BTC USD 28,079.5 Gold USD 1,966.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nurul Izzah Anwar bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan kepada Perdana Menteri ke-10.

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

JKMC

· 1j ·

Tahniah Nurul Izzah Anwar dilantik oleh papa sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan kepada Perdana Menteri ke-10.



325513939_469514988550005_6465751372319310204_n.jpg
 

Sekretariat diketuai bersama Nurul Izzah beroperasi dari Menara PETRONAS​

Februari 13, 2023 @ 10:32am

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. - Foto NSTP/Danial Saad
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. - Foto NSTP/Danial Saad

KUALA LUMPUR: Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai bersama Nurul Izzah Anwar dan Tan Sri Mohd Hassan Marican akan beroperasi dari Menara Berkembar PETRONAS, akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung pada keperluan.

Sekretariat berkenaan akan berfungsi membantu jawatankuasa penasihat yang melapor terus kepada Menteri Kewangan. Jawatankuasa terbabit akan menasihati Menteri Kewangan mengenai cara meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus, berkaitan subsidi, termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada, selain penyediaan perlindungan sosial lebih holistik.





Peranan jawatankuasa itu juga membabitkan perkara berkaitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukan yang mana sesuai dan perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus yang baik.

Hassan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan anak Perdana Menteri itu dijemput untuk mengetuai secara bersama sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.





Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat sulungnya pada 10 Februari 2023, yang mana ia dipengerusikan oleh Hassan yang juga Penasihat PETRONAS.

Mesyuarat itu dihadiri ahli jawatankuasa yang lain, iaitu Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.





Pembentukan jawatankuasa itu diumumkan Anwar pada 7 Februari lalu dan setiap anggotanya tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan semalam, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang menjadi tumpuan sebelum ini kerana kontroversi pelantikannya sebagai penasihat Perdana Menteri.

"Mohd Hassan telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

"Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri," katanya.

Anak sulung Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu menjelaskan, beliau amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

"Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.
"Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.

"Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita," katanya.

Awal bulan lalu, Nurul Izzah dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan memaklumkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 3 Januari 2023.
Pelantikan itu bagaimanapun mengundang kritikan pelbagai pihak terutama pembangkang yang mempertikaikan keputusan berkenaan dan mengaitkannya dengan amalan nepotisme.

Anwar kemudian menjelaskan, anaknya tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Naib presiden PKR itu sebaliknya menerima pelawaan menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara. https://cstu.io/96af53

96c348bcb60416243f4e01818922c70b.jpg


Izzah tak lagi jadi penasihat PM

Diterbitkan: Feb 12, 2023 3:47 PM

Dikemaskini: 3:48 PM



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkan dia tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan dia menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara.

"Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.



"Menerusi peranan baru ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia

Izzah berkata dia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti Kerajaan.



Terdahulu, Hassan berkata dia menyampaikan undangan kepada Nurul Izzah, bersama pengurus kanan Petronas Khairil Anuar Ramli.

Anwar sebelum ini menerima kritikan heba selepas dia mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya, yang didakwa merupakan amalan kronisme.

Perdana menteri bagaimanapun menyebut mengenai latar belakang akademik Nurul Izzah, malah anak perempuannya itu tidak akan menerima sebarang gaji daripada jawatan itu, bagi mempertahankan pelantikannya.

Lukman Sheriff

1h ·

Nepotisma

Apabila Trump melantik anak perempuan dan menantunya, Ivanka dan Jared sebagai penasihat, mereka dilantik tanpa gaji. US ada undang2 anti nepotisma tetapi akibat lantikan Trump ini, Department of Justice (DOJ) telah mengeluarkan pandangan baru bahawa ia dibolehkan walaupun bercanggah dengan pandangan DOJ sebelum itu yang terpakai selama berpuluh2 tahun. Pelbagai alasan yang diberi. Kononnya Presiden boleh lantik sesiapa sahaja tak kira nepotisma atau tidak. Untuk yang lain undang2 nepotisma terpakai.
1f926_200d_2642.png


Yang menarik lagi, walaupun tidak menerima gaji, Ivanka dan Jared didakwa telah memperolehi pendapatan luar sehingga USD 640 juta ketika mereka bekerja di White House. Antara pendapatan yang diterima ialah bayaran dari kerajaan kepada penginapan trump yang juga dimiliki mereka berdua berjumlah berjuta2 akibat lawatan kedua2nya ke situ. Kepada yang mahu tahu lebih lanjut, sila baca Newsweek yang ada buat fact check. Mengikut Newsweek mungkin pendapatan tak sampai USD 640 juta tetapi masih beratus juta. Majalah bisnes terkenal Fortune misalnya melapurkan pada tahun akhir mereka berdua menjadi penasihat mereka menerima lebih dari USD100juta.

Undang2 nepotisma US sebenarnya digubal untuk mengelak precedent/ duluan di mana Presiden JFK melantik adiknya Robert sebagai peguam negara. Maka apabila Trump melantik anak beranak dan DOJ mengeluarkan pandangan yang bercanggah dari sebelumnya, nampak sangat semua ni sebagai “joke”/ mainan. US menekan satu dunia supaya membanteras nepotisma bagi perkasakan integriti, tetapi untuk US, mereka pakai standard/piawaian yang lain untuk pertahankan nepotisma Presiden.

