Obama kesal perisikan gagal kesan cubaan serang pesawat

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
HONOLULU: Presiden Amerika Barack Obama, melahirkan kekecewaan dengan kegagalan sistem perisikan mengesan cubaan serangan ke atas pesawat negara itu, di sebalik laporan semalam bahawa Washington merancang bertindak balas berikutan kejadian itu.

Presiden Amerika itu kelmarin diberitahu mengenai kemungkinan serangan ketika Krismas selain maklumat ancaman pemuda Nigeria yang cuba meletupkan pesawat, tetapi maklumat tidak disebarkan secara meluas.

“Kegagalan sistem sudah berlaku dan saya menganggapnya sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya yang masih bercuti sempena Krismas, ketika tuduh menuduh semakin memuncak mengenai cubaan meletupkan pesawat Northwest.

Obama berkata, kegagalan sistem dan pengurusan manusia menyebabkan keselamatan negara terancam dan nahas besar nyaris berlaku.

“Kita perlu belajar daripada apa yang berlaku dan bertindak segera mengatasi kelemahan kerana kita mempertaruhkan keselamatan negara dan nyawa manusia,” katanya.

Sementara itu Cable News Network (CNN) melaporkan Amerika dan Yaman sedang menilai semula potensi sasaran untuk tindakan balas selepas al-Qaeda mengaku bertanggungjawab terhadap cubaan itu.

“Pasukan operasi khas Amerika, agensi perisikan dan rakan sejawat mereka di Yaman sedang mengenal pasti sasaran al-Qaeda di Yaman,” kata laporan itu yang memetik sumber Amerika. - AFP
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
biar depa kene bom..
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
saje jer ni..nk naikkan balik sentimen anti pengganas, al qaeda, last2 Islam jugak yang kene..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register