Obama tidak ubah dasar luar AS terhadap Israel - Dr. M

CG Sponsors




alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
PUTRAJAYA 5 Jan. - Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang akan menggantikan George W. Bush tidak lama lagi dijangka tidak mengubah dasar luar negara itu terhadap Israel kerana beliau masih memerlukan sokongan Yahudi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada mana-mana calon dalam pilihan raya Amerika yang berani menafikan sokongan kepada Israel kerana kaum Yahudi merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon Presiden.

Beliau berkata, Obama dijangka mengundurkan tentera Amerika dari Iraq dan Afghanistan tetapi akan tetap memberi sokongan kepada kaum Yahudi di Israel.

''Saya tidak rasa akan ada perubahan dalam dasar luar Amerika kepada Israel, Obama sendiri pergi ke Israel untuk mendapatkan sokongan kerana terdapat ramai Yahudi di Amerika.

''Bakal pemimpin nombor dua Amerika Syarikat, Joe Biden pula pernah berkata secara terbuka bahawa walaupun dia bukan seorang Yahudi tetapi dia adalah penyokong Zionis," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Obama bagaimanapun merupakan Presiden Amerika Syarikat yang lebih baik jika dibandingkan dengan Bush yang akan berundur tidak lama lagi.

''Beliau (Obama) merupakan pilihan terbaik daripada kalangan yang tidak baik," katanya.

Dr. Mahathir berkata, walaupun kongres Amerika dianggotai oleh golongan terpelajar tetapi mereka masih membenarkan keganasan oleh Israel ke atas Palestin.

''Negara yang menjadi polis dunia kini telah membunuh dan merompak. Seseorang perlu bersuara kerana jika kita berdiam diri keadaan akan bertambah teruk.

''Perang moden merupakan sejenis pembunuhan besar-besaran dan dilakukan dengan tidak adil kerana tiada peluang untuk negara lemah menghadapi serangan kuasa besar seperti Amerika," katanya.

Dr. Mahathir berkata, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) didapati gagal memainkan peranan untuk menghentikan kekejaman Israel kerana badan itu telah dikuasai Amerika Syarikat.

'' PBB sebelum ini tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan perang ke atas Iraq kerana Amerika mahu teruskan kepentingannya di situ," katanya.


:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

achoy76

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
2,706
Reaction score
70
Points
35
semua ni skrip lama bagi presiden amerika. semasa berkempen semua boleh buat, bila dah dapat macam2 alasan. sebab yahudi pengundi penentu kata dr. M
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
kalu dah amerika tu. .amerika la jugak..campak kat kandang mana pun..
 

Sasuke Kun

Fun Poster
Joined
Jul 10, 2008
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
sapapun jadi presiden Amerika sama saja.ingat senang ker nak jadi presiden Amerika tu kalau takde pelobi2 dr puak Yahudi laknatullah tu.lagipun parti demokrat tu mmg penyokong kuat Yahudi.
 

azraneus

Active+ Member
Joined
Aug 10, 2006
Messages
3,371
Reaction score
252
Points
46
gambar2 obama kat kuil yahudi tu bukti kuat, obama zionis supporter
 

telor_emas

Active Member
Joined
Dec 9, 2007
Messages
1,333
Reaction score
22
Points
25
demokrat ker x demokrat ker... sama saja jer... kapiaq laknatullah!

boikot produk us n usd!
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
dah sampai masa umat islam perlu bertindak secara agresif bukan lagi berlemah lembut untuk dicincang lumat oleh kafir laknatullah

bangunlah dengan semangat jihad perangi musuh yang memerangi kita kerana sejarah telah membuktikan al quds hanya dapat di selesai kan dengan mata pedang bukan dengan rundingan

salahuddin al ayubi telah mengorbankan diri dan harta untuk berjihad merampas dan mempertahankan baitul maqdis bukan nya mengutuk dan menulis surat kepada king richard supaya memberikan al quds kepada orang islam

itulah hakikat al quds yang seringkali dilupakan dan sengaja tidak di pandang oleh kita sebagai ornag islam sedunia
 

engineeringdead

Active Member
Joined
Dec 29, 2008
Messages
1,619
Reaction score
1
Points
25
memang dasar USA tak kan berubah
sedangkan senat dorang sape yg lobi
YAHUDI YAHUDI YAHUDI!!
 

faizfakhirin

Active Member
Joined
Sep 24, 2006
Messages
2,047
Reaction score
8
Points
25
Kenapa kita xcuba untuk berdakwah di amerika dan memasuki pasaran amerika??...kenapa kerajaan islam tidak berbuat demikian....susah sgt ker nk buat??
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
Kenapa kita xcuba untuk berdakwah di amerika dan memasuki pasaran amerika??...kenapa kerajaan islam tidak berbuat demikian....susah sgt ker nk buat??
dah buat dah bro para ulama al azhar sentiasa menghantar ekspedisi dakwah ke amerika tapi malangnya selapas sampai mereka diarahkan membuka seban mereka dan mereka enggan dan terpaksa balik ke mesir
 
Sponsored Post
Top
Log in Register