BTC USD 57,754.9 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Obama akan dapat berjaya buat perubahan dengan pertolongan Allah"

blink_182

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
"Obama akan dapat berjaya buat perubahan dengan pertolongan Allah" Pemimpin Islam USA
11 Nov 2008 8:50AM

CHICAGO: Louis Farrakhan, pemimpin kumpulan Nation of Islam, kelmarin menyifatkan bakal presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan luar biasa dan keupayaan mengatasi semua cabaran.

Menurut beliau, Obama akan dapat membuat perubahan positif hanya dengan pertolongan daripada 'Allah dan rakyat yang mempunyai perasaan muhibah'.

'Presiden yang dipilih, Obama, telah menaikkan semangat semua golongan yang tertekan, tertindas, ditolak dan dihina,' kata beliau dalam satu ucapan selama 90 minit kepada lebih 1,000 pengikut beliau di Masjid Maryam selatan bandar Chicago, kelmarin.

'Sekarang terpulang kepada kita semua untuk memanfaatkan tenaga baru yang beliau berikan kepada kita... dan menyalurkan tenaga itu untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik,' tegas beliau.

Farrakhan menyifatkan pencalonan Obama telah mencetus 'semangat kesatuan' daripada semua rakyat, mirip keghairahan sewaktu mendiang Robert F. Kennedy bertanding merebut jawatan presiden pada 1968.

Menurutnya, beliau sengaja tidak membuat sebarang kenyataan mengenai sokongannya terhadap Obama sepanjang beberapa bulan lalu kerana bimbang kenyataan beliau akan menjejas peluang Obama menduduki Rumah Putih.

Farrakhan berkata Obama secara tidak adil telah dikaitkan dengan Paderi Jeremiah Wright, yang membuat kenyataan mengkritik pemerintah Amerika, dan Paderi Michael Pfleger, yang mempersenda pesaing Obama daripada Parti Demokrat, Senator Hillary Rodham Clinton.

'Selama sembilan bulan yang lalu saya sengaja tidak berkata apa- apa kerana kata-kata saya yang baik sering diputarbelitkan,' kata Farrakhan.

'Jadi, saya memutuskan lebih baik saya tidak bercakap apa-apa agar tidak terlibat dalam tengkarah berhubung kenyataan paderi-paderi itu.

'Hari ini saya berasa lebih bebas untuk menyatakan kata hati saya.' / AP, AFP

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SATU cara untuk menggambarkan sesuatu pilihan raya adalah menerusi angka dan statistik.

Dan pilihan raya presiden yang bersejarah di Amerika Syarikat minggu lalu telah memecah berbagai-bagai rekod (yang melibatkan angka).

Kesudahannya telah kita ketahui - calon parti Demokrat Barack Obama meraih kemenangan hebat, mengatasi calon Republikan John McCain untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Mari kita mengimbas kembali kemenangannya menerusi angka:

44: Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke-44 selepas kemenangannya minggu lalu.

AS$200,000: Antara janji Obama kepada rakyatnya adalah untuk memberikan potongan cukai kepada mereka yang meraih pendapatan tahunan kurang AS$200,000. Mereka yang meraih pendapatan lebih AS$250,000 akan dikenakan cukai lebih tinggi.

41: Kemenangan Barack Obama itu muncul 41 tahun selepas taklimat 'Aku Punya Impian' oleh Dr Martin Luther King Jr, yang memahat saat semaraknya semangat kumpulan kulit hitam di Amerika.

270: Angka emas bagi Obama. Beliau perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 270 undi Dewan Pemilih. Akhirnya, Obama menerima 349 undi, berbanding dengan 162 undi untuk McCain.

52.3: Obama menerima 52.3 peratus daripada undi popular, berbanding dengan 46.4 peratus untuk McCain.

130: Sebanyak 130 juta rakyat Amerika dianggarkan telah membuang undi daripada lebih 220 juta penduduk yang mendaftarkan nama. Seramai 305 juta rakyat Amerika layak mengundi.

350,000: Obama berjaya menarik lebih 350,000 penderma individu yang membuat lebih 500,000 derma.

$968 juta: Sebanyak $968 juta berjaya dikumpulkan oleh Obama untuk keperluan berkempen.

20: Obama akan mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Amerika pada 20 Januari 2009.

1: Obama akan menjadi Presiden kulit hitam Amerika yang pertama dalam sejarah. Beliau juga adalah presiden kaum minoriti yang pertama di dunia yang dilantik majoriti.

sumber: klpos.com
 
Last edited:
Sponsored Post

kemolok

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,131
Reaction score
25
Points
70
wait and see je lah...


tetapi masih mengharap akan perubahan..

amerika ni, tak kira sapa presiden, yang tetap menguasai ialah pelobi2 yahudi.. pelobi yahudi nilah yang merencanakan percaturan politik amerika..

namun diharap obama dapat membawa sesuatuyang positif pada politik dunia..
 

blink_182

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
wait and see je lah...


tetapi masih mengharap akan perubahan..

amerika ni, tak kira sapa presiden, yang tetap menguasai ialah pelobi2 yahudi.. pelobi yahudi nilah yang merencanakan percaturan politik amerika..

namun diharap obama dapat membawa sesuatuyang positif pada politik dunia..

yup..be positive...

if he can't

what would we do kan
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,376
Reaction score
1,288
Points
231
baca paper hari ni dia planning nak tutup kem guatonamo tuh.........
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Kita tengok apa yg dia boleh buat memandangkan pada tekanan yg terpaksa dia hadapi dr dlm dan luar amerika.. but anyway, try to think positive..
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Harap Obama dpt buat lebih baik. Dia ada vision yg bagus,lbh kurang mcm Al-Gore..
 

selambeyaya

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2008
Messages
5,101
Reaction score
13
Points
65
baca paper hari ni dia planning nak tutup kem guatonamo tuh.........

kem ni x payah tutup.. lepaskan mangsa2 dlm kem ni.. lepas tu letak askar2 yahudi ke dalam kem ni... terus bakar kem ni...:mad::mad:
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,880
Reaction score
1,440
Points
201
ya la kuasa Allah gak yg dia leh menang 2
hehehe..................................
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
96
Points
120
dulu pada ku Presiden USA ni...

IBLIS turun, IFRIT naik, IFRIT turun, SETAN naik, SETAN turun, JIN naik...

kali ni aku harap biar laa keadaan menjadi lebih baik dgn kejayaan obama ni
 

l3800

Fun Poster
Joined
May 30, 2008
Messages
105
Reaction score
10
Points
15
ye ke obama akan ubah dasar luar amerika?
aku pernah terbaca..antara janji2 dia mase nk elected presiden dlu dia berjanji sekumpulan pelobi dia yg dia nk jadikan baitul muqaddis sbgai ibu negera israel..
khbar angin ke? mungkin ye mungkin tidak... wat la research sendri..jgn sedap je org suap....paper kasi pe pun caya bulat2..minyak dah turun 70USd setong pun harga myk tak turun..brang tetap mahal..
gooooooooogle kan ada..

politician kebnyakannye mmg hebat bile berkempen..
esp bile keadaan rakyat terdesak(anwar sbgai cth)...
ade 2 short dokumentari pasal US nye economi dan permainan ekonomi bankers dan effect keatas dunia..nice to see but menyesatkan gak aa esp bab2 agama..
mane nk cari?
search kat google video "Zeitgeist"
reminder :
pembuat dokumentari tu [email protected]@takde agama tapi psl ekonomi dan currency aku sokong 100%..pe yg derang kate psl agama takle pakai langsung..
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register