BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NParks, ICA Singapura tumpaskan penyeludupan burung dari Malaysia

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,671
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,671
Reaction score
914
Points
121

NParks, ICA Singapura tumpaskan penyeludupan burung dari Malaysia​

April 11, 2024 @ 8:40am
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

email sharing button

Spesies burung berkicau seperti merbah jambul amat popular dalam kalangan penyeludup unggas liar. - Foto NSTP
Spesies burung berkicau seperti merbah jambul amat popular dalam kalangan penyeludup unggas liar. - Foto NSTP

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui 337 burung dalam kotak plastik yang disembunyikan di bawah tempat duduk trak dan katil sementara, untuk diseludup masuk ke Singapura dari Malaysia.

Terdahulu, mereka menahan pemandu treler didaftarkan di Malaysia ketika ia tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 23 Mac lalu lalu berikutan pemandunya yang berkelakuan mencurigakan serta menghalang pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan itu menemukan 337 burung dalam kotak plastik yang disembunyikan di bawah tempat duduk trak dan katil sementara.

Selepas penahanannya, pemandu treler warga Malaysia, Aizzuddin Hadi Mohd Ishak, 27, 'dibenarkan masuk' ke Singapura berikutan pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) mahu menjadikannya sebagai umpan untuk menangkap dalang dan pengantara.

Dalam beberapa jam, ternyata usaha pasukan itu membuahkan hasil apabila dalang dan orang tengah sindiket penyeludupan itu berjaya ditangkap.

Menurut penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada 6 April, lapan bekas plastik burung hidup ditemui ketika pemeriksaan pada kira-kira 3.35 pagi.

Berikutan curiga Aizzuddin Hadi tidak tiba pada waktu sepatutnya, pemilik kedai haiwan peliharaan, Leow Seng Lee, 62 yang mendalangi penyeludupan itu beberapa kali menghubungi Ng Liang Huat, 60 (orang tengah) bagi memeriksa ketibaan burung itu.

Liang Huat memaklumkan, penghantaran itu ditangguhkan dan akan tiba sekitar waktu tengah hari dan Seng Lee meminta rakannya itu supaya berwaspada dengan pegawai NParks dan menyatakan Aizzuddin Hadi mungkin sudah diberkas berikutan tidak tiba pada waktu dijanjikan.

Liang Huat berkata, beliau akan menemui Aizzuddin Hadi untuk mengambil burung, tanpa mengetahui pemandu berkenaan sudah ditahan.

Pegawai NParks membenarkan Aizzuddin Hadi memandu ke Tuas Link untuk bertemu Liang Huat yang sedang menunggu di sana dengan membawa S$900 (RM3,160) untuk pemandu berkenaan.

Sebaik Aizzuddin Hadi tiba, pegawai NParks menyerbu serta menahan Liang Huat dan soal siasat mendapati dia mengakui Seng Lee memesan burung-burung itu dan bersetuju dengan rancangan mencekup dalang penyeludupan.

Kira-kira jam 3 petang, Liang Huat membawa 12 burung murai batu ke kedai haiwan peliharaan Seng Lee di Blok 26 Teck Whye Lane dan pemilik kedai itu ditangkap apabila beliau menerima pesanan burungnya itu.

Pada 2 April, Seng Lee dijatuhi hukuman penjara 68 minggu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan terbabit dalam konspirasi menyeludup burung ke Singapura.

Terdahulu, Liang Huat dan Aizzuddin Hadi masing-masing dijatuhi hukuman penjara 72 minggu dan 60 minggu.

Daripada 337 burung yang diseludup masuk, 138 daripadanya mati, termasuk murai batu putih yang terancam, kerana kicauannya amat popular di Asia Tenggara dan semakin jarang ditemui di rantau ini kerana kerap diseludup sebagai haiwan peliharaan.

NParks berkata kes penyeludupan burung terbesar di Singapura berlaku pada Ogos 2019 apabila 815 ekor burung dirampas daripada bas berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan kira-kira 200 ekor burung ditemui mati.

Ketiga-tiga tertuduh turut mengaku menyeludup 900 ekor burung ke Singapura dari Malaysia sebanyak lapan kali dari Januari hingga Mac 2023. - AGENSI

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register