BTC USD 55,321.1 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NVIDIA Tidak Guna Label Max-P & Max-Q Untuk Kad Grafik Komputer Riba

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
Sejak pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 1000 untuk komputer riba, NVIDIA telah menggunakan label Max-Q dan Max-P untuk membezakan jenis kad grafik yang digunakan, samada khusus untuk komputer riba (Max-Q), ataupun kad grafik desktop yang diubahsuai untuk komputer riba (Max-P).

Baru-baru ini, untuk siri kad grafik Ampere mereka yang diumumkan sewaktu acara CES 2021, NVIDIA nampaknya tidak akan menggunakan label-label ini lagi. Selepas ini, ia akan menjadi lebih sukar untuk orang ramai mengenalpasti kad grafik yang manakah digunakan untuk menguasakan komputer riba gaming, dan nampaknya ia adalah tanggungjawab jenama untuk memberitahu pengguna mengenainya.

csm_nvidia_ampere_mobile_gpus_tdp_87e350f594.png.webp

Anehnya, NVIDIA masih lagi akan menawarkan dua jenis GPU untuk komputer riba yang tertakluk dibawah nama-nama Max-Q dan Max-P ini, khususnya dengan siri GeForce RTX 3000 yang mana ia akan ditawarkan didalam lebih banyak lagi jenis komputer riba yang berbeza. Tujuan NVIDIA membuat keputusan ini tidak diketahui, walaupun begitu, ia dijangka bahawa semua kad-kad grafik untuk komputer riba ini hadir dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan apa yang ditawarkan sebelum ini.

Sumber asal https://www.notebookcheck.net/NVIDI...and-Max-Q-features-to-implement.515922.0.html
 

CG Sponsors




Top
Log in Register