BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

General Man City Nunes Tak Nak Turun Berlatih Kerana Mahu Angkat Kaki Ke Manchester City

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,842
Reaction score
35,927
Points
2,836
Awards
2
August 29, 2023 1:40 pm

1693356778070.png


Nunes Tak Nak Turun Berlatih Kerana Mahu Angkat Kaki​



Bintang tengah Wolves, Matheus Nunes sudah mendesak kelabnya menerima bidaan dari Manchester City yang menurut dia dan ejennya sebagai cukup bagus.

Nunes kecewa mendengar Wolves cuba bermain harga untuk memastikan mereka mendapatkan harga lebih tinggi atau Nunes terus kekal sahaja di kelab itu.

Sebelum ini Manchester City cuba mendapatkan Lucas Paqueta dari West Ham. Namun permintaan harga terlalu tinggi iaitu setaraf Declan Rice diminta Wes Ham sekitar £115 juta ditambah dengan isu skandal pertaruhan pemain itu membuatkan City menarik diri.

Kini mereka memfokuskan kepada Matheus Nunes untuk mengisi bahagian tengah terutama sekali selepas Kevin De Bruyne menjalani pembedahan.

Nunes dilaporkan sudah mencapai kesepakatan terma peribadi dengan Man City sejak Jumaat lagi. Dan kini tinggal kelab sahaja dalam fasa rundingan harga.

Bidaan terbaru Man City dilaporkan lebih €60 juta untuk pemain itu selepas bidaan pertama mereka bernilai €55 juta ditolak.



Tindakan Nunes yang mogok daripada berlatih dengan Wolves dipandang serius oleh kelab itu. Namun Wolves hanya akan mengambil tindakan selepas jendela perpindahan ditutup – jika pemain itu masih kekal bersama mereka.



Matheus Nunes telah menjadi salah seorang pemain yang cemerlang sejak bermain untuk Wolves. Dia meningkat naik dengan mendadak dan menjadi perhatian banyak kelab besar lain.

Sebelum ini pasukan seperti Liverpool turut dikaitkan dengan Nunes jika mereka gagal mendapatkan Alexis Mac Allister.

Man City kehilangan Gundogan pada jendela perpindahan kali ini. Dan kini berdepan dengan krisis kecederaan pemain penting mereka.


https://**********/nunes-tak-nak-turun-berlatih-kerana-mahu-angkat-kaki/#google_vignette
 
Sponsored Post

Manchester City rekrut Nunes bagi tambah kuat bahagian tengah.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register