Itulah US yang hipokrit. Satu undang2 baginya dan satu undang2 lain bagi negara lain terutamanya untuk musuh2nya. Dan saya tidak ragu2, US akan guna alasan2 hipokrit sebegini sebagai alasan memulakan peperangan dengan musuh2nya.


329014536_560021442736651_4021572780559815486_n.jpg

326896560_521027390018710_4233888900128200598_n.jpg

328561060_550736603693725_5282959155053484130_n.jpg

328614055_585834403392895_4408731278290836094_n.jpg

328617091_1348642242579929_7254587655048074013_n.jpg

328547333_498627235752391_6464406180146901389_n.jpg

Budaya nepotisme, pelantikan saudara terdekat perlu dielak - Rafizi​


Id_obj40647442_1675525583.jpg



Kuala Lumpur: Budaya nepotisme dengan melantik saudara terdekat menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan wajar dielakkan pada masa depan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedar dengan kritikan pelbagai berkenaan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri serta anak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan.

"Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.

"Dia tidak membabitkan wang rakyat, yang kita harapkan sekarang mereka perlulah buktikan mereka bawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing," katanya ditemui media selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pandah Indah malam ini.





Beliau berkata, semua pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.





"Di peringkat PKR, kita harap kita 'move on' dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu," katanya.

Sebelum ini, timbul isu berhubung dakwaan amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertama daripada lapan beradik sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Speaker Dewan Rakyat
Disiarkan pada: Februari 4, 2023 @ 11:46pm

“Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda," kata setiausaha politik kepada perdana menteri. https://cstu.io/1a645c

79a52f6a8d08215d28eb75d48d9ac2bc.jpg


Setiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM

Diterbitkan: Jan 30, 2023 3:16 PM

Dikemaskini: 3:16 PM



Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin menafikan khabar angin bahawa isteri perdana menteri itu, Wan Azizah Wan Ismail dilantik memegang jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri.

Ia berikutan laporan bahawa Anwar melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam ekonomi dan kewangan.

Keputusan itu mendapat kecaman ramai termasuk pembangkang yang mendakwa ia merupakan amalan nepotisme.

Bagaimanapun, Azman menjelaskan Wan Azizah tidak dilantik untuk memegang sebarang jawatan di bawah JPM.



Katanyan kandungan poster yang tersebar itu juga adalah tidak benar.

“Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp bagi mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM.

Poster itu tidak mempunyai sebarang tandatangan tetapi hanya potret Wan Azizah dan lambang jata negara.


c645c80a98d4af12e0e717d9e5b4f4bd.jpg





Azman menjelaskan Wan Azizah hanya mempengerusikan mesyuarat dalaman di kalangan ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini untuk membincangkan isu di Kuala Lumpur dan ia bukanlah di bawah mana-mana agensi atau jabatan kerajaan.


“Mereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat yang tidak rasmi bagi menyelaraskan isu berkenaan KL.
“Ahli-ahli parlimen KL yang minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat.

“Sebab Wan Azizah pun ahli parlimen Bandar Tun Razak. Tak salah pun untuk beliau mempengerusikan mesyuarat itu.

“Tapi poster itu tidak benar, ini bukan satu jawatan yang rasmi. Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar,” katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa mesyuarat itu tiada kaitan dengan Federal Territories Interactive Council yang ditubuhkan kerajaan pada Disember tahun lepas.

Katanya, ia dipengerusikan sendiri oleh Anwar dan hanya menjadi platform bagi ahli parlimen membincangkan isu-isu kritikal dan mencadangkan dasar pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

Dia menegaskan bahawa sekretariat tidak rasmi yang dicadangkan itu tidak terlibat dalam sebarang dasar atau membuat keputusan tetapi semata-mata untuk mengumpul dan menyampaikan pendapat serta perbincangan ahli Parlimen kepada Anwar.

Jabatan Wilayah Persekutuan kini dikegtuai oleh ketua pengarahnya Rosida Jaafar.

Fakta sejarah yang tidak boleh di nafikan.

2. John F Kennedy nama yang di sanjung Presiden termuda US. Dengan sanjungan rakyat. Dia melantik Robert Kennedy yang juga adiknya sebagai Peguam Negara.

3. Apa terjadi? Presiden Kennedy di tembak mati. Adik dia juga selepas kematian abangnya mati di tembak.

4. Donald Trump orang yang di kira kaya di US. Jadi Presiden menggantikan Barrack Obama. Lantik menantu jadi Penasihat di White House.

5. Masuk untuk penggal kedua bertanding Presiden.. kalah.

6. Dalam zaman puncaknya. Marcos Presiden Philipinie melantik Isterinya Imelda jadi Gebenor Manila bertaraf Menteri. Akhir di hambat keluar oleh rakyat Philipine dan mati di luar negeri.

