Obama tarik sekatan bantuan kepada Sudan

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123

WASHINGTON 20 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menarik balik sekatan bantuan AS kepada Sudan bagi membolehkan eksport komputer ke negara itu dilakukan menjelang pungutan suara pada tahun depan.

Dalam satu memorandum Obama berkata, beliau menarik balik Pembaharuan Sekatan Perdagangan dan Eksport yang menghalang penyaluran bantuan dan kewangan AS untuk barangan komersial ke Sudan dengan menyifatkannya sebagai 'kepentingan keselamatan negara'.

Tindakan itu akan membolehkan eksport dilakukan untuk barangan komputer dan peralatan berkaitan bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memudahkan proses pungutan suara di selatan Sudan, menurut memorandum itu.

Pungutan suara itu yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat selatan Sudan dan Abyei menentukan nasib sendiri akan diadakan pada 9 Januari ini, walaupun tercetus kebimbangan ia akan memisahkan negara itu.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menawarkan Sudan hubungan lebih baik dengan Washington jika Khartoum mematuhi perjanjian damai 2005 dengan bahagian selatan negara itu dan mengadakan pungutan suara mengikut jadual.

Perjanjian 2005 mengakhiri perang saudara yang mengorbankan dua juta orang di negara itu.

Pendaftaran pengundi bermula Isnin lalu dan wilayah utara dan selatan bersetuju membuat desakan baru berhubung persetujuan sempadan, perkongsian hasil minyak dan beberapa isu lain. - AFP
 
Top
Log in Register