BTC USD 16,258.1 Gold USD 1,746.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NVIDIA GeForce RTX 4000 Rasmi, Bermula Dengan RTX 4090 & RTX 4080

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,825
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,825
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
Di acara GeForce Beyond yang sedang berlangsung, seperti yang disangka NVIDIA telah memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 4000 “Ada Lovelace” yang mana Jensen Huang, CEO NVIDIA memperlihatkan dua buah model kad grafik baru.

RTX-4090-950x539.png.webp


NVIDIA GeForce RTX 4090 dan NVIDIA GeForce RTX 4080 adalah dua daripada kad grafik yang diperlihatkan ini, dan kedua-dua kad grafik ini tampil dengan prestasi 2-4 kali lebih berkuasa berbanding dengan model-model kad grafik GeForce RTX 3090 dan RTX 3080 Ti sebelumnya.

RTX-4080-950x533.png.webp


Cip grafik Ada Lovelace dibangunkan bersama-sama dengan TSMC dimana mereka menggunakan proses 4N (4nm) yang khusus untuk membangunkan cip pemprosesan grafik tersebut. Selain daripada kemampuan memproses dan mengolah grafik yang jauh lebih berkuasa, kad-kad grafik terbaru ini juga tampil dengan teras RT generasi ketiga yang memperkenalkan kebolehan mengolah grafik Ray-tracing pada kadar yang lebih cekap.

NVIDIA-SER-950x572.png.webp


Siri kad grafik RTX 4000 memperlihatkan ciri Shader Execution Reordering yang menyusun semula piksel-piksel grafik secara sekata untuk mempercepatkan proses pengolahan pencahayaan Ray-tracing. Ini mempercepatkan pengeluaran bingkai grafik yang secara langsung membantu dalam meningkatkan kadar bingkai permainan yang dimainkan, walaupun pada resolusi yang tinggi.

Bercakap mengenai resolusi tinggi, NVIDIA juga memperkenalkan DLSS 3.0, yang mengolah bingkai beresolusi tinggi daripada pengeluaran bingkai resolusi rendah dengan tetapan grafik yang tinggi. Kelebihan DLSS 3.0 ialah bingkai-bingkai ini boleh dikeluarkan tanpa perlu melalui proses olahan grafik.

NVIDIA-DLSS-3-950x556.png.webp


Gabungan Shader Execution Rendering dan juga DLSS 3.0 dilihat menjanjikan prestasi grafik dalam permainan yang memanfaatkan resolusi tinggi, kadar segar semula tinggi dengan tetapan yang tinggi tanpa sebarang masalah. Daripada video yang diperlihatkan sewaktu acara Beyond, NVIDIA GeForce RTX 4090 dilihat mampu menggerakkan beberapa permainan seperti Cyberpunk 2077 dan Microsoft Flight Simulator pada resolusi dan kadar segar semula tinggi menggunakan SER dan juga DLSS 3.0.



NVIDIA GeForce RTX 4090 akan mula dijual di pasaran global pada harga $1699 (~RM7744) bermula 12 Oktober ini. Untuk NVIDIA GeForce RTX 4080 pula, kad grafik ini akan hadir dengan dua pilihan memori, 16GB GDDR6X dan juga 12GB GDDR6X. Model dengan memori lebih mahal akan dijual pada harga $1199 (~RM5465) manakala model dengan memori lebih rendah akan dijual pada harga $899 (~RM4100) bermula November ini.​
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,825
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,825
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
NVIDIA Sahkan Ketiadaan Sokongan NVLink Pada Kad Grafik GeForce RTX 4000

Bertahun-tahun dahulu, salah satu cara untuk meningkatkan prestasi grafik sebuah komputer ialah dengan memasang dua atau lebih kad grafik pada sebuah komputer. NVIDIA tampil dengan sokongan melalui sambungan SLI dan NVLink. Sokongan SLI telah dimatikan untuk sekian lama, tetapi kini NVIDIA mengesahkan bahawa kad grafik siri GeForce RTX 4000 mereka tidak lagi akan menyokong konfigurasi multi-GPU dengan ketiadaan sambungan NVLink pada kad-kad grafik ini.

RTX-4090-2-950x518.png.webp


Jensen Huang, CEO NVIDIA mengatakan bahawa sokongan NVLink ditamatkan atas beberapa sebab. Pertama ialah kerana mereka mahu mengurangkan kos dan masa yang diperlukan untuk memateri palam I/O NVLink pada kad grafik tersebut, dan kedua ialah kerana mahu memaksimakan kemampuan kecerdasan buatan siri kad grafik ini.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada 12 Oktober ini, manakala NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan memori GDDR6X 16GB dan 12GB akan tiba pada bulan November kelak.

Sumber asal https://www.techpowerup.com/299107/...nfirms-nvlink-support-in-ada-lovelace-is-gone
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,098
Joined
May 29, 2008
Messages
23,098
Reaction score
10,052
Points
631
Awards
1
Tunggu rtx 4060,4030..
Tapau spec 3080..

IMG_20220922_175757.jpg
 

maxpda

Legendary Member
gem
Messages
10,766
Joined
Jan 15, 2007
Messages
10,766
Reaction score
1,234
Points
201
Sampai dah gpu kayangan...
Gpu saja 5k...sampai mesia mgkin jadi 7-8k..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register