BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nuro - Syarikat Pertama Di AS Mengenakan Bayaran Untuk Khidmat Swapandu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,864
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,864
Reaction score
6,452
Points
916
Awards
1
Di kala syarikat-syarikat seperti Tesla dan Uber masih lagi sedang menguji tahap keberkesanan teknologi swapandu mereka, Nuro, sebuah lagi syarikat robotik dan pengautomasian dari Amerika Syarikat baru-baru ini telah diberi kebenaran untuk mengenakan pembayaran untuk perkhidmatan swapandu mereka.

Walaupun tidak dikenali ramai, Nuro bukanlah nama baru dalam industri robotik dan pengautomasian. Syarikat tersebut telahpun mula menguji penggunaan kereta swapandu di jalan-jalan California sejak tahun 2017, dan telah menguji perkhidmatan penghantaran barang menggunakan teknologi tersebut pada awal tahun ini.

Ujian-ujian ini pada mulanya dilakukan dengan pemandu didalamnya untuk keselamatan, tetapi untuk ujian perkhidmatan penghantaran barangannya, kenderaan-kenderaan ini diselia dengan sebuah sistem pengkomputeran berpusat dimana terdapat seorang penjaga yang mengawasi beberapa kenderaan-kenderaan ini sekaligus.

Pengumuman oleh kerajaan California ini bermakna bahawa Nuro boleh mula membangunkan perkhidmatan penghantaran barang swapandu mereka sendiri menggunakan kereta Toyota Prius yang diubahsuai untuk menjadikannya boleh digunakan secara swapandu.

Nuro turut dibenarkan untuk menggunakan sebanyak 5000 kenderaan elektrik berkuasa rendah di sekeliling California untuk tujuan perkhidmatan penghantaran barang ini.

Screenshot-3430.jpg


Sumber asal https://www.reuters.com/article/us-...money-for-self-driving-services-idUSKBN28X2IR
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register