balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KEPALA BATAS - Seorang penagih dadah nyaris lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kuala Muda, di sini ketika cuba meloloskan diri daripada serbuan polis hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Superintendan Guan Beng Kang berkata, sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki berusia 30-an yang sedang menghisap dadah bersama rakan-rakannya dalam kawasan semak terus bertindak terjun ke dalam sungai yang terletak berhampiran.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Ops Mutiara Bersepadu bagi membanteras aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di sini.
"Tindakan lelaki itu nyaris menyebabkan dia lemas kerana dia tidak tahu berenang.
"Pasukan polis marin yang turut menyertai operasi berkenaan bertindak menyelamatkan penagih dadah terbabit. Dia dibawa ke IPD berkenaan.
"Dalam operasi yang bermula pukul 4 pagi itu kami memang telah bersiap sedia dengan dua buah bot dari pasukan marin bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Ops berkenaan disertai 96 pegawai dan anggota polis dari JSJN Pulau Pinang, JSJN Bukit Aman, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Guan berkata, dalam operasi yang tamat pada pukul 11 pagi itu, pihaknya menahan 83 lelaki termasuk warga asing dari Thailand dan Pakistan yang didapati positif dadah.
Katanya mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun itu ditahan di empat lokasi 'panas' penagih dadah di daerah SPU iaitu Kuala Muda, Pinang Tunggal, Bakau Tua dan Kuala Bekah.
Guan berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas sejumlah dadah jenis syabu dan heroin serta wang tunai. - Bernama