BTC USD 64,901.4 Gold USD 1,784.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?

zanaa

Active+ Member
Joined
Jul 25, 2012
Messages
3,092
Reaction score
415
Points
41
nurul11-1.jpg


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. – Mynewshub


sumber: http://mynewshub.my/2012/09/06/nurul-syuhada-letak-jawatan-di-tv3/
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
daif terus jawatan dia
 

arizo razzo

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2011
Messages
2,523
Reaction score
86
Points
30
bukan ke apa yg dia cakap tu ikut scrip, kenapa salahkan dia sorang,
 

PainKiller

Super Active Member
Joined
Jan 21, 2008
Messages
7,913
Reaction score
41
Points
70
dia ni berenti...senang je dpt kerja kat tempat lain..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register