balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Keadaan kenderaan berkenaan yang terjunam dalam sungai dalam kejadian itu.
< 1 / 1 >
KUANTAN - Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 30an nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) terbabas sebelum menjunam ke dalam sungai, di Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran jambatan Sungai Tunggak, Balok, di sini, petang kelmarin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Anuar Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti dari arah bandar ini menuju ke arah Kemaman, Terengganu, namun sebaik tiba di tempat kejadian kenderaa itu secara tiba-tiba terbabas sebelum menjunam ke sungai.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghulurkan bantuan. “Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng tiba kira-kira
jam 6.30 petang di tempat kejadian, manakala semua mangsa berjaya dikeluarkan lima minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi rawatan susulan,” katanya.