysia: ‘Provokatif dan tidak menghormati Islam’

Sementara itu, Malaysia pada Selasa menyatakan bahawa ia "amat bimbang" dengan apa yang dipercayainya sebagai tindakan penentangan yang semakin meningkat dan terbuka terhadap umat Islam atas nama kebebasan bersuara.

“Malaysia komited untuk menegakkan kebebasan bersuara sebagai hak asasi asas selagi hak itu dilakukan dengan penuh hormat dan bertanggungjawab serta tidak melanggar hak pihak lain,” kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan.

“Dalam konteks ini, untuk mencemarkan dan memburukkan Nabi Muhammad SAW dan mengaitkan Islam dengan keganasan adalah jauh melangkaui skop hak sedemikian. Tindakan seperti itu adalah provokatif dan tidak menghormati Islam dan lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.”

Kenyataan itu tidak menyebut langsung mengenai Perancis tetapi seorang pembantu menteri memberitahu BeritaBenar bahawa menteri itu merujuk kepada perkembangan semasa yang berlaku di Perancis.

Pada Rabu, Macron menyatakan bahawa guru Perancis berusia 47 tahun itu, yang dibunuh oleh remaja lelaki berketurunan Chechnya berusia 18 tahun yang dianggapnya sebagai "pengecut", mewakili nilai-nilai sekular dan demokratik Republik Perancis.

"Samuel Paty menjadi ... wajah Republik, kehendak kami untuk menghancurkan pengganas, untuk mengurangkan umat Islam, untuk hidup sebagai komuniti warganegara yang bebas di negara kami," kata Macron pada majlis yang diadakan di Sorbonne University di Paris bagi memberi penghormatan kepada Paty, mengikut satu transkrip.

Pada majlis itu, Paty juga dianugerahkan anugerah tertinggi Perancis, Légion d'Honneur.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang merupakan sebahagian daripada gabungan kerajaan Malaysia, pada Selasa menghantar memorandum membantah Islamofobia kepada Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur.

Pada sidang media di hadapan Kedutaan Perancis, naib presiden parti itu, Idris Ahmad, berkata memorandum itu mendesak Perancis supaya menarik balik penghormatan yang diberikan kepada Paty, menggantung lesen penerbitan Charlie Hebdo, dan mengharamkan majalah itu "kerana menghina" Nabi Muhammad.

“Orang yang beradab dan mempunyai nilai moral tidak akan pernah boleh menerima penghinaan terhadap mana-mana agama apa pun. Apa yang berlaku di Perancis adalah amat memalukan. Adalah tidak wajar bagi negara yang sangat maju untuk bersikap sedemikian,”kata Idris.

Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang Malaysia, juga mengkritik Macron.

"Kebebasan membawa bersama tanggungjawab, rasa tanggungjawab yang nampaknya langsung tiada daripada ucapan yang dilontarkan oleh Tuan Presiden," katanya.

Tetapi Anwar, pada masa yang sama, mengkritik umat Islam yang memuji pembunuhan guru sekolah Perancis itu.

"Tiada pembelaan harus diberikan kepada keganasan dan pembunuhan manusia, raksasa menyesatkan yang memesongkan Islam," katanya. "[Saya] bersimpati dengan kematian Encik Samuel Paty seperti mana mangsa korban yang lain."


Duta Perancis dipanggil

Di Jakarta, Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Perancis Olivier Chambard bagi menyuarakan rasa bimbangnya mengenai situasi di Perancis, kata jurucakap Teuku Faizasyah kepada BeritaBenar.

"Kami menyampaikan kecaman kami terhadap ucapan presiden Perancis yang menghina Islam," kata Teuku.

Macron mendorong perbuatan Islamofobia dengan membiarkan kartun Nabi Muhammad diterbitkan, kata Muhyiddin Junaidi, wakil ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), pada Isnin.

"MUI percaya bahawa Macron secara tidak langsung menyokong gerakan Islamofobia," kata Muhyiddin, menurut laporan agensi berita Antara News.

Partai Keadilan Sejahtera (PKS) turut mengecam "serangan" Macron terhadap Islam dan masyarakat Muslim.

"Kami mendesak Kementerian Luar supaya memperingatkan pihak berkuasa Perancis supaya tidak terlibat dalam retorik Islamofobia dan anti-Muslim demi merayu kepada mereka yang anti-Islam," kata Toriq Hidayat, pemimpin PKS, dalam kenyataan di laman web parti itu.

Sumber asal BenarNews.MY
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Dr Mahathir sokong seruan boikot produk Perancis

October 29, 2020 10:36 PM

boycott-made-in-france-AP-291020-1.jpg

Orang Islam di Mumbai, India berdemonstrasi membantah kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan melancarkan kempen boikot produk Perancis. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan seruan supaya orang Islam memboikot produk Perancis sebagai respons terhadap kenyataan presiden negara itu Emmanuel Macron mengenai Islam.

Mahathir berkata, Macron “sangat primitif” kerana menyalahkan Islam dan orang Islam atas pembunuhan seorang guru baru-baru ini dengan berkata, pembunuhan tidak selari dengan ajaran Islam.

“Tak kira apa agama dianuti, orang yang marah akan membunuh. Orang Perancis dalam sejarahnya membunuh jutaan orang dan kebanyakannya orang Islam.



“Orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta orang Perancis atas pembunuhan besar-besaran sebelum ini, tetapi umumnya orang Islam tidak mengamalkan undang-undang ‘mata untuk mata’. Orang Islam tidak berpegangan begitu.


“Oleh sebab anda menyalahkan semua orang Islam dan Islam atas perbuatan seorang individu yang marah, maka orang Islam berhak menghukum Perancis. Perbuatan boikot tidak dapat mengimbangi kesalahan yang dilakukan orang Perancis selama ini,” katanya dalam hantara di blognya hari ini.

Mahathir berkata, kebebasan bersuara tidak termasuk kebebasan untuk menghina orang lain atau mencemuh mereka, selain menambah konflik kaum yang serius dapat dielakkan di Malaysia kerana kesedaran tentang pentingnya sensitiviti orang lain.

“Kalau kita tidak berbuat begitu, maka negara ini tidak akan aman dan stabil.”

Kenyataan Macron minggu lalu dibuat sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini, selepas beliau menunjukkan kartun Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.

Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pilihan bahan pengajaran, iaitu imej sama yang mencetuskan serangan berdarah oleh lelaki bersenjata di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, yang merupakan penerbit asalnya pada Januari 2015.

Selain kecaman daripada beberapa pemimpin negara yang penduduk majoritinya orang Islam, kenyataan presiden Perancis itu juga mengundang kritikan dari Malaysia, termasuk daripada ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register