NUBE desak bayar bonus 80 bulan

CG Sponsors




highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
NUBE desak bayar bonus 80 bulan
19/11/2010 4:41pm

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.

"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Soloman berkata, kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Oktober lepas berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.

"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.

"Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

"Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semua rakyat Malaysia," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
bonus 80 bulan ?? logo harimau pun cabut meninggalkan belang..
 

helmihussain

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2007
Messages
3,205
Reaction score
7
Points
25
aik...yang exec ja dibayar?
adoi..donia donia...
cam dasar apartheid lak..
 

antudegil

Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
1,790
Reaction score
103
Points
33
80 bulan? peh2.... kalau la yang keje atleast 2 tahun, xdapat full la tapi ikut service punya term, 24 bulan x RM2500 = RM60K dah busuk2. pehhhhh~

kalau 80 bulan?? 200K. howaa!~ kaya terus dah ni... bubuh dalam tabung haji, ASB dgn bank persatuan, pastu senyum je keje.... kehkehekhe
 
Last edited:

adoila

Active Member
Joined
Feb 15, 2010
Messages
2,245
Reaction score
42
Points
30
nak jugak kaitkan kerajaan tuh...adoila...

klingon nih rasanya tau dah geng mana nih...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
bank ni kan scammer berlesen. gi kerja ngan dorang watpe.
 

fique

Active Member
Joined
Jun 7, 2008
Messages
1,280
Reaction score
3
Points
25
NUBE memang kuat. Pengalaman jadi bekas ahli NUBE. Dorang ni berani cabar dan minta kat CEO2 bank.

Teringat lak Zaman Pak LAh ada. Dorang buat piket sampai dapat perhatian Pak Lah. Terus duduk negotiate skali.Memang kuat la dorang.

Moto dorang: ALL for One and One for ALL>. :D :D
 

taufic

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
693
Points
161
nie kes rompak bonus aritu ka?
piket sepanjang zaman
nice!
 

zamans98

Active+ Member
Joined
Dec 25, 2005
Messages
4,338
Reaction score
75
Points
30
Giler kentang... 80 bulan?? Average salary 3,000 meaning to say :
3,000 x 80 x 8,000 perkerja.. = 1,920,000,000... more than kompeni profit.

100% reject proposal ni.
 

PiChA

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
2,621
Reaction score
3
Points
25
huh.... makan tak abih tuh 80 bulan punyer bonus..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register