Nyawa remaja direntap ketika senja

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,431
Reaction score
12,251
Points
2,376
KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.

Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.

Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.

Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya.

Kosmo
 
Sponsored Post

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
309
Points
131
Al Fatihah.. tragedi sedih dalam suasana hari raya
 

mazuki

Active Member
Joined
Aug 22, 2008
Messages
1,604
Reaction score
280
Points
41
kalau bawak kereta ayah aku pon selalu pesan...time2 senja brenti le dulu....ni depa siap boleh berlumba...
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
cari penyakit..
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
mati katok je .. nyaknye ke mok ayoh
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,657
Reaction score
764
Points
121
yang aku perasan ramai melayu meninggal akibat kemalangan dan ke*****an sendiri... lama2 pupus jugaklah kaum melayu ni kat jalanraya je
 

Lambutit

Fun Poster
Joined
Nov 7, 2010
Messages
235
Reaction score
2
Points
15
tapi betul la, org cakap time2 nak senja nak masuk maghrib ni bhya sikit.. hantu bnyk, ade je bbrp org kt sini eksiden motor tme2 nak mghrib..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register