BTC USD 35,924.5 Gold USD 1,838.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyaris Jatuh "Lubang" Besar Tengah Jalan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
28.11.2021 - Kota Kinabalu, Laluan di Jalan Teluk Likas, di sini, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau 'sinkhole' di jalan berkenaan. Kejadian disedari pengguna yang melihat jalan berlubang kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati berlaku mendapan tanah. Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.

Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan. Salah seorang pengguna jalan raya, Masri Zainal, 25, berkata, dia berada di jalan terbabit kerena mahu menghala ke Kota Kinabalu dari Likas.

"Jalan ketika itu tiba-tiba sedikit sesak dan nampak ada satu motosikal berada di tepi jalan. Rupanya ada penghantar makanan kemalangan. Ramai pengguna ketika itu beranggapan ada berlaku kemalangan tetapi bila semakin dekat saya terkejut apabila melihat ada lubang besar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi pemandu, Alvin Tan, 32, berkata dia dalam perjalanan dari Teluk Likas ke Likas Jaya ketika melalui jalan itu.

"Saya lihat ada beberapa kereta berhenti di tepi jalan sebelum turut sama menghentikan kenderaan dan melihat ada lubang besar. Saya berharap jalan rosak ini dapat diperbaiki dengan cepat kerana ia boleh membahayakan penggunakan jalan raya yang melalui jalan ini khususnya ketika waktu malam dan hari hujan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kerana ramai dalam kalangan orang awam sudah memulakan semula aktiviti harian seperti keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

"Kita sudah mengambil tindakan segera mengenai kejadian ini dan syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian. Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka," katanya.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/782542/nyaris-jatuh-lubang-besar-tengah-jalan-metrotv
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Gambar Tambahan

1638096233328.png

1638096246272.png
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,995
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,995
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
Sape jatuh leh la samab pbt . Klu hidup la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register