BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Nothing Phone (2a) Plus Akan Di Lancarkan Pada 31 Julai Nanti

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,649
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,649
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
Selepas melancarkan dua peranti pada tahun ini, Nothing nampaknya benar-benar ingin mengejar pengeluar peranti lain kerana bakal melancarkan peranti ketiga pula iaitu Nothing Phone (2a) Plus. Disebabkan Nothing masih belum berkongsi sebarang butiran, kita boleh menjangkakan yang ia adalah variasi Phone (2a) yang lebih berkuasa.

Nothing-Phone-2a-Plus-Poster-950x534.webp


Peranti ini akan dilancarkan pada 31 Julai, tidak lama lagi. Jika Aerodactyl adalah kod nama bagi Phone (2a), Mega Aerodactyl akan menjadi kod untuk Phone (2a) Plus. Phone (2a) adalah sebuah peranti yang agak baik, cuma ia ada masalah skrin yang terhad boleh memainkan kandungan HDR apa, tiada pengecasan nirwayar dan prestasi tidak begitu konsisten untuk permua. Jadi Nothing mungkin akan menyertakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa, menawarkan variasi memori dan storan yang lebih tinggi, kamera lebih baik atau mungkin bateri lebih besar dengan pengecasan pantas.

Nothing-Phone-2A.jpg.webp


Peranti yang dilancarkan pada empat bulan lepas ini menggunakan skrin AMOLED 120Hz bersaiz 6.7-inci, dijana Dimensity 7200 Pro, dilengkapi konfigurasi dwi-kamera 50MP, speaker stereo, perlindungan IP54, bateri 5000mAh dengan pengecasan 45W, masih ada Glyph dan dijual pada harga RM1,699. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini nanti.​
 
Sponsored Post

Nothing Phone (2a) Plus Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 7350 Pro

Nothing
telah mengesahkan kewujudan peranti baharu Phone (2a) Plus yang akan dilancarkan pada 31 Julai 2024. Ia kelak menjadi penawaran lebih baik buat Nothing Phone (2a) dengan jangkaan boleh mempunyai resepi yang mantap untuk menjadi peranti yang dominan.

Nothing-Mediatek-A-950x950.jpg.webp


Semalam Nothing telah berkongsi salah satu ciri utama pada peranti melalui kemaskini di media sosial rasmi. Ia menunjukkan Nothing Phone (2a) Plus akan dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7350 Pro serba baharu. Menurut Nothing, cip pemprosesan baharu itu menggunakan binaan lapan teras dengan kelajuan mencapai 3.GHz sekaligus mampu menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara. Prestasinya didakwa kira-kira 10 peratus lebih baik berbanding cip Dimensity 7200 Pro yang digunakan pada Nothing Phone 2a. Ini digabungkan dengan GPU Mali-G610 MC4 yang dikatakan 30 peratus lebih pantas berbanding model sebelumnya untuk prestasi permainan lebih baik.

Nothing-Phone-2a-Plus-Poster-950x534.webp


Selain itu, Nothing Phone (2a) Plus juga akan menawarkan pilihan memori 12GB RAM dengan 8GB RAM Booster yang membolehkan kapasiti telefon boleh diluaskan sehingga 20GB RAM keseluruhannya. Ia peningkatan yang besar dalam membolehkan lebih banyak kerja multi-tugas dilakukan dengan lancar. Lebih banyak maklumat lanjut boleh didedahkan dari masa kesemasa.​
 
Nothing Phone (2a) Plus Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Bulan lepas MediaTek telah melancarkan Dimensity 7350 sebagai cip peranti kelas pertengahan premium baharu. Mereka kemudian meneruskan kerjasama bersama Nothing untuk cip khas Dimensity 7350 Pro pada Nothing Phone (2a) Plus. Selepas tiga minggu peranti ini dilancarkan, Nothing Malaysia mengesahkan kehadirannya ke pasaran tempatan.

Nothing-Phone-2a-Plus-MY-Amanz-02.jpg.webp


Phone (2a) Plus adalah Phone (2a) dengan pilihan warna baharu, kamera swafoto 56% lebih berkualiti, pengecasan lebih pantas dan cip yang 10% lebih berkuasa. Semasa Phone (2a) dilancarkan, ia adalah pengganti Phone (1) dan alternatif Phone (2) yang lebih mampu milik. Sementara Phone (2a) Plus adalah untuk yang mahukan peranti kelas pertengahan sedikit lebih berkuasa tetapi tidak mahu berbelanja untuk peranti mercu.

Nothing-Phone-2a-Plus-MY-Amanz-01.jpg.webp


Cip Dimensity 7350 Pro dipadankan dengan memori 20GB RAM (12GB LPDDR5 + 8GB Maya) dan storan 256GB UFS 3.1. Kamera utama masih sama dengan Phone (2a), kamera swafoto adalah 50MP dengan 56% kualiti lebih baik, bateri pula 5000mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Nothing-Phone-2a-Plus-MY-Amanz-03.jpg.webp


Ia menjalankan Nothing OS 2.6 dengan pembaca berita AI. Dua warna akan ditawarkan iaitu kelabu dengan kemasan metalik serta hitam yang lebih cool. Harga dan tarikh pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi.​
 
Nothing Phone (2a) Plus Kini Di Malaysia Pada Harga RM1999

Nothing Phone (2a) Plus akhirnya memasuki pasaran Malaysia hari ini selepas ia dilancarkan di peringkat global pada Julai lalu. Ia adalah sekadar model kemas kini untuk Nothing Phone (2a) dengan perubahan dilakukan pada cip pemproses, kamera swafoto dan pengecasan yang lebih pantas.

Nothing-Phone-2a-Plus-A-950x534.webp


Nothing Phone (2a) Plus dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadakan pula dengan cip Mediatek Dimensity 7350 Pro, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W. Masih tiada sokongan pengecasan secara nirwayar pada peranti ini.

Nothing-Phone-2a-Plus-B-950x534.webp


Dwi-kamera digunakan pada bahagian belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan lensa ultra sudut lebar 50MP. Di hadapan pula sensor 50MP digunakan di kamera swafoto. Kamera boleh merakam video pada resolusi 4K 30FPS dan terdapat sistem OIS pada lensa sudut lebar.

Terdapat juga pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara stereo, NFC, melepasi piawaian kalis air serta debu IP54 dan sistem lampu Glyph pada panel belakang. Nothing Phone (2a) Plus dijual di Malaysia pada harga RM1,999 sebuah dalam warna hitam dan kelabu. Ini adalah RM300 lebih mahal berbanding Nothing Phone (2a) yang menggunakan cip Dimensity 7200 Pro.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register