7. Presiden Soeharto yang berkuasa penuh dalam Order Baru di Indonesia. Melantik anaknya jadi
Menteri. Kemudian rakyat berdemontrasi minta dia turun dari jawatan.

8. Di Malaysia.. Dr Mahathir Mohamad juga ada sejarah hitam. Masa menjadi Perdana Menteri Kerajaan PH tahun 2018, Dia melantik kali kedua anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Akhirnya kedua mereka hilang depositnya dalam PrU ke 15.

9. Kini ada seorang mamat yang naik menjulang namanya atas pekikan dan jeritan reformasi anti rasuah dan nepostisme melantik anak dia menjadi penasihat kanan ekonomi.

Kerajaan yang di jangka boleh bertahan dengan keputusan PrN negeri menentukan hayatnya. Kita sama-sama tengok apa kesudahan. Saya rasa tumbang. Wajah sebenar sudah di buka dari topeng asalnya. - zmy

Nota: Yang benar tetap di benarkan, yang salah, tetap di salahkan. Itu ajaran Islam.

Januari30, 2023
Kuala Lumpur.

- Zaharin Mohd Yasin

Januari 30, 2023
Kuala Lumpur.
1675044591389.png

Apa itu Jawatan Penasihat.

Di mana di dunia ini, bagi seorang Presiden atau Perdana Menteri atau Ketua Negara akan melantik berapa jawatan sokongan di pejabat dengan berbagai nama saperti Pegawai Khas, Pembantu Khas atau juga di Panggil Pegawai Penasihat.

2. Bagi Instutusi ke Presidenan Amerika sudah wujud sejak berzaman dahulu. Presiden akan di damping oleh berbagai Penasihat Presiden.

3. Di White House, yang selalu terselah ialah Penasihat Keselamatan. Malah beliau sering beri kenyataan media dalam soal keselamatan bagi pihak White House.

4. Di Malaysia, Perdana Menteri juga mempunyai staf sokongan yang di berikan nama Pegawai Penasihat tetapi biasa di pendekkan dengan di satukan tugas saperti Penasihat Ekonomi. Penasihat Keselamatan, Penasihat Dasar Luar Negeri dan sebagainya.

5. Kebiasaannya Jawatan Penasihat adalah jawatan kontrak ada tempoh masa dan kemudian di perbaharui atas perlantikan Perdana Menteri.

6. Perlantikan atau suratcara
kontrak di uruskan atau mendapat kelulusan JPA- Jabatan Perkhidmatan.

7. Kenapa menanda tangan surat kontrak?

8. Kerana jawatan Penasihat bukan jawatan politik yang di wartakan saperti Setiausaha Politik. Seorang Penasihat adalah termasuk ke dalam ketogori penjawat awam.

9. Di dalam kontrak di masukkan berapa kemudahan dan larangan sebagai penjawat awam.

10. Sebagai Pegawai Penasihat dia berhak untuk mendapat kemudahan berdasarkan gaji di tawarkan. Biasa dalam Jusa B ada juga di tawarkan gaji Jusa A.

11. Dengan ada ikatan kontrak, maka dia perlu untuk membuat akuan menyimpan rahasia.

12. Dan berhak hadir dalam berbagai mesyuarat dan memanggil pegawai kerajaan dalam sesuatu perkara termasuk diberikan maklumat terhad.

13. Termasuk juga satu ruang pejabat dengan pegawai sokongan untuknya. Jika dia layak. Satu kenderaan dan pemandu dan minyak akan di sediakan.

Malaysia bukan mengamalkan sistem pentadbiran 'have gun will travel'. Ada sistemnya, bukan cara cowboy. Bukan suka hati melantik tanpa mengikut SOP perlantikan.

- Zaharin Mohd Yasin

Januari 30, 2023
Kuala Lumpur.
1675044591389.png

Sponsored Post

sranua

Fun Poster
Messages
863
Joined
Jul 25, 2012
Messages
863
Reaction score
316
Points
41
Senang bincang kat meja makan...apalah bapak ni mintak 10 juta lulus 5 juta je...tak nak makan. Dah-dah bpk dah cakap pada menteri kewangan up bajet 10 juta..jgn merajuk..makan2.
Ha2.
Tak ke nanti menyebabkan pengaruh dan kepentingan peribadi boleh mengatasi profesionalisme. PMX rujuk buku mana ni filosofer Indon ke ke Afrika ke.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,461
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,461
Reaction score
6,130
Points
481
Awards
1
Senang bincang kat meja makan...apalah bapak ni mintak 10 juta lulus 5 juta je...tak nak makan. Dah-dah bpk dah cakap pada menteri kewangan up bajet 10 juta..jgn merajuk..makan2.
Ha2.
Tak ke nanti menyebabkan pengaruh dan kepentingan peribadi boleh mengatasi profesionalisme. PMX rujuk buku mana ni filosofer Indon ke ke Afrika ke.
Mana pergi prinsip yg menentang Kronisme dan Nepotisme? Bukan ke Anwar yg dipuja atas dasar prinsipnya?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register