BTC USD 57,290.8 Gold USD 1,779.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Novel Awal Remaja Islami:Impian Juara

onerich

Active Member
Messages
1,574
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=mzz5izjnode

DARI HERO MENJADI ZERO

Novel ini adalah hasil karya sulung saya sendiri dan mula dipasarkan pada bulan Disember 2009 ini.

Impian Juara lahir berdasarkan pengalaman penulis terlibat dalam pertandingan sukan pingpong peringkat MSSD ketika bertugas di Sabah dan kini di Petaling Utama, Selangor. Pingpong bukanlah sukan popular di kalangan murid-murid Melayu di sekolah rendah. Ia juga kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah berbanding sukan permainan lain seperti bolasepak. Jumlah penyertaan sekolah-sekolah kebangsaan pun kurang berbanding SJKC.

Walau bagaimanapun Impian Juara bukan hanya fokuskan sukan permainan pingpong semata-mata. Ia mengisahkan Imran dibesarkan oleh datuknya selepas ibu bapanya mengambil keputusan untuk berpisah. Sudah menjadi lumrah seorang kanak-kanak ingin dibelai dan diberi kasih sayang secukupnya. Prestasi dan sikap Imran berubah apabila ibu bapanya mungkir janji dan ia menjadi bahan ejekan rakan-rakan. Harapan tinggi menggunungnya musnah. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berundur daripada pasukan pingpong sekolah. Tamparan hebat untuk rakan-rakannya.

Wujud watak Ustaz Zikry sebagai penyelamat. Dia yang ditugaskan untuk membimbing pasukan pingpong sedaya upaya menyuntik semangat baru. Usahanya membawa masuk Imran kembali ke dalam pasukan terlaksana tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai usaha dan taktik dirancang dan dilaksanakan oleh Ustaz Zikry bagi memastikan semangat berpasukan dan jatidiri pemain meningkat. Hukum Tarikan dan Semangat Pokok Pisang diterapkan ke dalam diri pemain-pemain. Kesanggupan Ustaz Zikry membawa semua pemain bercuti di kampungnya membuahkan hasil apabila pemain-pemain semakin bersedia untuk menentang pihak lawan yang terdiri daripada jaguh-jaguh SJKC.

Mampukah Ustaz Zikry membimbing pasukannya bergelar juara. Adakah impian Imran untuk menjadi juara perseorangan pingpong daerah menjadi kenyataan,. Dia perlu berdepan dengan pilihan pertama kejohanan David Tan. Imran disogokkan habuan wang jika melupakan hasrat menjadi juara. Adakah Imran akan menerima tawaran tersebut?

Dapatkan novel awal remaja Impian Juara sekarang.

Bab 1 : Namaku Imran
Bab 2 : Siapalah Aku
Bab 3 : Tarik Diri
Bab 4 : Dihukum
Bab 5 : Kasih Ayah Dan Ibu
Bab 6 : Bercuti ke Terengganu
Bab 7 : Hukum Tarikan
Bab 8 : Skuad As-syabab
Bab 9 : Semangat Pokok Pisang
Bab 10 : Perjuangan Bermula
Bab 11 : Antara Dua Pilihan
Bab 12 : Perjuangan Belum Berakhir

Walaupun ia sebuah novel awal remaja tetapi pengisian di dalam novel ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Harga ; RM10.00 sahaja + Kos Pos Ekspres : RM3.00 sahaja.:D


sila emailkan butiran anda ke email [email protected] / sms ke 012-2441185 untuk dihubungi.

* nak masuk gambar cover tak boleh pula.
* penulis akan tanda tangan semua novel yang dibeli.
 
Last edited:
Sponsored Post

onerich

Active Member
Messages
1,574
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
Semoga novel ini dapat memberi input berguna khususnya untuk para pelajar.
 

onerich

Active Member
Messages
1,574
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
sesuai untuk bacaan anak-anak dimusim cuti persekolahan.:D
 

onerich

Active Member
Messages
1,574
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
diminta oleh pihak penerbit untuk tulis Impian Juara 2.Smeoga dipermudahkan...
 

sedanfx

Passed Away
Messages
6,361
Paid Membership
Joined
May 31, 2007
Messages
6,361
Reaction score
193
Points
78
aik. pencen fx jd penulis novel lak, syabas2 :D
 

onerich

Active Member
Messages
1,574
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
27hb kena masuk kursus lagi.Ilmu perlu dimantapkan.:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register